- Dalam PRU 12, buat pertama kali dalam sejarah, UMNO/BN ditolak di 5 Negeri. Di peringkat pusat pula, hanya undi dari pribumi Sabah dan Sarawak shj yang menyelamatkan UMNO/BN untuk terus kekal berkuasa. Pada PRK Permatang Pauh pula, jelas mood dan sentimen rakyat menolak UMNO/BN kekal tidak berubah bahkan semakin bertambah
- Tahun ini, PRK P036 Kuala Terengganu membuka tirai. Ujian getir buat DS Najib sbg Pengarah Pilihanraya merangkap bakal PM, kreadibilitinya sekali lagi dicemarkan setelah tercemar teruk pada PRK Permatang Pauh dan kini di PRK Kuala Terengganu.
- DS Najib dikatakan sebagai bakal PM yang paling tidak popular. Umum maklum tentang isu moral DS Najib terpalit dgn pelbagai isu, skandal dan kontroversi yang tidak terungkai sehingga kini. Selain itu, beliau juga didakwa mengidap sindrom "takut bini" tahap kronik. Namun dimata penyokong tegar UMNO/BN (totok la ni....) reputasinya umpama Dukun Dewangga yang mampu menyelamatkan bumi malaysia dengan "susuk keramat"nya..
- Jadi bagaiman utk mencuci imej buruk DS Najib??? Bagi Kerajaan umno/bn ini adalah kerja mudah. Tugas cuci mencuci serahkan saja kepada tiga abdul iaitu RTM, TV3 suku dan Utusan Meloya, yang diketahui umum sebagai agen propaganda kerajaan umno/bn. Proses penjenamaan "re-branding" DS Najib ini telah pun bermula. Lihatlah bagaimana RTM dengan galaknya mempromosikan ucapan DS Najib semasa membentangkan belanjawan "tin kosong" yang telah ditolak di parlimen. Jika Pak Lah dengan 'Islam hadari' dan "berkerja bersama saya', DS Najib pula popular dengan ungkapan 'melayu glokal' dan 'Islam glokal'. Imej Tun Razak mutakhir ini mula diselitkan dengan tujuan mendapatkan kredit dari kebaikan yang elah dibuat oleh Allahyarham bapanya dulu. Satu lagi propaganda, ciptaan terbaru dari kementerian penerangan.
- Berbalik kisah 3 Abdul, mereka ini memang pakar bab mencuci kekotoran pemimpin umno/bn. Lihatsajalah kes Rahim Tamby Chik, Mohammad Mohd Taib, Jamalludin Jarjis dan Chua Soi Lek. Kesemuanya sarat dengan masalah moraldan skandal. Rahim yang bermasalah dengan "budak keciknya". Muhammad Taib pula terbawa duit berkilo-kilo di air port dan Jamaluddin pula ter.........raba punggung pelayan kelab malam dan paling meloyakan ialah aksi berani mati Chua Soi Lek persis bintang porno tua.
- Dimata umno/bn, mereka semua ini telah pun suci dan bersih. Masakan tidak kerana Chua Soi Lek telah pun memenagi jawatan Timbalan Presiden MCA manakala Jamaluddin, Muhammad dan Rahim layak untuk untuk bertanding sebagai calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden umno pada mac nanti. Lihatlah betapa cerdiknya orang2 umno/bn memilih pucuk pimpinan parti mereka. Peduli apa dengan moral. Itu sajalah pemimpin yang terbaik yang mereka ada dari kalangan mereka. Bagaimana moral DS Najib pula????
- Natijahnya, cabaran 2009 adalah lebih mencabar. Selain DS Najib bakal menerajui kepimpinan kerajaan, sebutan kes liwat DS Anwar akan mula didengar dan dibicarakan. Yang pasti selepas DS berkuasa, DS Anwar dan PKR sendiri bakal menjadi sasaran utamanya. Agendanya dengan sekali lagi merosakkan imej DS Anwar melalui kes liwatnya. Ulang tayang apa yang berlaku 11 tahun yang lalu dulu. PKR akan dihuru harakan dari dalam dan luar parti melalui proksi dan talibarutnya. Ini adalah tugasan terbaru Tiga Abdul untuk tahun 2009.
- Selain itu, pelbagai isu akan terus dicipta dan disensasikan oleh 3 Abdul ini untuk melaga-lagakan PAS, PKR dan DAP. Serangan lebih keras dan kerap juga akan dihalakan kepada 5 Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan pemimpin Pakatan Rakyat. Permit Ceramah, Perhimpunan Awam dan akhbar alternatif pula pasti akan diperketatkan. Jika perlu ianya mungkin akan terus dibatalkan. Untuk menjayakan misi ini selain 3 Abdul sebagai agen propagandanya, agensi kerajaan seperti Kementeria Penerangan, Kementerian dalam Negeri, PDRM, BTN, AG dan KEMAS akan sentiasa diperkudakan.
- Walaupun saya bersikap optimistik, akan tetapi kita mesti waspada, peka dan sensitif kepada tipa perubahan dan pergerakan yang berlaku. Justeru itu, kita tiada pilihan, mesti bersedia dari sekarang. Soal remeh mesti dilupakan. Imej parti mesti diperkasakan, organisasi mesti diperkukuhkan, jentera parti mesti diperkemaskan lagi, aktiviti mesti digerakan dan masyarakat mesti didekati.
- Untuk pimpinan Bahagian, Negeri dan Pusat selain sayap kanan parti AMK dan Wanita mesti proaktif untuk "turun padang" bagi memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu-isu semasa selain soal dasar dan halatuju parti. Moga tahun 2009 ini memberi sinar kejayaan untuk kita khusus dan "Harapan Baru" untuk untuk rakyat Malaysia umumnya...
Azman
Naib (I) Ketua AMK Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan