Khamis, 29 Januari 2009

KERAJAAN UMNO/BN JOHOR.... DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT...

"Pada mulanya, kami dijanjikan pampasan sebanyak RM5,000 apabila berpindah ke sini tetapi selepas itu, jumlah itu diturunkan kepada RM3,000. Namun, sehingga sekarang, kami tidak mendapat wang pampasan seperti yang dijanjikan,”. Begitulah keluhan seorang warga emas, Arbibah Yahya, 63, antara 100 keluarga yang ditawarkan tempat tinggal sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kempas Permai, di sini, mengalami kesulitan apabila pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) mengarahkan mereka berpindah dari blok Seroja yang didiami mereka sekarang. Rata-rata penduduk di situ kecewa apabila tidak menerima wang pampasan yang dijanjikan sejak dua tahun lalu.
Penduduk yang tinggal di blok itu sejak 2006 adalah penduduk yang pernah menduduki kawasan itu secara setinggan sebelum tanah yang mereka duduki dirobohkan tanpa sebarang pampasan.
Flat 18 tingkat itu juga tidak mempunyai kemudahan seperti lif yang menyukarkan pergerakan warga emas yang tinggal di situ. Mereka juga kerugian apabila dipaksa berpindah pada 2006 dan kini terpaksa menanggung rugi yang lebih besar apabila terpaksa membayar deposit bagi rumah baru mereka. Selain menanggung kos perpindahan sebanyak RM3,000 apabila berpindah ke rumah baru nanti dan bayaran deposit sebanyak RM840 serta bayaran sebanyak RM124 sebulan bagi rumah baru itu. Masalah ini amat menekan kehidupan mereka apatah lagi kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga pasar malam dan pekerja am.

Tiada ulasan: