Selasa, 4 Ogos 2009

Himpunan Mansuhkan ISA 801 - Di Tembak Ketika Bersurai


Johor Bahru : Seorang lagi mangsa keganasan pihak berkuasa sewaktu menyertai Perhimpunan Aman Anti ISA di Kuala Lumpur sabtu lalu saudara Teh Hong Ping melaporkan bahawa pihak Unis Simpanan Khas (FRU) telah bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan sewaktu menjalankan tugas mengawal keadaan di tapak perhimpunan tersebut. Beliau yang dihubungi pihak media semalam juga menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap pihak FRU kerana mencabuli hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap pemansuhan Akta zalim ISA di Negara ini.


Perhimpunan yang telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk GMI, NGO, Pelajar IPTA dan IPTS serta beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat menjadi kecoh apabila pihak Polis dan FRU mula mengganas dengan mengarahkan kesemua penyokong bersurai dari tapak perhimpunan. Saudara Teh Hong Ping dan rakan-rakan beliau juga telah diserang sewaktu dalam perjalanan bersurai setelah mendapat arahan dari pihak polis dan FRU. Dalam serangan tersebut Saudara Teh Hong Ping telah mengalami kecederan serius pada anggota badannya iaitu di bahu dan tangan kanannya dipercayai terkena serpihan balang gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak FRU ke atas orang awam. Menurut beliau lagi ramai dikalangan orang awam juga tercedera sewaktu menyelamatkan diri dari tembakan tersebut dan beliau yang bersyukur kerana serpihan balang gas tersebut tidak mengenai anggota sensetif lain terutamanya di bahagian leher dan kepalanya, sekali lagi mengecam pihak FRU kerana tindakan melepaskan tembakan secara rambang dan mendatar terhadap orang awam. Tindakan kejam ini sememangnya boleh membahayakan nyawa sesiapa juga yang berada di situ menurutnya lagi.



Sejurus daripada insiden yang menimpa Saudara Hong Ping disini kelmarin, beliau dan beberapa rakan serta pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah membuat pemeriksan kesihatan dan mendapat kan rawatan di Hospital Pakar An-Nur (Lampiran), Bangi seterusnya membuat laporan polis (Lampiran) di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai bantahan terhadap tindakan ganas pihak FRU sehingga menyebabkan kecederaan ke atas beliau. Orang awam dan beberapa Pemimpin tertinggi Pakatan rakyat yang dihubungi pihak media juga menyelar tindakan zalim pihak Polis mahupun FRU yang bagaikan dirasuk sewaktu menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan rakyat 1Malaysia disini kelmarin. Malah ada diantara mereka beranggapan bahawa kecederaan mahupun kematian membabitkan rakyat merupakan satu “Trade Mark” bagi mengambarkan kejayaan pihak berwajib sewaktu mejalankan tugas menjaga keamanan Negara kebelakangan ini


Menurut Dr Zaleha yang merupakan Ahli Ma jlis Pimpinan tertinggi PKR ketika dihubungi di Johor Bahru semalam, bantahan serta kutukan sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak Polis dan FRU keatas orang awam terutamanya Saudara Teh Hong Ping akan diteruskan bagi memastikan rakyat tidak akan terus dizalimi sedemikian rupa. Beliau yang merupakan bekas Calon PKR di Parlimen Gela ng Patah sewaktu Pilihanraya ke 12 yang lalu, menuntut agar pihak Polis dan FRU serta pemimpin tertinggi Negara agar menghentikan segala bentuk keganasan terhadap rakyat dan bersikap Professi onal dalam menjalankan tugas menjaga keamanan serta melindungi hak rakyat dari terus dizalimi. Beliau yang juga kesal dengan tindakan pihak Polis mahupun FRU yang seringkali memberi alasan “Saya hanya menjalankan tugas dan ini arahan pihak atasan”, menyeru agar tindakan segera diambil bagi memastikan nasib rakyat terutamanya Saudara Teh Hong Ping dan rakan-rakannya yang turut cedera sewaktu menghadiri Perhimpunan Aman Anti ISA sabtu lalu, akan lebih terbela demi memastikan Kredibiliti dan imej PDRM tidak akan terus tercemar di mata rakyat.



Tiada ulasan: