Sabtu, 30 Mei 2009

USALAN MODERATOR AMK JOHOR

30 Mei 2009 - Saya mengucapakan terima kasih kepada pembaca dan pengkritik. Saya menerima teguran, rangsangan dan cadangan dari beberapa individu.

Saya mengucapkan teima kasih kepada semua. Apa yang diwujudkan didalam blog ini atas permintaan politik tanahair. Saya akui menimbulkan spekulasi seperti awal tertubuhnya ADIL iaitu saya penghianat perjuangan dan mengadu domba keharmonian parti.

Saya yakin pengkritik mempunyai kekuatan tersendiri, namun saya berharap perkataan maki-hamun seperti 'kimak' dan seertinya dengannya tidak ditujukan kepada ahli AMK yang lain didalam blog AMK Johor.

Setiap Bahagian mempunyai mesyuarat dan Negeri begitu juga. Sampaikan masej tidak puas hati, cadangan dan kritikan melalui saluran tersebut. Jika masej tersebut tidak dapat disampaikan oleh Ketua AMK Bahagian kepada Ketua AMK Negeri. Pengkritik boleh menulis cacian tersebut diblog sendiri atau sms kepada penama itu sendiri.

Maaf dan terima kasih dari saya.

Mat Kulai

Tiada ulasan: