Jumaat, 10 Oktober 2008

MUHIYIDDIN YASSIN : PEMIMPIN LUPUT TARIKH

10 Oktober 2008.
Satu tarikh keramat dimana seorang ahli UMNO dari Bahagian Pagoh menawarkan diri untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Sedia maklum ahli UMNO dari Pagoh ini manusia paling hipokrik dalam bangsa, negara, negeri, bahagian dan kampungnya sendiri.

1. Kita lihat sahaja apa yang ada di kampung halamannya.
Apa pembangunan yang telah beliau majukan ?

2. Di Bahagian Pagoh sendiri.
Berapa bangunan 4 tingkat telah dia bawa sejak menjadi Menteri Besar Johor hingga hari ini ? Bangunan tersebut milik melayu atau c....

3. Selama menjadi pemimpin Johor.
Apa rekod ekonomi yang beliau majukan. Apa jadi dengan Dana Johor ? Berapa puluh Juta kerugian disebabkan angan-angan beliau pada projek Waterfront City ?

4. Sumbagan beliau pada ekonomi Johor.
JCORP dari sejak ditubuhkan sehingga zaman beliau. JCORP tidak pernah mengizinkan 'disentuh'. Bagi Lembaga Pengarah JCORP yang terkenal dengan Metro Parking, KFC, Kulim, dan banyak lagi. Telah mengharamkan tangan Muhiyiddin Yassin dan orang-orang UMNO menyentuhnya.

5. Apakah yang Muhiyiddin Yassin buat bila Dana Johor Mengahadapi masalah ?
Tiada. JCORP telah mengadaikan beberapa bangunannya untuk dibeli oleh pelabur Timur Tengah dan beberapa negara. Bagi membayar balik ASJ & Dana Johor yang beliau ilhamkan.

6. Apabila index BSKL jatuh dibawah parah 1000 mata.
Beliau telah 'dihalau' oleh pelabur asing apabila menjemput mereka melabur ke Malaysia. Anda boleh bertanya sendiri kepadanya. Sepanjang menjadi menteri yang dijawat sekarang ini, Berapa juta pelabur asing melabur di Malaysia ? Jawapan beliau sedah pasti ' RM 0.00.

Kepada rakyat Johor dan Malaysia. Baca dan fahami catatan AMK Johor ini.

Tiada ulasan: