Jumaat, 10 Oktober 2008

Universiti Suara Hati Masyarakat , Anwar : Zaini Ujang

AMK Johor mengucapkan tahniah kepada Hj. Prof. Ir. Dr. Dato' Zaini Ujang diatas perlantikkannya sebagai Naib Cancellor Universiti Teknologi Malayasia. Yang mana Universiti yang sangat terkenal di Johor amnya di Malaysia. Beliau anak kelahiran Negeri Sembilan dan sekian lama menetap di Johor. Bermula dengan seorang pelajar UTM dan memalitkan diri dalam bidang penulisan dan aktivis pelajar yang radikal kearah Malaysia yang mantap.
Tulisannya sering kali terpampang diruang akbar harian dan majalah serta jurnal. Kecapaian antarbangsanya sangat mengagumkan sehingga menjadi bahan 'iri hati' segelintir pensyarah-pensyarah di Malaysia dan UTM sendiri.
Beliau yang tidak mempunyai cita-cita politik telah berberapa kali menulis mengenai Dato' Seri Anwar Ibahim. Iaitu tentang kupasannya mengenai profil DSAI sebelum DSAI bertanding jawapan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Dan tulisannya bertajuk 'Universiti Suara Hati Masyarakat Anwar' pada 22 mac 1998 menunujukkan keyakinan Naib Canecellor UTM itu menaruh harapan tinggi DSAI membawa harapan kepada sistem universiti di Malaysia.

Kami AMK Johor mengucapkan tahniah kepada Zaini Ujang sekali lagi. AMK Johor percaya beliau boleh menjadi pemangkin ekonomi Johor dan Malaysia amnya. Selepas interview sebagai untuk menjawat jawatan tersebut bersama 3 calon yang lain.
Beliau terus ke Mekah di bulan Ramadhan, beribadat dan meminta kesejahteraan dari Ilahi. Tanpa melobi ahli politik beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai UTM.

AMK Johor berharap beliau dapat mentabdir dan mendidik bangsa UTM dan Malaysia kearah 'Malaysia Baru'.

Tiada ulasan: