Selasa, 4 Ogos 2009

Taniah atas Perhimpunan Mansuhkan ISA



AMK Johor mengucap setinggi-tinggi taniah atas kejayaan Perhimpunan Mansuhkan ISA. Semoga kehadiran puluhan ribu rakyat dalam Perhimpunan dapat memberi "ILHAM" kepada Kerajaan BN untuk mansuhkan ISA.

Lebih 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.

Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dalam sidang, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Seramai 589 orang telah ditahan dari sebelum perhimpunan bermula hingga selepas bersurai.

Polis telah mengambil tindakan "Balas Dendam" dan "tunjuk ajar" terhadap peserta perhimpunan aman kali ini. Selepas diumumkan bersurai, polis sekat jalan demi jalan diikuti dengan tembakan peluru pemedih mata dan air asid, dan seterusnya menahan mereka-mereka yang sedang bersurai

Apabila sebahagian peserta bersurai ke Jalan Chow Kit untuk cari makan, polis pula ikut dan sembur air asid mengakibatkan makanan dan barang niaga rosak. AMK Johor Kecam tindak-tanduk polis ini dinampakkan sebagai tidak professional.

Sememangnya alasan yang diberikan oleh BN selama ini bahawa kita perlukan ISA untuk keselamatan dalam negeri, seterusnya dengan akhbar yang dimiliki UMNO, buat cerita bahawa terdapatnya unsur Komunis yang sedang bertumbuh. Alamak, hari ni, kalaulah ditanya bekas komunis, tak siapa pun yang sanggup dikomuniskan. Tiap-tiap orang ada hartanya sendiri, ada kepentingan dalam ekonomi yang tersendiri, Komunis lagi? Kononnya orang bangsa Cina nak Komunis, disebaliknya pula kata mereka punya harta bertimbun-timbun, kan tak masuk akal? Orang yang berharta takkan suka Komunis, faham BN?

Sekali lagi, AMK Johor merakamkan solidariti kepada semua yang terlibat menjayakan Perhimpunan Besar Anti-ISA.




Salam Refomasi !!!

Tiada ulasan: