Selasa, 20 Januari 2009

RASUAH DALAM UMNO.... PELIK KE????

Tiga orang termasuk seorang Naib Ketua Umno akan didakwa di mahkamah Khamis ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian baru-baru ini.
Mereka melibatkan ahli Umno di Perak, Pahang dan Melaka.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa pada hari yang sama.
Dalam kes pertama, jelas SPRM, seorang Naib Ketua Bahagian Umno di Perak dijangka didakwa atas dakwaan memberi wang rasuah RM300 kepada seseorang dalam pemilihan bahagian.
Sementara itu, seorang lagi ejen dijangka akan didakwa kerana memberi rasuah RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang.
Di Melaka, seorang lagi ejen juga dijangka didakwa atas dakwaan memberi RM200.
Ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.... Pelik ke berita ini????

Sebenarnya rasuah dalam UMNO ni memang dah lama membarah. Dikala kepimpinan mereka mula ditolak rakyat namun mereka tidak pernah menginsafi diri dengan perlakuan mereka yang jijik lagi hina. Rasuah dalam UMNO sebenarnya perlukan penyiasatan yang menyeluruh di semua Bahagian dalam negara.

Cakap-cakap semasa pemilihan di sekitar Johor juga panas dengan isu duit panas ini. Di sebuah bahagian dimana seorang jurutera dicabar oleh seorang yang di gelar ustaz (hadhari). Jurutera ini menggunakan kekayaannya untuk mendapat pengaruh agar beliau dipilih menjadi Ketua Bahagian tersebut. Namun ustaz muda ini tidak mahu mengalah dan beliau meminta bantuan kewangan dari seseorang yang berpengaruh agar beliau juga dapat membeli undi dan pengaruh di cawangan-cawangan dalam bahagian tersebut dan apabila ditanya oleh ahlinya yang nakal "tak dosa ke ustaz"... maka dijawap dengan penuh ilmiah oleh ustaz muda ini "tak pa.. kita nak menentang kekufuran, nanti bila dah menang kita taubat la"...

Apa juga namanya rasuah itu adalah perkara yang amat dilarang oleh ALLAH s.w.t. Apa juga alasan ianya tetap tidak boleh menghalalkan perbuatan itu. Kalau dah ustaz dalam UMNO pun berani melakukan rasuah apatah lagi orang2 dalam UMNO yang cetek pengetahuan agamanya. Sebenarnya rasuah ni perkara biasa dalam UMNO bukan yang luar biasa.

Apa pun tahniah kepada SPRM kerana inilah kes pertama melibatkan SPRM beroperasi sejak 1 Januari lalu.

Tiada ulasan: