Khamis, 9 April 2009

TERTANGKAP, ENAM BUAH BAS PELANCONG DARI NEGERI SEMBILAN DISYAKI MEMBAWA PENGUNDI HANTU DITAHAN PETUGAS PAKATAN RAKYAT

BUKIT SELAMBAU - Seperti yang telah didedahkan oleh kami sebelum ini bahawa terdapat hampir 3,029 nama "orang tidak dikenali" berdaftar di DUN Bukit Selambau. Biarpun laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Pusat Fariz Musa, Skuad AMK Kedah dan tuan rumah terbabit, namun sehingga semalam tidak ada tindakan yang dibuat oleh pihak berkenaan. Laporan juga telah dibuta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah, namun seperti biasa pihak SPR menafikan kewujudan pengundi hantu biarpun banyak maklumat dan bukti-bukti kukuh bahawa terdapat alamat rumah penduduk di sini yang digunakan oleh lebih 50 orang pengundi yang tuan rumah langsung tidak mengenali mereka. Malah pihak polis juga turut memberi amaran "jangan halang pengundi", "tindakan menghalang pengundi adalah melanggar undang-undang" dan "pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab".
Kenyataan ini bagi menyokong apa yang diucapkan oleh Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein dan Bekas MB Kedah Mahathir Khalid bahawa isu pengundi hantu sengaja diwar-warkan oleh pembangkang untuk meraih simpati. Kononnya jika pembangkang menang, isu itu tidak timbul. Sebaliknya jika mereka tahu akan kalah maka isu itu akan timbul dan diperbesarkan. Pihak berkenaan juga menyatakan bahawa "tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal", "mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama" dan "pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah".
*
Catatan penuh sila layari :
BLOG AMK PARIT SULONG

Tiada ulasan: