Khamis, 8 Januari 2009

NAJIB YAKIN MENANG BESAR DI PRK P036 K. TERENGGANU

Najib dalam kenyataannya begitu optimis bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bahkan ianya akan lebih baik daripada pilihanraya umum Mac lalu. Bahkan Najib juga berkata PAS dan PR ketandusan isu sehinggakan terpaksa menggunakan gambar Altantuya, yang baginya, tidak relevan sama sekali. Apakah Najib tak tahu atau buat2 tak tahu yang kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian/Cawangan pun meragui penafian beliau berkaitan isu Altantuya. (Datuk Nasir Safar mungkin dah boleh edar borang kajiselidik untuk membuktikan yang pimpinan umno peringkat Bahagian/Cawangan ni percaya ke tak dengan sumpah Najib tu). Pembatalan penswastaan IJN mungkin sekadar meredakan ketegangan kerana tingkah laku BN selama ini diragukan. Kalau BN jujur, Alhamdulillah.
Isu calon PAS yang dikatakan calon kompromi dan digembar-gemburkan bahawa kumpulan penyokong PR tidak senang dengan calon PAS, dan mungkin jika memberi komitmen penuh, bukan lagi menjadi isu. Semua pimpinan PAS,DAP dan PKR turun semasa penamaan calon termasuk Husam. Isu pertelagahan PAS-DAP tentang isu pelaksanaan HUDUD juga telah selesai. YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dan YB Tan Sin Giew turut hadir pada hari penamaan calon tempohari.
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini diberitakan telah dilarang oleh pimpinan PAS supaya tidak hadir pada hari penamaan calon telah pun hadir dan memulakan kempennya di Kuala Terengganu bahkan penjelasan yang ditunggu-tunggu tentang pendirian beliau tentang pelaksanaan hukum hudud oleh PAS jika Pakatan Rakyat memerintah negara juga diperjelaskan. Beliau dalam ceramahnya antaranya menyatakan bahawa tiada paksaan orang bukan islam untuk tunduk kepada hukum hudud. Hukum hudud hanyalah untuk orang yang beragama islam. Kehadiran Dato' Seri Anwar juga ini penting untuk merealisasikan kekukuhan dan kemantapan Pakatan Rakyat serta menafikan bahawa beliau akan memulaukan PRK Kuala Terengganu ekoran kritikan Datuk Mustafa Ali yang pernah mempertikaikan projek Anwar 16 September dan dengan kehadiran Dato' Seri Anwar ini, isu tiada kesepakatan dalam PR, dan isu PAS diperkuda oleh PKR dan DAP terhakis sama sekali.
Kini terpulang kepada pengundi Kuala Terengganu... Pangkah "PAS" atau "BN"....

Tiada ulasan: