Rabu, 21 Januari 2009

AWAS

Sudah 2 PRK kita lalui selepas PRU-12 Mac '08 dan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Ya... Nampak seolah-olah rakyat sudah mula mahukan perubahan. Akan tetapi pernah ke kita terfikir bahawa sebelum PRU-12 kita melalui banyak PRK dan berapa banyak pengundi hantu di import masuk pada hari pengundian namun kenapa tidak pada 2 PRK terkemudian ini. Apakah ini hasil dari kerja kuat komponen parti Pakatan Rakyat yang menyemak daftar pengundi dengan penuh teliti sehingga boleh mengenal pasti pengundi-pengundi bunian ini...??? Atau...
Ini adalah perangkap dari kerajaan umno/bn sebelum berlangsungnya PRU-13 nanti. Perlu diingat yang berlaku di Amerika Syarikat pada 11 Sept. '01 di mana Bangunan Pusat Dagangan Amerika diserang. Bermula dari peristiwa itu, dunia seolah-olah menghalalkan Amerika bertindak membabi buta menyerang siapa saja, negara mana yang mereka anggap proksi pengganas. Negara yang menjadi sasaran adalah Negara Arab yang majoriti penduduknya beragama Islam. Menurut sumber, serangan ke atas bangunan World Trade Center bukan dilakukan oleh mereka yang digelar "terorist" akan tetapi hasil perancangan bijak pandai Yahudi yang mana mereka sanggup mengorbankan bangunan kemegahan Amerika dan penghuninya untuk menunjukan betapa bahayanya "penganas" arab ini. Selepas serangan ke atas Amerika kita lihat seolah-olah Amerika dan sekutunya bertindak menyerang sesiapa sahaja yang dianggap proksi pengganas tanpa menghiraukan pandangan masyarakat dunia yang lain.

Apakah teori ini juga akan berlaku dalam demokrasi Malaysia pada PRU-13 akan datang kerana untuk menyakinkan rakyat bahawa SPR benar-benar telus dan tiada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat maka ianya memerlukan pengorbanan dan kekalahan 2 PRK ini sekadar mengabui mata rakyat. Berbanding dengan PRK Ijok, berapa juta di habiskan oleh umno/bn untuk PRK tersebut berbanding dengan 2 PRK yang terkemudian ini. Menurut beberapa penganalisis politik menjangkakan, PRU-13 akan berlaku pada 2010. Ini menguatkan lagi faktor bahawa PRU-13 nanti pasti ramai pengundi import akan dibawa masuk bagi merampas 5 negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kemenangan cemerlang kepada Najib Razak yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6. Jika benar telahan dan pandangan ini maka kita harus bersedia dan berkerja dengan lebih kuat lagi.
Bagi Pakatan Rakyat di Negeri Johor ini, kesepakatan jitu perlu di ujudkan segera bagi menghadapi cabaran yang lebih hebat pada PRU akan datang. Jangan kita harapkan tsunami politik PRU-12 berlaku lagi dikhuatiri hanya ombak kecil yang belum mampu menenggelamkan hatta sebuah sampan kertas. Penerangan dan kursus-kursus strategi politik/pilihanraya mesti digerakkan tanpa bertangguh lagi. Jika kita lewat dikhuatiri 6 kerusi yang telah dimenangi oleh DAP dan PAS akan lebur bersama harapan rakyat yang mahukan perubahan. Nun di luar sana masih ramai lagi ahli umno/bn yang mahukan penjelasan mengenai halatuju misi dan visi Pakatan Rakyat. Seandainya tiada penjelasan yang sempurna dikhuatiri undi mereka akan berpihak kepada umno/bn. Dekati mereka dengan penuh kemesraan. Jangan pinggirkan mereka walaupun sekarang kita berlainan ideologi politik. Sesungguhnya kita memerlukan undi mereka...
PKR Johor pula harus lebih agresif dan jangan menanti arahan dan tindakan dari PKR Pusat. Peralihan PPN Johor bukan lah satu isu yang yang harus diperbesarkan. Jika niat kita ikhlas untuk berjuang dan memperjuangkan hak rakyat mengapa perlu isu ini diperkatakan lagi. Insya-ALLAH ada jalan penyelesaiannya. Pimpinan ketua2 PKR Bahagian harus mewujudkan kesefahaman antara PAS dan DAP di peringkat Bahagian masing2 disamping memperhebatkan lagi penerangan kepada masyarakat sekeliling. Pimpinan Ketua2 AMK Bahagian pula harus lebih agresif mendekati anak2 muda disamping menerangkan kepada mereka perlunya perubahan politik dalam Malaysia ini bagi menggantikan umno/bn yang ternyata korup...

Tiada ulasan: