Khamis, 13 November 2008

Ralat : Mesyuarat AMK Johor

Makluman kepada EXCO AMK Negeri Johor dan Ketua AMK Bahagian :-

Mesyuarat AMK Negeri Johor akan diadakan lebih awal pada tarikh dan tempat yang sama. Mesyuarat yang sebelum ini akan bermula pada 3 petang terpaksa dipercepatkan kepada jam 2 petang berikutan YB Amirudin (Ketua AMK Johor) terpaksa balik ke Selangor lebih awal kerana akan menghadiri satu majlis di sana.

Ketua/Wakil Ketua AMK Bahagian juga diminta untuk membawa dan menyerahkan kepada saya senarai nama perwakilan dan pemerhati yang akan ke Kongres Nasional AMK pada mesyuarat tersebut. Kegagalan anda menyerahkan senarai nama tersebut mungkin akan menyebabkan anda tidak diterima masuk ke Kongres Nasional AMK 2008 yang dijangka berlansung pada 28 Nov. 2008. Harap mendapat kerjasama semua pihak.


Mohamad Nazri bin Ismail
Setiausaha AMK Johor

Tiada ulasan: