Selasa, 14 April 2009

Pasukan Keselamatan DiRaja Malaysia

Setiap kali ceramah Pakatan Rakyat, pihak berkuasa terutama Polis, PGA atau FRU akan bersiap siaga tanpa diundang. Kononnya kami ini penjenayah terhebat. PKR diistilahkan oleh mereka sebagai 'Parti Kominis Rakyat'. Begitu hina tanggapan pihak berkuasa kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagi mereka kerja sedemikian bagai 'seruan tuhan' untuk membenteras penjenayah. Pihak berkuasa sendiri tahu siapa sebenarnya penjenayah dan perosak bangsa Malaysia. Amalan rasuah BN-Umno terbukti dan dibuktikan dengan jelas. Mungkin mereka golongan bacul untuk menjalankan tugas sebenar. Bimbang ditukarkan tempat kerja atau digantung kerja .
Kawalan kesalamatan yang diadakan kononnya menjaga pemimpin dan penyokong PKR dari menimbulkan huru-hara. Dengan rakaman video, berselindung dibawah pokok dan mondar-mandir dengan kereta peronda mengibaratkan aktiviti PKR begitu hina. Malah sebelum aktiviti dilaksankan pelbagai persoalan diutarakan, kononnya menjaga kepentingan umum. Sepatutnya mereka pergi ke rumah atau pejabat pimpinan BN-Umno, tanya mereka kediaman dan kereta mewah itu datangnya dari mana ? Lihat slip pendapatan dan transaksi perakuanan mereka.
Mungkin mereka anggap BN-Umno ini tuhan mereka ? Tepuk dada tanya akal sendiri.

Tiada ulasan: