Khamis, 6 Ogos 2009

Jeff Ooi Perlu Lebih Sensitif

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi digesa supaya menarik balik kenyataannya yang menamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan 'ekstremis agama' dan minta maaf terhadap pertubuhan tersebut.

Jeff Ooi perlu faham bahawa beliau tidak sewarjanya mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan ahli-ahli JIM dan juga umat Islam di negara ini. Percakapan beliau, tidak kiralah sengaja ataupun salah faham, akan dimainkan dengan teruk-teruknya dalam UTUSAN Malaysia.

Bagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, adalah lebih baik kita minta Jeff Ooi untuk tarik balik pernyataan dan minta maaf, diikuti dengan perbincangan yang mendalam dengan beliau untuk maklumkan ciri-ciri JIM agar salah faham tidak lagi terjadi pada masa hadapan.

Bagi perkara sebegini, akar umbinya adalah kerajaan BN yang sekian lama ini mengamalkan pecah dan perintah. Akibatnya, ketiga-tiga etnik yang terbesar dalam Malaysia tidak saling mengenali, dengan keadaan nampak lebih buruk berbanding dengan zaman atuk kita.

Contohnya, tindakan BN merobohkan kuil Penganut Hindu yang berlarutan memberi gambaran kepada etnik Melayu bahawa orang India boleh dibuli. Sama juga tindakan menafikan hak asasi manusia untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda menyebabkan etnik Cina dan India menyangka Melayu tu extremist. Tetapi, semua ini berlaku dari punca yang same, iaitu Umno-BN.

AMK Johor menggesa orang ramai, NGO dan parti-parti politik membanyakkan perbincangan, debat dan soal-jawab di kalangan orang Malaysia untuk melahirkan warga yang sihat dan saling faham-memahami.

Tiada ulasan: