Isnin, 20 Julai 2009

Sesi Kenangan Mendiang Teoh Beng Hock di Johor Bahru



Pada 17 July, Pemimpin Pakatan Rakyat dan Penduduk Johor Bahru telah menganjurkan Sesi Kenangan Mendiang Teoh Beng Hock di Pusat Khidmat Masyarakat PKR Johor Selatan yang terletak di Permas Jaya. Program ini diadakan bagi menunjukkan solidariti dan tanda hormat terhadap Mendiang TBH.

Sesi diketuai Bendahari Agung PKR, YB William Leong dan dihadiri lebih 100 orang penduduk Johor Bahru dan penyokong Pakatan Rakyat yang prihatin. Dalam ucapan, beliau kecam SPRM menyalahguna kuasa dan juga melakukan tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap individu yang dibawa balik untuk bantu siasat. Dan kali ini, SPRM telah mengakibatkan pengorbanan nyawa. PDRM, SPRM dan kerajaan digesa memberikan penjelasan yang bernas dan menyakinkan termasuklah menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi siasatan terperinci.

Syabas ditujukan kepada semua yang hadir. Keranamu, sesi ini berjaya.

Bersama kita teruskan perjuangan untuk “keadilan untuk Beng Hock”, dan yang penting sekaili KEADILAN UNTUK SEMUA”.

Reformasi !!!

Tiada ulasan: