Jumaat, 10 April 2009

Catatan Ketua AMK Johor 10 April 2009

Semalam saya berdiskusi dengan seorang penjawat awam. Dia memberi komen mengenai keranah politik dinihari dan sabanhari. Pendapatnya mengenai cuaca politik kini begitu panas dan menjalar ke pelusuk tanahair. " Sebelum ini hanya pantai timur yang hanggat berpolitik sepanjang masa, kini penyakit itu menular ke Johor dan dimana-mana", katanya .
Kerisauannya terhadap budaya memfintah tanpa henti hingga ayat suci Al-Quran dibaca tanpa tajwid dan peradapan yang sempurna. Anak-anak muda telah bergiat secara aktif dalam politik tegasnya lagi. Perpecahan melayu dan kaum lainnya makin ketara dewasa ini pada pendapatnya.
Saya ingin rakan-rakan menilai persoalan ini. Berpolitik perlu kepada peningkatan pembangunan sosial, budaya, ekonomi dan tahap peribadatan. Saya ingin tegaskan kepada AMK Johor bahawa berpolitik tidak memporak-perandakan agama yang Maha Suci dan hubungan bermasyarakat. Budaya kemasyarakatan perlu diperluaskan lagi. Altantuya telah bersemadi dan kapal selam telah dimertarai, kita perlu mempertabatkan diri kearah lebih bermaruah dari segi ekonomi, bersilaturahim dan istiqamah dalam ibadat. Insyallah gemilang pasti bersama pejuang tulen. Kepada yang berniat menjadi 'Yang Berhormat', sila cermin kualiti dan kecapaian diri sendiri. Jika perniagaan sediaada pun punah, perkerjaan sekarang pun pada ditakuk lama. Bagaimana mahu merobah ekomoni sekelian rakyat Malaysia ?
*
Zabidie Abas
Posted by Dairi AMK Johor

1 ulasan:

King Castle berkata...

AMK JOHOR HEBAT. TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENAWAN JOHOR DI PRU-13. KITA TUMBANGKAN UMNO DI KUBU KUAT MEREKA DI JOHOR.