Sabtu, 22 November 2008

Kisah Kasino dan Taman Thema

Khabarnya negara jiran kita Singapura sedang giat membangunkan dua buah kasino yang akan mejadi kasino yang tersohor di dunia iaitu di Marina Bay (pusat pembangunan kasino termahal di dunia) dan sebuah lagi dibina di Pulau Sentosa (kasino ke 2 terbesar selepas Las Vegas, USA) dan dijangka akan memulakan operasi perniagaannya pada tahun 2010 dan selepas ini ramailah tauke2 judi di Macau dan Monaco membunuh diri kerana kekurangan pelanggan. Berapa mahal, berapa besar atau berapa canggih pun, lantak dialah. Itu hak Singapura.

Apa yang kita risaukan sangat ialah pembinaan kasino ini ada kena mengena dengan Pembinaan Taman Thema (ala-ala Disneyland) di DUN Nusa Jaya, Gelang Patah yang mana keluasan dia 4000 ekar dan ianya merupakan taman thema yang terbesar di negara kita ini. Projek tersebut sedang giat dijalankan.

Khabarnya antara pemegang saham terbesarnya adalah syarikat yang sama melabur dan memegang saham utama di kasino Singapura. Taman Thema ini merupakan agenda utama pembangunan WPI. Ianya juga boleh dianggap sebagai pelengkap kepada kedua kasino tersebut dan jarak antara Taman Thema dan kedua-dua kasino tersebut hanya memakan masa sekitar 45minit perjalanan.

Apa yang dirisaukan adalah tuan punya kasino dan taman thema adalah orang yang sama maka sudah tentu cara berurusniaga juga sama.

Tambahan pulak, antara insentif kerajaan UMNO/BN tawarkan kepada Pelabur dalam WPI ialah pelabur boleh ambil 100% tenaga kerja asing tanpa had. Bayangkan nanti, ramai pekerja asing berkerja di Taman Thema tersebut yang antaranya adalah dari warga Filipina yang putih melepak, gebu dan pakai skirt yang pendek serta senyuman yang bisa menggoncang iman.

Yang paling kita risau adalah kesan jangka panjang pada nilai lama, sosial dan moral masyarakat tempatan. Sekarang pun dah sakit mata bila melihat masalah sosial dan moral anak2 muda dan tak kalah juga yang telah berumahtangga. Kalau Kasino dan Taman Thema ini siap sepenuhnya pada 2011 nanti, dikhuatiri berlaku kejutan budaya dan berleluasalah maksiat disana sini.

Angkatan Muda Keadilan sebagai sayap kanan PKR, tidak mempunyai kuasa untuk menghalang dan membenteras masalah ini cuma pandangan, cadangan dan saranan bagaimana membenteras masalah sosial ini. Itu pun jika pihak Pemerintah terima idea kami yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawap pihak pemerintah.

Buat Pemuda UMNO, di manakah dikau bersembunyi??? Inikah Pemuda UMNO yang "kunun"nya Pejuang Agama, Bangsa dan Negara?? PIRAHHHH..... Jengah-jengahlah sikit bang apa yang berlaku kat negeri kita ni. Janganlah sibuk sangat dengan Pemilihan Agung UMNO tu je. Ini masalah sosial anak bangsa sendiri.

Sedarlah pemimpin, penyokong dan pendokong UMNO semua... Di Negeri Johor ni, tanah kita, harta kita, agama kita, hatta maruah dan kedaulatan tanah air kita sudah hampir tergadai kepada negara jiran. Korang masih tak ambik peduli. Asyik fikir projek, tender, permit dan korang masih pentingkan nak penuhkan tembolok dan poket korang jer tanpa peduli hasil yang kau makan tu hak rakyat ataupun memang hak kau. Yang penting poket tak mau kosong. Apa punya haprak korang ni.... tapi peliknya rakyat Johor ni masih sokong kau menjadi pemimpin mereka. Apa manderem kau orang pakai ha....

Tak pa lah... Nak buat macam mana.. Sekarang korang tak mempedulikan rakyat dan ambik hak rakyat ikut suka kau. Jika pada PRU-13 nanti, rakyat Johor tak pedulikan korang, barulah korang sibuk mengatakan orang melayu dah berpecah dan sentimen perkauman korang mainkan. Standard la UMNO... mana nak mengaku kesilapan mereka.

Kami AMK Johor sentiasa komited dan sentiasa bersama rakyat Johor. Perlu diingat "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT".

Nor Azman Hashim
Naib (I) Ketua AMK Johor

Tiada ulasan: