Sabtu, 31 Januari 2009

AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM ABDUL QAHAR MANSOR

Anak saudara kepada Presiden PAS iaitu Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam (30 Januari 2009). Menurut salah satu sumber, kemalangan itu berlaku di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Kemalangan tersebut yang melibatkan sebuah kereta yang di daftarkan atas nama Ketua Polis Negara yang dipandu oleh seorang anggota polis, pada mulanya berada di sebelah kiri jalan tetapi secara tiba-tiba terus membuat pusingan U tanpa memberikan isyarat dan tindakan tersebut telah menghalang laluan motorsikal yang ditunggang oleh mangsa. Ini menyebabkan motorsikal yang ditunggangi mangsa melanggar pintu sebelah kanan kereta tersebut dan mangsa maut di tempat kejadian.
Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan jenazahnya dituntut oleh keluarga mangsa dari Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila pada hari yang sama.

Bersama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah.......

Tiada ulasan: