Khamis, 1 Januari 2009

JOM.... GI GANU

AMK Johor akan ke Kuala Terengganu bagi membantu jentera Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu. Maklumat yang diterima dari AMK Pusat bahawa petugas-petugas/jentera AMK Negeri Johor akan dipertanggungjawabkan di DUN Ladang bersama jentera AMK dari Perak dan Pahang.

Sehubungan dengan itu semua Ketua AMK Bahagian diminta menyerahkan senarai nama ahli-ahli AMK Bahagian yang akan ke Kuala Terengganu bagi membantu jentera Pakatan Rakyat berkempen demi untuk memenangkan calon dari Pakatan Rakyat. Senarai nama mestilah lengkap dengan Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Telefon serta tarikh bertolak ke Kuala Terengganu.

Ayuh AMK Johor... Kita berjuang habis-habisan kerana perlu diingat inilah pilihanraya yang akan menentukan samada UMNO/BN akan bangkit atau terus karam dalam lautan birunya...

1 ulasan:

Saad-Atie berkata...

selamat dtg ganu kite