Jumaat, 31 Julai 2009

Sepakat Menjunjung Perjuangan


Tanggal 29, Julai 2009, Pemuda Pakatan Rakyat menyambut mesyuarat seketeriatnya buat kali pertama.

Mesyuarat dijalankan di Parit Raja, dihadiri Barisan Exco AMK Johor, Wakil Pemuda DAP dan Pemuda PAS.

Semoga dengan semangat kerjasama dan komunikasi yang lebih erat, perjuangan Pakatan Rakyat dan PKR khususnya berjaya menawan negeri ini.


Salam Reformasi.

Selasa, 21 Julai 2009

PR Muar Tunjuk Solidariti kepada Mendiang Teoh Beng Hock

AMK Johor berasa bangga, perhimpunan untuk tunjuk solidariti terhadap mendiang Sdr Teoh Beng Hock berjaya dilancarkan di Kluang pada 19 July 2009.Perhimpunan Berlilin ini berjalan lancar dan dihadiri penduduk tempatan.


Program bermula dengan Lee Shang bersama dengan semua yang hadir diam satu minit sebagai tanda hormat, kenangan terhadap Teoh Beng Hock. Dalam ucapan, beliau menuntut agar satu badan yang bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini, memandangkan tiada siapa pun yang yakin dengan polis, kalau polis di Malaysia pun bakal disiasat oleh SPRM.


YB Ng Lam Hua pula menyatakan rasa tidak puas hati dengan komen yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang dekat dengan kerajaan bahawa Saudara Teoh Beng Hock adalah bunuh diri. "Beliau tidak ada sebab untuk bunuh diri langsung".

Selain pemimpin tempatan, hadirin juga mengambil peluang untuk meluahkan perasaan marah terhadap kes ini.

Antara kata-kata hadirin termasuklah,

"Kita pun ade anak, takkan pegawai siasat tu tak ade anak, takkan kita tak sayang nyawa?",

"Mengapa hal ini boleh berlaku? Kenapa tidak seorang pun yang keluar untuk mengaku bertanggung jawab? Mengapa kerajaan masih mahu keluarkan kata-kata yang menikam hati keluarga mendiang?"


Program juga dihadiri wakil Suaram, Nyam Kee Han, dan juga Rakan seperjuangan dari Johor Bahru.

Isnin, 20 Julai 2009

Sesi Kenangan Mendiang Teoh Beng Hock di Johor Bahru



Pada 17 July, Pemimpin Pakatan Rakyat dan Penduduk Johor Bahru telah menganjurkan Sesi Kenangan Mendiang Teoh Beng Hock di Pusat Khidmat Masyarakat PKR Johor Selatan yang terletak di Permas Jaya. Program ini diadakan bagi menunjukkan solidariti dan tanda hormat terhadap Mendiang TBH.

Sesi diketuai Bendahari Agung PKR, YB William Leong dan dihadiri lebih 100 orang penduduk Johor Bahru dan penyokong Pakatan Rakyat yang prihatin. Dalam ucapan, beliau kecam SPRM menyalahguna kuasa dan juga melakukan tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap individu yang dibawa balik untuk bantu siasat. Dan kali ini, SPRM telah mengakibatkan pengorbanan nyawa. PDRM, SPRM dan kerajaan digesa memberikan penjelasan yang bernas dan menyakinkan termasuklah menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi siasatan terperinci.

Syabas ditujukan kepada semua yang hadir. Keranamu, sesi ini berjaya.

Bersama kita teruskan perjuangan untuk “keadilan untuk Beng Hock”, dan yang penting sekaili KEADILAN UNTUK SEMUA”.

Reformasi !!!

Ahad, 19 Julai 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR


AMK Johor mengalu-alukan penyertaan Chua Jui Meng ke PKR.

Sememangnya BN telah menjahanamkan seluruh sistem dan instutusi negara sehingga banyak pemimpin yang pernah berusaha membetulkan BN akhirnya lepas tangan, dengan keluhan, BN tak akan berubah.

Lagi mengerunkan apabila Mendiang Teoh Beng Hock yang mati setelah dibawa balik oleh SPRM untuk soal siasat.

Satu perubahan yang menyeluruh perlu disegerakan.

Kita mengharapkan dengan kemasukan Saudara Chua Jui Meng ke PKR, kekuatan PKR Johor bertambah seterusnya Pakatan Rakyat dapat menumpangkan BN di "kubu-nya"

Dan kita yang sekian lama bersama PKR sememangnya telah membuat satu pilihan yang betul dan bijak. Marilah sama-sama berjuang demi Keadilan.


Salam Perjuangan.
Reformasi.



====== Berita Malaysiakini ========

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan
keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di
Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di
majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian
Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan
Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana
menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua
MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini
berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk
menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan
Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk
melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah
Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan
salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli
Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Jumaat, 17 Julai 2009

MAAF KESULITAN AMAT DIKESALI

Sebulan sudah berlalu, blog amkjohor berada pada situasi bertenang. Kini kembali menyambung tugas perjuangan.

Segala kerinduan akan terubat, amkjohor.blogspot.com akan menggila kembali. Kini kami tampilkan penulis-penulis blog (Blogers) yang hampir 3/4 sasau, 1/2 gila dan 1/4 kemaruk.

Nantikan rempuhan dan asakkan kami terhadap Umno/BN. Kerajaan BN ( Bini Najib ) akan ditalkinkan menjelang PRU13.

AWAS!!.

Teman-teman sepejuangan, ayuh susun seluruh kekuatan kita teruskan perjuangan. BN Johor terlalu lemah, berlaku porakperanda, pemimpin skandal, ramai rakyat telah sedar dan mengharapkan PR sebagai payungan mereka. Apa tunggu lagi Yakinlah rakyat sudah tidak mahukan Umno/BN, mereka mahukan PAKATAN RAKYAT.

Zabidie Abas