Jumaat, 21 November 2008

Kg. Plentong Tengah : Polimik Perbezaan Ketuanan

1. Walaupun hampir keseluruhan penduduk adalah bumiputera, penyelesaian yang diambil oleh Kerajaan Johor bagai melepas batuk ditangga.
2. Pihak pemaju hanya menghantar peguam untuk menyelasaikan permasalahan penempatan mereka. Tiada seorang pun Lembaga Pengarah syarikat pemaju datang ketika ini untuk berunding.
3. Segelintir 'orang UMNO' menjaja bahawa mereka adalah setinggan.
4. Menteri Besar hanya mengahantar wakil. Takut atau malu berhadapan dengan mereka. Beliau lebih berminat menonton tarian zapin dari melihat sendiri kesusahan penduduk Kg. Plentong Tengah.
5. Khalid Nordin memilih menguatkan lagi kuasa di Pemilihan Agong UMNO daripada duduk bersama pengundinya membincangkan nasib mereka selepas ini.

P . Magendren a/l Parumal
Naib Ketua

Tiada ulasan: