Selasa, 21 Oktober 2008

POLIGAMI DAN BERPOLITIK ALA ANWAR IBRAHIM

Sekilas pandang rakyat jelata memandang remeh permasalah politik tanahair amnya di Johor . Iktibar yang diambil mengikut jalan mudah. Yang kecewa dibiarkan dan yang bercita-cita menjadi Yang Berhormat ( Y.B ) perlu berhempas pulas.
Di Johor ini, ada ahli-ahli PKR yang mentalitinya masih di dalam tempurung. Bagi mereka memasang bendera, kain rentang dan berhimpun sambil memekik REFORMASI!!! REFORMASI!!! atau HIDUP RAKYAT itu adalah politik. Duduk dalam organisasi sambil membebel mengutuk pihak lain itu adalah politik. Sedangkan mereka tidak sedar yang berpolitik ini adalah untuk menang. YA.... MENANG DAN MEMBELA NASIB RAKYAT TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA. Pada zaman era 50-70'an etika ini digunakan dengan meluas. Bagi mereka YB perlu baiki jalan, parit dan Masjid sahaja. Era sekarang Y.B mempunyai skop perlaksanaan yang cukup luas termasuk pembangunan sasiah dan membangkit emosi ekonomi segenap lapisan masyarakat.
Maka calon celupan untuk meneguk dilubuk udang seringkali tewas dalam pilihanraya. Jika menang sekalipun hanya sepenggal. Faktor inilah membuatkan parti politik seperti PKR tertimbus dalam perjuangan politik. Orang-orang Anwar hanya bersandiwara dalam politik mereka. Dengan kehadiran 10,000-30,000 para calon Y.B ini memainkan peranan yang sangat hebat setahun sebelum Pilihanraya Umum berlangsung. Akibatnya yang menang jatuh tersungkur yang menang mendabik dada.
Dalam Anwar Ibrahim keletihan melihat telatah pencacai politik ini menempil-nempil. Kesedaran berpolitik mereka sukar dibendung. Analisis mereka mudah, Anwar datang PKR menang. Anwar pergi PKR kalah. Ada kebimbangan berlaku dikalangan mereka. Malah Pakatan Rakyat juga binggung, bila ianya akan berakhir. Ia disebabkan politik mereka tiada wawasan, keberanian dan perjuangan jelas. Penulis akur jika dicemuh. Tetapi inilah yang sebenarnya berlaku. Kematangan berpolitik tanpa wawasan menyebabkan Pakatan Pakyat itu sendiri bertulang belakangkan seorang manusia. Dalam usia beliau mencecah 61 tahun, yang muda remaja terlalu berharap dan yang matang pura-pura dewasa. 16 September tidak menjadi masing-masing binggung. Termasuk yang mengaku hero.

Pernahkah mereka terpikir bila USNO bertukar UMNO, seingat saya 3-4 kali tarikh dipinda sehingga Dr Mahatir ketika itu juga binggung. Bila telah berjaya USNO ditanam hidup-hidup dan Anwar Ibrahim dihumbankan. Pakatan Rakyat baru setahun jagung namun BERANI menongkah arus. Dicaci maki, dihina bahkan menjadi bahan gelak ketika Pakatan Rakyat bercita-cita menakluki Putrajaya. Namun hanya mereka yang tahu dan mahu menilai dan menghargai erti perjuangan sebenar sepatutnya mengambil ROH perjuangan dari mereka2 yang terus berjuang dalam Pakatan Rakyat untuk merealisasikan impian rakyat.

Siapakah yang berfikir kearah itu sedangkan Dr. Matahtir sendiri bimbang peristiwa USNO menjadi keyantaan sekali lagi.

Ayuh Teman-Teman.... Bangkitlah dari tidurmu. Perjuangan kita hampir terpesong. Bercakap sahaja tidak cukup. Berniat sahaja tidak memadai. Gerak kerja mesti dimulakan. Palulah gendang Perjuangan agar mereka2 yang tidur terus terbangun untuk sama-sama berjuang.

Tiada ulasan: