Khamis, 2 April 2009

PENTAS ANAK MUDA

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah (AMK GP) dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK J), akan mengadakan program "Pentas Anak Muda" pada 11 April 2009 . Antara penceramah undangan yang dijangka hadir adalah :-

Sdr. Samsul Iskandar - PKR (Ketua AMK Malaysia)
YB Amiruddin Shari - PKR (ADUN Batu Caves)
YB Nik Nazmi - PKR (ADUN Sri Setia/Setiausaha MB Selangor)
YB Dr. Boo Cheng Haw - DAP (ADUN Skudai)
Sdr. Khairul Faizi - PAS (Ketua Dewan Pemuda PAS Johor)

Menurut Ketua Program Sdr. Yusree Abd Hamid, ceramah yang bakal diadakan adalah untuk menerangkan isu-isu politik semasa tanahair yang perlu diperjelaskan kepada penduduk Parlimen Gelang Patah yang mana isu ini sering diputarbelitkan oleh media arus perdana. Program tersebut yang akan diadakan di : Perlaluan Makmur 72, Taman Damai Jaya, Skudai, Johor iaitu dihadapan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat, Cawangan Taman Damai Jaya. Program yang akan bermula pada jam 8.30malam.
.
Mohd Nazri Ismail
Naib Ketua 1 AMK Johor

Tiada ulasan: