Khamis, 27 November 2008

16 Sept. 2008 : Anwar Ibrahim Hilang Arah ?

Malaysiakini dalam blognya dan bloggers lain menekankan agar Anwar Ibrahim mesti menjawab segala persoalan 16 Sept. 2008 semasa Kongres Parti keadilan Rakyat ( PKR ) pada 29 Nov. 2008 nanti.
Kenapa tidak jadi ? Bila tarikh seterusnya ?
Rata-rata juak UMNO menyatakan Anwar Ibrahim telah hilang arah. Perkataan 'Pembelit, Penipu & Pembohong" adalah mainan ayat mereka. Namun begitu rakyat Malaysia masih berpusu-pusu menyertai PKR. Malah penyokong baru PKR adalah dari Barisan Nasional (BN)dan mereka yang tidak berparti sebelum ini. tentu UMNO makin pelik !!!
Analisa pertama saya.
Anwar Ibrahim seperti sengaja membiarkan pekara ini berlaku. Agar jawatan tertinggi UMNO menjadi rebutan. Dari kelangsungan ini akan berkecaianya UMNO pada Mac 2009. Itulah yang diperkatakan oleh Tan Sri Mohamad Taib, " Sentimen & Strategi politik Anwar sangat bahaya bagi UMNO dan BN"

Nantikan ulasan saya seterusnya. Saya berpendapat Dato' Seri tidak akan menyentuh pekara 16 Sept di Kongres PKR nanti....

Tiada ulasan: