Jumaat, 10 April 2009

Kabinet Najib: Pembaharuan Yang Bakal Memecah Belahkan UMNO/BN.

BARISAN Kabinet Najib Razak yang ditunggu-tunggu sejak tujuh hari lalu akhirnya dizahirkant tepat jam 3:00 petang semalam. Najib mengumumkan barisan Kabinetnya di sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.Dengan didampingi timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang sudah mulai pandai tersenyum, Najib menghuraikan mengenai fungsi, semangat, pendekatan dan falsafah pembaharuan yang dibuatnya dalam Kabinet itu secara ringkas.Bagi Najib Kabinet yang mengandungi 28 menteri dan 40 timbalan menteri itu Kabinet perubahan yang dibentuk selepas beliau berbincang dengan berbagai pihak. Kabinet itu juga adalah saf kepimpinan yang akan responsif kepada masalah rakyat dan tuntutan semasa seperti mana didamkan sebelum ini.
Motto atau tagline Kabinet Najib ialah; satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!Berdiri juga bulu roma ketika mendengar Najib memberi huraian mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu.
selanjutnya sila layari :
http://amkwp.blogspot.com

Tiada ulasan: