Khamis, 20 November 2008

SATU PUJIAN, SATU TEGURAN, SATU MUHASABAH

Setelah sekian lama diminta oleh Setiausaha AMK-Johor agar menyumbangkan sesuatu dalam blog ini akhirnya saya rasa terpanggil untuk menyumbangkan artikel saya.
Bahang kongres PKR mula terasa. Pihak saketeriat yang paling sibuk dalam menguruskan keperluan logistik para Perwakilan dan Pemerhati dari seluruh negara. Pastinya kongres kali ini, jauh berbeza dengan sebelumnya apatah lagi kongres kali ini diadakan di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat hasil kemenangan pada Pilihanraya ke 12 yang lalu.
Faktor perkembangan mutakhir serta diransang oleh prestasi cemerlangPRU 12 lalu,cukup menggamit ramai perwakilan dan pemerhati untuk turut serta. Tambah manis tuan rumah kali ini Selangor,negeri yang diperintah oleh kita.
Tanpa disedari, usia AMK masuk tahun ke sepuluh. Sepanjang tempoh tersebut,kita telah melalui beberapa tranfomasi dan evolusi. Jika diukur pada manusia, sepuluh tahun usia yang dianggap pra-matang. Tapi dalam politik yang menongkah arus perdana, tiada istilah itu. Kita membesar dalam persekitaran yang penuh dengan tekanan, kekangan, halangan dan cabaran. Semuanya menjadikan kita cepat dewasa. Sikap prajudis dan layanan ‘Double standard’ pihak Media,Parti Pemerintah Dan Pihak Berkuasa mempercepatkanlagi kematangan kita.
Hasil Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai sayap kanan Parti Keadilan Rakyat yang menjadi pemangkin kepada pergerakan kaum muda parti politik yang paling cepat berkembang dan berpengaruh ditanah air.
AMK dilihat agresif, progresif, dinamis dan pro-aktif dalam menangani sesuatu isi semasa. Tak kira samada isu tempatan, negeri, nasional mahupun antarabangsa, tahap sensitiviti kita mendahului pesaingnya. Ini kerana tenaga penggerak AMK didokong oleh ramai aktivis, refomis dan profesional muda. Ia disokong pula oleh warga muda Malaysia yang dahagakan pembaharuan. Keahlian kita melampani batas prajudis perkauman, sesuatu yang telah lama disemai oleh UMNO/BN. TernyataAMK memberi suntikan segar pada politik malaysia yang telah lama lelah dan lesu.
Namun sari perspektif lain, banyak ruang dan kelompang yang mesti dibaiki segera. Sikap anak muda terkadang alpa dan leka. Hilang pedoman dan pertimbangan. Teguran dianggap herdikan, kritikan dianggap kecaman dan persaingan dianggap permusuhan.
Mabuk PRU 12 masih belum hilang. Akibat kemenangan mengejut, kuasa tiba-tiba berada ditangan. Pangkat, jawatan dan kuasa melutut mencari kita. Tuntutan antara prinsip perjuangan dan godaan kepentingan diri mula datang menguji.
Disesetengah negeri, bibit perpecahan, berpuak-puak serta rasatidak puas hati sesama sendiri mula timbul. Bagi negeri-negeri yang kalah, senario serupa turut berlaku walaupun masih terkawal. (Konflik pemimpin AMK dengan Kepimpinan PKR negeri tambah memburukkan keadaan). Masing-masing mula membina kekuatan, pengaruh dan pengikut sendiri. Virus serupa mula berjangkit di peringkat bahagian.
Saya memetik kata Khalfah Umar Abd Aziz, “ Memegang kuasa umpama memegang tali api neraka”. Begitulah beratnya tersohor kuasa, amanah dan tanggungjawab dari kacamata seorang negarawan islam. Jadi, peringatan kepada ahli AMK yang sedang memegang kuasa, samada pemimpin peringkat bahagian, negeri, pusat hatta ADUN dan Ahli Parlimen anda dalam perhatian. Sahabat sedang memerhatikan diri mu, musuh sedang memerhatikan gerak tari mu,rakyat sedang memerhatikanpercaturan mu, dan yang paling utama , Allah juga sedang memerhatikan keseluruhan dirimu dan juga keimanan mu.
Selain isu kuasa, berbeza pendapat adalah perkara lumrah dalam organisasi dan parti. Perbezaan pandangan dan pendapat sebenarnya mencambahkan minda. Tapi biarlah dalam lingkungan had dan batasnya. Jika tidak terkawal dan terbendung, di khuatiri akan menjadi kudis. Kudis ini akan menjadi nanah dan seterusnya akan menjadi barah. Ini sesuatu yang perlu kita renungkan bersama.
Saya mengingatkan diri saya, AMK Negeri Johor dan seluruh warga AMK Malaysia. Sama-sama kita bermuhasabah diri. Apakah sebenarnya matlamat kita. Setakat mana sumbangan kita pada organisasi dan perjuangan ini. Setakat mana kita memahami 17 prinsip perjuanganparti dan 5 janji pilihanraya kita. Dan setakat mana kita menghayati Dasar dan Aspirasi parti.
Mungkin pandangan saya agak kritis ,seolah mendedah keburukan rumah tangga sendiri. Tetapi realitinya begitu. Pemimpin yang hebat bersedia mengkritik dan dikritik, terbuka menegur dan ditegur. Ciri ini yang membezakan pemimpin dengan yang dipimpin.
Perjalanan kita masih jauh. Banyak lagi onak dari yang mesti kita lalui. Saya mengharapkan pada Kongres Nasional AMK 2008 dijadikan medan terbaik untuk mencari kekuatan dalaman serta pada akhirnya akan mampu memperkasakan diri, Organisasi, Parti dan erti perjuangan kita. Parti adalah alat perjuangan mencapai matlamat…………


Nor Azman Hashim
Naib (I) Ketua AMK Johor

Tiada ulasan: