Khamis, 27 November 2008
SEMARAK KONGRES PKR 2008
Pembahas AMK Johor menjanjikan kehangatan bahasan luarbiasa dari pembahas sebelumnya.
Go Johor Go......
Kewarasan Saiful Dipersada Politik
Ia sautu kewarasan mengatur strategi yang bukan kelas bawahan. Sudah pasti TV3 dan Utusan Malaysia akan jadi media teratas mengembar gemburkan isu tersebut.
Kelihatan anak kelahiran Johor ini mampu menutupi kecanggihan Mawi dalam memenuhi paparan media. Beliau yang dikatakan rumah bapa hanya beberapa kilometer dari Pejabat keADILan Gelang Patah ini kian petah dengan rentak DSAI.
Apapun ucapan tahiah kerana beliau pandai mencari publisiti paling popular tahun 2008. Cuma cara remaja ini mengeplotasikan diri agak keterlaluan.
Megat Panji Alam
GEMPUR AMK BATU PAHAT MAKIN BERBISA
AMK Johor diketuai Sdr. Nor Azman disertai Sdr. Khalid bersama-sama dengan lebih 20 pemuda Batu Pahat merangka dan menetapkan beberapa gerakkerja AMK Batu Pahat.
Barisan Nasional kian goyah , Pakatan Rakyat Semakin Gagah dan Parti keadilan Pasti Gemilang
Zabidi Abas
Timb. Ketua
Chelsea Diambang Kekalahan
16 Sept. 2008 : Anwar Ibrahim Hilang Arah ?
Kenapa tidak jadi ? Bila tarikh seterusnya ?
Rata-rata juak UMNO menyatakan Anwar Ibrahim telah hilang arah. Perkataan 'Pembelit, Penipu & Pembohong" adalah mainan ayat mereka. Namun begitu rakyat Malaysia masih berpusu-pusu menyertai PKR. Malah penyokong baru PKR adalah dari Barisan Nasional (BN)dan mereka yang tidak berparti sebelum ini. tentu UMNO makin pelik !!!
Analisa pertama saya.
Anwar Ibrahim seperti sengaja membiarkan pekara ini berlaku. Agar jawatan tertinggi UMNO menjadi rebutan. Dari kelangsungan ini akan berkecaianya UMNO pada Mac 2009. Itulah yang diperkatakan oleh Tan Sri Mohamad Taib, " Sentimen & Strategi politik Anwar sangat bahaya bagi UMNO dan BN"
Nantikan ulasan saya seterusnya. Saya berpendapat Dato' Seri tidak akan menyentuh pekara 16 Sept di Kongres PKR nanti....
Rabu, 26 November 2008
THE REAL CAKAR HARIMAU
Namun percakaran dua Harimau b......a UMNO ini menjadi gelak ketawa dari kedai kopi hingga dibawah pokok getah. Ketika beruang Panda, Kola dan Kutuk sibuk menyusun strategi untuk menjadi Timb. Presiden denagan angan menjadi Timb. Perdana menteri. Harimau Kumbang dan Harimau Bintang ini mula mengasah kuku dan taring. Nampaknya yang kalah kena maki dan menang kena cili...
TEGURAN UNTUK PEWARIS DAN PEKIDA
Pada 23 Oktober 2008 lalu, PEWARIS dan PEKIDA membuat demontrasi menyokong Kerajaan agar mengekalkan ISA. Dan mereka2 ini mengadakan forum dan bersetuju dan menyokong ISA ini di kekalkan. Dengan segak berpakaian ala Pendekar Melayu (sekali pandang mcm pengantin expired) yang menetang penjajahan Inggeris, layaklah mereka digelar Pendekar Melayu Zaman Moden. Siap cium keris. Macam betul2 nak berpencak silat, nak bertikam. Dengan sapa??? Dengan YB Terresa Kok..... Kok mcm tu....
Din Beramboi : Lee Lam Tai( LLT) For Ever & Ever
DB : Hello YB.. good morning...
LLT : Din, u makin hensem la... long time no see... I bukan YB lagi la din. I dari dulu rakyat biasa.
DB : ooooo... cam Shahrir Samad kaa...
LLT : Itu olang kaa... itu olang celup i sikit.... tapi putar alam no. 1.
DB : aku ni uncle Lam... makin lama makin benggong la....
LLT : ...u ni din dari dulu sampai sekarang asik benggong aje. Mai ikut i pi Gelang Patah...
DB : .... huhuhu apa lagi citer ni.. mau belanja cendol ka...
LLT : No la... 3 hari lepas budak si Emy sms i nak tubuh Parti Cap Ayam. Itu budak cakap olang sama parti ugut la....
DB : baguih... baguih.... Jangan la dok ugut2. Tak baik kan. Ropanye ada lagi kaum tak dak teloq.. sms ugut kaum.. hahahaha
DB : Jom... nampak gaya kena tubuh kerajaan baru gak ni kat situ....
FAKTA PENTING TENTANG AIR DI JOHOR
- Kerajaan Johor/Malaysia membekal air kepada Kerajaan Singapura sebanyak 250,000,000 (Dua Ratus Lima Puluh Juta) gelen air sehari selama 100 tahun
- Kerajaan Johor/Malaysia mesti menjual air mentah yang belum diproses dengan kadar 3 sen (RM0.03) bagi setiap 1000 gelen
- Kerajaan Johor/Malaysia mesti membeli semula air yang telah siap diproses dan dirawat dengan kadar 50 sen (RM0.50) untuk setiap 1000 gelen (pergh…. untung besar mcm nie punya bisnes)
- Ini juga bermakna perolehan Kerajaan Johor/Malaysia hasil penjualan air mentah tersebut kira-kira RM7,500.00/sehari. Manakala perbelanjaan untuk mendapatkan air yang siap diproses adalah sebanyak RM120,000.00/sehari (tu dia…. ni kepala bijak orang UMNO berniaga)
- Selain untuk kegunaan penduduknya, Kerajaan Singapura boleh menjual air yang telah diproses tersebut kepada kapal-kapal dagang yang berlabuh di pelabuhannya dengan kadar RM30.00 bagi setiap 1,000 gelen. Dan jika dalam sehari, sejumlah 1,000,000 gelen air terjual, maka Kerajaan Singapura akan memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM20,000.00/sehari
- Ini juga bermakna dalam sehari untuk selama 100 tahun, Kerajaan Singapura membelanjakan RM7,500.00 sebagai modal membeli air mentah daripada Kerajaan Johor/Malaysia dan memperolehi untung sebanyak kira-kira RM140,000.00 sehari selama 100 tahun. Keuntungan hampir 2000% dan dalam sebulan Kerajaan Singapura meraih keuntungan sebanyak RM4,200,000.00. Tu belum kira setahun…. 10 tahun… 30 tahun…. 100 tahun…. Berapa banyak Kerajaan Singapura untung, kau kiralah sendiri…. (Kau bayangkan… pandai tak kepala otak Lee Kuan Yew)
- Selepas 30 tahun (1991) barulah Kerajaan Johor/Malaysia minta harga air disemak semula (mungkin dah sedar keputusan kurang bijak pemimpin dahulu merugikan). Akan tetapi ianya di tolak dengan alasan yang lemah dan BO***. Semasa perjanjian dibuat kenapa Kerajaan Johor/Malaysia tidak mintak harga air disemak setiap 25 tahun (1986) dan Kerajaan Johor/Malaysia terus Kalah, Beralah dan Mengalah…. Hmmmhm
Kesimpulannya :-
(1) 1961 & 1962 - Akibat kelemahan Perjanjian Air oleh Kerajaan UMNO/BN, kita kerugian berbilion ringgit untuk tempoh 100 tahun
(2) 2007 - Akibat kelemahan Perjanjian WPI, kita bakal kehilangan tanah, aset dan Kuasa Pentadbiran Penuh di sebahagian Wilayah kita untuk selamanya
(3) Di mata Kerajaan Singapura, Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN dari DULU, KINI DAN SELAMANYA lemah, lembik, tidak tegas dan senang dibuli dan diperlekehkan. Kerajaan yang sentiasa kalah, beralah dan mengalah serta tewas dan kecundang dalam apa jua persaingan
(4) DULU, KINI DAN SELAMANYA, Kepimpinan Kerajaan UMNO/BN lemah dan gagal mengutamakan kepentingan rakyat dan Negara sebelum menandatangani sesuatu perjanjian. (Kenapa ekkk…..) Contohnya PLUS, AFTA, FTA selain Air dan WPI.
(5) Apakah kita yang mulai sedar akan kelemahan dan kebobrokkan pentadbiran dan kepimpinan UMNO/BN akan terus membenarkan mereka terus kekal berkuasa??? (Lu fikir la sendiri……)
(6) Jangan sampai ‘Anak Cucu Kita Kencingkan Kubur Kita’ akibat kesilapan yang kita lakukan sekarang
Marilah kita sama-sama renungkan dan kita membuat satu perubahan ke arah yang lebih baik
Naib(I) Ketua AMK Johor
GERAK GEMPUR ZON 1 ( UTARA ) AMK JOHOR
12/12/2008 (Sabtu)
Jam 9.00 malam
Ceramah Umum
-YB Nik Nazmi (ADUN Seri Setia) Selangor
-YB Sheikh Ibrahim (ADUN Sg. Abong) Johor
-YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri)
Tempat : Markas PAS Pt. Tengah, Bakri2
27/12/2008 (Sabtu)
Jam 4.30 petang - 6.00 petang
Minum petang dan Dialog bersama YB Tian Chua ( Ahli Parlimen Batu)
Tempat : Dewan Hotel River View, Bakri
Tiket : RM 10 seorangJam 9.00 malam
Ceramah ' Johor Kearah Era Baru '
2 Janauri 2009 ( Jumaat)
-Sdr Samsul Iskandar Md Akin ( Ketua AMK Nasional )
-YB Amirudin ( Adun Batu Cave ) Ketua AMK Johor.
Tempat akan dimaklumkan kemudian.
Maklumat : Sdr. Mohd Azam Basri ( 016 6954722 )
WHY ARE SCIENTISTSTS & DOCTORS TURNING T ISLAM FOR ANSWARS
All Malaysian & Johorian are welcome Intellectual Discourse to :-
1. Seminar Hall ( Block F45 ) CTL, University Technology Malaysia
2. Date : 27th November 2008 ( Thursday )
3. Time : 2.00- 4.00 PM
4. By : Mr. Yusuf Estes ( Profile : http://www.yusufestes.com/ )
( Former Christioan Preacher )
Futhers Infomation contact : Mr. Mohd Nazri Ismail ( 0197482937 )
DEWAN RAKYAT 25/12/2008
PAKATAN RAKYAT MEMBAWA REVOLUSI BARU KEPADA SISTEM KERAJAAN YANG EFIKTIF .
BENDAHARI AMK JOHOR
Selasa, 25 November 2008
Wanita Tuntut Kerusi Teratas PKR - Harapan AMK
AMK Johor juga berharap ada wakil dikalangan AMK Nasional berani merebut kerusi tersebut. Pandangan kami YB Yusmadi berkelayakkan bersama-sama di kerusi Naib Presiden. Namun kepekaan dan kepimpinan Sdr. Shamsul Mohd Akin juga tidak kurang hebatnya.
Zabidi Abas
AMK Kulai
AMK LEDANG & TIMB. KM P.PINANG
Nabi S.A.W yang menjadi utusan Allah juga mengambil masa yang agak panjang membentuk penduduk & pembangunan Mekah dan Madinah. Berilah beliau peluang berkerja.....
Zabidi Abas
Timb. Ketua AMK Johor
* Blog yang saudara ikuti itu tiada identiti tulen, berhati-hati dengan blog tersebut.
YOGA vs GADIS LUCAH BERTUDUNG & AMK GELANG PATAH
Ketika Mesyuarat AMK Johor yang lepas, beliau menyarankan dengan tegas agar pembahas dari Johor semasa Kongres AMK Nasional nanti mengusulkan agar pihak Kerajaan membentuk Akta baru bagi menghukum Penyebar/Pelaku/Perakam video serta foto lucah dikenakan hukuman.
AMK Johor menghargai cadangan bernas wakil AMK Gelang Patah.
* Nota : AMK Johor tidak menyalahkan Ulama Malaysia. Mungkin mereka tidak terdedah dengan dunia internet dan tidak pernah menerima klip video tersebut. Allahulamabisawab
Isnin, 24 November 2008
FUTSAL TERBUKA AMK JOHOR BAHRU
Tarikh : 21 Disember 2008
Masa : 8.00 pagi
Yuran Penyertaan : RM 120.00 sepasukan
Hadiah :
Pertama : RM 1500.00. Ke-2 : RM 1,000.00. Ke-3 : RM 500.00. Ke-4 : 300.00
Pendaftaran & Maklumat :
Ishak : 017 741884 & Zabidi : 019 7654699
NOTIS MESYUARAT AMK : 28 NOV. 2008
Lokasi : Shah Alam, Selangor.
Masa : 9.00 - 11.00 Malam
Agenda : Gerak kerja Pelancaran AMK Johor oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Nota : Tempat akan diberitahu kelak. Dipinda masa jika Kongres AMK Nasional lewat habis.
Mohd Nazri Ismail
Setiausaha AMK Johor
Sabtu, 22 November 2008
Kisah Kasino dan Taman Thema
Apa yang kita risaukan sangat ialah pembinaan kasino ini ada kena mengena dengan Pembinaan Taman Thema (ala-ala Disneyland) di DUN Nusa Jaya, Gelang Patah yang mana keluasan dia 4000 ekar dan ianya merupakan taman thema yang terbesar di negara kita ini. Projek tersebut sedang giat dijalankan.
Khabarnya antara pemegang saham terbesarnya adalah syarikat yang sama melabur dan memegang saham utama di kasino Singapura. Taman Thema ini merupakan agenda utama pembangunan WPI. Ianya juga boleh dianggap sebagai pelengkap kepada kedua kasino tersebut dan jarak antara Taman Thema dan kedua-dua kasino tersebut hanya memakan masa sekitar 45minit perjalanan.
Apa yang dirisaukan adalah tuan punya kasino dan taman thema adalah orang yang sama maka sudah tentu cara berurusniaga juga sama.
Tambahan pulak, antara insentif kerajaan UMNO/BN tawarkan kepada Pelabur dalam WPI ialah pelabur boleh ambil 100% tenaga kerja asing tanpa had. Bayangkan nanti, ramai pekerja asing berkerja di Taman Thema tersebut yang antaranya adalah dari warga Filipina yang putih melepak, gebu dan pakai skirt yang pendek serta senyuman yang bisa menggoncang iman.
Yang paling kita risau adalah kesan jangka panjang pada nilai lama, sosial dan moral masyarakat tempatan. Sekarang pun dah sakit mata bila melihat masalah sosial dan moral anak2 muda dan tak kalah juga yang telah berumahtangga. Kalau Kasino dan Taman Thema ini siap sepenuhnya pada 2011 nanti, dikhuatiri berlaku kejutan budaya dan berleluasalah maksiat disana sini.
Angkatan Muda Keadilan sebagai sayap kanan PKR, tidak mempunyai kuasa untuk menghalang dan membenteras masalah ini cuma pandangan, cadangan dan saranan bagaimana membenteras masalah sosial ini. Itu pun jika pihak Pemerintah terima idea kami yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawap pihak pemerintah.
Buat Pemuda UMNO, di manakah dikau bersembunyi??? Inikah Pemuda UMNO yang "kunun"nya Pejuang Agama, Bangsa dan Negara?? PIRAHHHH..... Jengah-jengahlah sikit bang apa yang berlaku kat negeri kita ni. Janganlah sibuk sangat dengan Pemilihan Agung UMNO tu je. Ini masalah sosial anak bangsa sendiri.
Sedarlah pemimpin, penyokong dan pendokong UMNO semua... Di Negeri Johor ni, tanah kita, harta kita, agama kita, hatta maruah dan kedaulatan tanah air kita sudah hampir tergadai kepada negara jiran. Korang masih tak ambik peduli. Asyik fikir projek, tender, permit dan korang masih pentingkan nak penuhkan tembolok dan poket korang jer tanpa peduli hasil yang kau makan tu hak rakyat ataupun memang hak kau. Yang penting poket tak mau kosong. Apa punya haprak korang ni.... tapi peliknya rakyat Johor ni masih sokong kau menjadi pemimpin mereka. Apa manderem kau orang pakai ha....
Tak pa lah... Nak buat macam mana.. Sekarang korang tak mempedulikan rakyat dan ambik hak rakyat ikut suka kau. Jika pada PRU-13 nanti, rakyat Johor tak pedulikan korang, barulah korang sibuk mengatakan orang melayu dah berpecah dan sentimen perkauman korang mainkan. Standard la UMNO... mana nak mengaku kesilapan mereka.
Kami AMK Johor sentiasa komited dan sentiasa bersama rakyat Johor. Perlu diingat "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT".
Nor Azman Hashim
Naib (I) Ketua AMK Johor
ISA : AKTA UNTUK MEINDUNGI PERASUAH
Rata-rata pesalah ISA sekarang ini melibatkan mereka yang berhempas pulas menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara keterlaluan. Inilah hakikat senario politik Malaysia yang ditaja oleh Barisan Nasional. Namum Syed Hamid Albar kian bercelaru sejak RPK dibebaskan.
Jika ceramah Agama tidak memerlukan permit. Adakah ceramah dan perhimpunan menyelamatkan Institusi Kerajaan Malaysia memerlukan memerlukan permit ?
Zabidi Abas
Timb. Ketua AMK
Jumaat, 21 November 2008
AMK PASIR GUDANG TERUS MANTAP
AMK Johor akan diketuai oleh Sdr. Zabidi Abas dan beberapa EXCO AMK Johor lain akan turun ke Pasir Gudang untuk memantau mesyuarat tersebut agar ianya dapat di jalankan dalam suasana yang tenang dan terbuka.
Yang layu akan terus dimamah zaman, tunas baru pantas ke era kegemilangan. Semoga AMK Pasir Gudang semakin mantap dan sentiasa kehadapan dalam memperjuangkan hak rakyat. Syabas AMK Pasir Gudang.
Khalid Othman
Naib Ketua (II) AMK Johor
Kg. Plentong Tengah : Polimik Perbezaan Ketuanan
2. Pihak pemaju hanya menghantar peguam untuk menyelasaikan permasalahan penempatan mereka. Tiada seorang pun Lembaga Pengarah syarikat pemaju datang ketika ini untuk berunding.
3. Segelintir 'orang UMNO' menjaja bahawa mereka adalah setinggan.
4. Menteri Besar hanya mengahantar wakil. Takut atau malu berhadapan dengan mereka. Beliau lebih berminat menonton tarian zapin dari melihat sendiri kesusahan penduduk Kg. Plentong Tengah.
5. Khalid Nordin memilih menguatkan lagi kuasa di Pemilihan Agong UMNO daripada duduk bersama pengundinya membincangkan nasib mereka selepas ini.
P . Magendren a/l Parumal
Naib Ketua
Pembahasan FDI Pada 24 Nov 2008 oleh Ketua Pembangkang
Ia merupakan sautu gejala yang kecuaian pihak kerajaan Malaysia menyembunyikan fakta sebenar yang membawa ekonomi Malaysia kearah lebih muflis. FDI ini sewajibnya dibincangkan atau di usulkan oleh Menteri Kewangan atau tanggungjawab beliau di Sidang Parlimen. Kementerian Kewangan perlu menyatakan angka-angka terperinci dan siapa pelabur asing yang keluar dari Blog Perindustrian Malaysia.
Laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 ketara menunjukkan kerajaan Malaysia langsung tidak menfokuskan struktur masadepan pendapatan perkapita rakyat Malaysia.
Zulkifli Daud
Ketua Penerangan
Khamis, 20 November 2008
SATU PUJIAN, SATU TEGURAN, SATU MUHASABAH
Bahang kongres PKR mula terasa. Pihak saketeriat yang paling sibuk dalam menguruskan keperluan logistik para Perwakilan dan Pemerhati dari seluruh negara. Pastinya kongres kali ini, jauh berbeza dengan sebelumnya apatah lagi kongres kali ini diadakan di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat hasil kemenangan pada Pilihanraya ke 12 yang lalu.
Faktor perkembangan mutakhir serta diransang oleh prestasi cemerlangPRU 12 lalu,cukup menggamit ramai perwakilan dan pemerhati untuk turut serta. Tambah manis tuan rumah kali ini Selangor,negeri yang diperintah oleh kita.
Tanpa disedari, usia AMK masuk tahun ke sepuluh. Sepanjang tempoh tersebut,kita telah melalui beberapa tranfomasi dan evolusi. Jika diukur pada manusia, sepuluh tahun usia yang dianggap pra-matang. Tapi dalam politik yang menongkah arus perdana, tiada istilah itu. Kita membesar dalam persekitaran yang penuh dengan tekanan, kekangan, halangan dan cabaran. Semuanya menjadikan kita cepat dewasa. Sikap prajudis dan layanan ‘Double standard’ pihak Media,Parti Pemerintah Dan Pihak Berkuasa mempercepatkanlagi kematangan kita.
Hasil Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai sayap kanan Parti Keadilan Rakyat yang menjadi pemangkin kepada pergerakan kaum muda parti politik yang paling cepat berkembang dan berpengaruh ditanah air.
AMK dilihat agresif, progresif, dinamis dan pro-aktif dalam menangani sesuatu isi semasa. Tak kira samada isu tempatan, negeri, nasional mahupun antarabangsa, tahap sensitiviti kita mendahului pesaingnya. Ini kerana tenaga penggerak AMK didokong oleh ramai aktivis, refomis dan profesional muda. Ia disokong pula oleh warga muda Malaysia yang dahagakan pembaharuan. Keahlian kita melampani batas prajudis perkauman, sesuatu yang telah lama disemai oleh UMNO/BN. TernyataAMK memberi suntikan segar pada politik malaysia yang telah lama lelah dan lesu.
Namun sari perspektif lain, banyak ruang dan kelompang yang mesti dibaiki segera. Sikap anak muda terkadang alpa dan leka. Hilang pedoman dan pertimbangan. Teguran dianggap herdikan, kritikan dianggap kecaman dan persaingan dianggap permusuhan.
Mabuk PRU 12 masih belum hilang. Akibat kemenangan mengejut, kuasa tiba-tiba berada ditangan. Pangkat, jawatan dan kuasa melutut mencari kita. Tuntutan antara prinsip perjuangan dan godaan kepentingan diri mula datang menguji.
Disesetengah negeri, bibit perpecahan, berpuak-puak serta rasatidak puas hati sesama sendiri mula timbul. Bagi negeri-negeri yang kalah, senario serupa turut berlaku walaupun masih terkawal. (Konflik pemimpin AMK dengan Kepimpinan PKR negeri tambah memburukkan keadaan). Masing-masing mula membina kekuatan, pengaruh dan pengikut sendiri. Virus serupa mula berjangkit di peringkat bahagian.
Saya memetik kata Khalfah Umar Abd Aziz, “ Memegang kuasa umpama memegang tali api neraka”. Begitulah beratnya tersohor kuasa, amanah dan tanggungjawab dari kacamata seorang negarawan islam. Jadi, peringatan kepada ahli AMK yang sedang memegang kuasa, samada pemimpin peringkat bahagian, negeri, pusat hatta ADUN dan Ahli Parlimen anda dalam perhatian. Sahabat sedang memerhatikan diri mu, musuh sedang memerhatikan gerak tari mu,rakyat sedang memerhatikanpercaturan mu, dan yang paling utama , Allah juga sedang memerhatikan keseluruhan dirimu dan juga keimanan mu.
Selain isu kuasa, berbeza pendapat adalah perkara lumrah dalam organisasi dan parti. Perbezaan pandangan dan pendapat sebenarnya mencambahkan minda. Tapi biarlah dalam lingkungan had dan batasnya. Jika tidak terkawal dan terbendung, di khuatiri akan menjadi kudis. Kudis ini akan menjadi nanah dan seterusnya akan menjadi barah. Ini sesuatu yang perlu kita renungkan bersama.
Saya mengingatkan diri saya, AMK Negeri Johor dan seluruh warga AMK Malaysia. Sama-sama kita bermuhasabah diri. Apakah sebenarnya matlamat kita. Setakat mana sumbangan kita pada organisasi dan perjuangan ini. Setakat mana kita memahami 17 prinsip perjuanganparti dan 5 janji pilihanraya kita. Dan setakat mana kita menghayati Dasar dan Aspirasi parti.
Mungkin pandangan saya agak kritis ,seolah mendedah keburukan rumah tangga sendiri. Tetapi realitinya begitu. Pemimpin yang hebat bersedia mengkritik dan dikritik, terbuka menegur dan ditegur. Ciri ini yang membezakan pemimpin dengan yang dipimpin.
Perjalanan kita masih jauh. Banyak lagi onak dari yang mesti kita lalui. Saya mengharapkan pada Kongres Nasional AMK 2008 dijadikan medan terbaik untuk mencari kekuatan dalaman serta pada akhirnya akan mampu memperkasakan diri, Organisasi, Parti dan erti perjuangan kita. Parti adalah alat perjuangan mencapai matlamat…………
Nor Azman Hashim
Naib (I) Ketua AMK Johor
16 September 2008
Zabidi Abas
Timb. Ketua AMK Johor
KONGRES TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN 2008
Angkatan Muda Keadilan bagi tahun 2008 untuk rujukan dan tindakan saudara/saudari.
1. BUTIRAN KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN 2008
Tarikh: 28 November 2008
Masa: 7.30 pagi
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
2. PERWAKILAN & PEMERHATI
a) Butiran lengkap para perwakilan dan pemerhati hendaklah dihantar
kepada Sekretariat Kongres AMK sebelum 16 November 2008.
b) Perwakilan dan pemerhati mestilah ahli di dalam bahagian yang diwakili.
c) Hanya perwakilan dan pemerhati yang didaftarkan oleh AMK bahagian
kepada Sekretariat Kongres AMK 2008 sahaja dibenarkan mengikuti
Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan 2008.
3. PENDAFTARAN DAN YURAN
a) Masa pendaftaran bagi perwakilan dan pemerhati adalah seperti berikut:-
TARIKH MASA LOKASI
27 Nov 2008 3 ptg – 9 mlm Stadium Melawati
28 Nov 2008 7 pagi – 9 pagi Stadium Melawati
b) Kad pengenalan hendaklah dipamerkan semasa pendaftaran.
c) Pendaftaran untuk perwakilan dan pemerhati tidak boleh diwakilkan
kepada orang lain.
d) Namun pada 28 Nov 2008, Ketua AMK bahagian dibenarkan membuat
pendaftaran secara berkumpulan dengan mengemukakan kad pengenalan
asli para perwakilan dan pemerhati yang diwakili.
e) Para perwakilan dan pemerhati akan dibekalkan tag Perwakilan/Pemerhati beserta dokumen dan laporan rasmi Kongres AMK 2008 semasa
pendaftaran.
4. PENGINAPAN
a) Kos penginapan semasa menghadiri Kongres AMK 2008 akan ditanggung
sendiri oleh para perwakilan/pemerhati.
5. PAKAIAN
a) Kod etika pakaian semasa Kongres AMK adalah seperti berikut:-
Lelaki
o Baju berkolar (putih/biru muda/merah)
o Seluar slack
o Berkasut
Wanita muda
o Baju kurung (putih/biru muda/merah)
o Baju berkolar (putih/biru muda/merah)
o Seluar slack
o Berkasut
Segala perhatian, tindakan dan kerjasama dari pihak saudara/saudari amat diharapkan.
Yang menjalankan amanah,
ZULFIKAR ALI ARIFFIN
Setiausaha
Rabu, 19 November 2008
ZAMAN KEZALIMAN BN SUDAH TIBA
1. Akhirnya UMNO keseluruhannya terpaksa akur akan kehendak Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden supaya peralihan kuasa diadakan pada Mac 2009. Beliau sebenarnya pemimpin tiada kuasa yang ego menetapkan sesautu.
2. Tiga bulan satu jangka masa yang panjang dalam pemilihan UMNO . Ia lebih merupakan menjahamkan kerajaan Malaysia dengan memberi ruang kepada menteri terbabit 'makan gaji buta' dan mengamalkan rasuah.
3. Dato Seri Najib yang tergagap-gagap di Dewan Parlimen pasti hanya pandai bersandiwara di khalayak juak UMNO dan BN. Hakikatnya gelanggang PRU-12 dan Permatang Pauh nilai beliau ibarat tong kosong dan merugikan Jika beliau memerintah sehingga Pilihanraya Umum ke 13. Jawapannya ditangan anda.
Zabidi Abas
Timb. Ketua AMK Johor
Posted by AMK Kulai
http://amkkulai.blogspot.com/
Retreat Sulung Pakatan di Kuala Lumpur
Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.
Shahrir: Tidak Perlu Subsidi Petrol
Ahli Parlimen yang mengalami penyakit ketuaan ini lupa bahawa asalnya modal asasnya mengunakan duit rakyat. Dan akta carigali petrolium juga ditetapkan kerana menjaga kepentingan rakyat Malaysia bagi membayar balik jasa rakyat.
Oleh yang demikian bukan beliau sahaja perlu dikeluarkan dari Dewan Parlimen. Malah semua daripada BN dan Pasir Mas.
Posted by AMK PKR JOHOR BAHRU
http://amkjb.blogspot.com
Selasa, 18 November 2008
Salam Takziah
Al-Fatihah untuk arwah kakak kepada Naib Ketua AMK Johor.
Wanita Dalam AMK Johor
Zabidi Abas
Timb. Ketua AMK Johor
NOTIS KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN 2008
Tarikh: 28 November 2008
Masa: 7.30 pagi
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Agenda Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan adalah seperti berikut:-
1) Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan.
2) Membentang dan mengesahkan Minit Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan 2007.
3) Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Angkatan Muda Keadilan berakhir 31
Disember 2007.
4) Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Angkatan Muda Keadilan berakhir 31
Disember 2007.
5) Perbahasan Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
6) Perbahasan usul.
7) Pemilihan 30 perwakilan Angkatan Muda Keadilan ke Kongres Nasional 2008.
8) Penggulungan dan penangguhan.
Kehadiran saudara dan saudari amat dialu-alukan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita dalam menyempurnakan tuntutan perlembagaan parti.
Selamat bersidang.
Yang menjalankan amanah,
Zulfikar Ali Ariffin
Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Zabidi : ISU TIMBALAN MENTERI P. PINANG
Din Beramboi : Aku dan PKR Johor
UM : Hello din, per habaq ?
DB : Hahahaha.... ada masa hang jumpa aku nooo..
UM : Pakatan Rakyat dah boikot kita orang la...
DB : Malaikat maut dah sampai nak cabut nyawa BN tu... apa hal cari aku nih..
UM : Apa komen hang pasai Perhubungan Negeri Johor...
DB : Bagus...
UM : AMK Johor ?
DB : Bagus....
UM : Wanita PKR Johor ?
DB : Bagus.... bagus... bagus...
UM : Seri Mawar PKR Johor ?
DB : Bagus... bagus....bagus... bagus...
UM : Kenapa Wanita dan Seri Mawar jawap cam tu ?
DB : Kau nak mulut aku kena cili ker... cisss celupar punya Utusan Malaysia...
.....aku pun terus blah... tak pasal-pasal aku kena cili nanti !!!!! hahahaha
PLEASE BORROW ME $50.00
Posted by AMK PKR JOHOR BAHRU
http://amkjb.blogspot.com
Shahir Samad Kian Lesu
Posted by AMK PKR JOHOR BAHRU
http://amkjb.blogspot.com
Isnin, 17 November 2008
5 ZON AMK JOHOR
Pagoh, Bakri Muar, Pt. Sulong, Ledang, Segamat , Labis dan Sekijang
Ketua Seketeriat : Mohd Azam Basri
Zon 2
Sri Gading, Simpang Ranggam , Batu Pahat, Air Hitam, Semberong dan Kluang
Ketua Seketeriat : Khalid Osman
Zon 3
Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau dan KulaiKetua
Seketeriat : Hamim
Zon 4
Gelang Patah, Pontian, Pulai dan Tanjung Piai
Ketua Seketeriat : Mohd Ramli Ahmad
Zon 5
Tenggara, Kota Tinggi , dan Penggerang
Ketua Seketeriat : Arbain Sabar
PERLANTIKAN KETUA BIRO AMK JOHOR
1. Ketua Biro Politik
YB. Amirudin Shari
2. Ketua Biro Ekonomi
Sdr. Sahat Mohd Saleh
3. Ketua Biro latihan
Sdr. Faizol Abd Ghani
4. Biro Sukan, Intergarasi Kaum, Sosial & Agama
Sdr. Gunasegeran
5. Ketua Biro Penerangan & Tek. Maklumat
Sdr. Zulkifli Daud
6. Ketua Biro Strategi & Pilihanraya
Sdr. Mohd Azam Basri
IBADAH QURBAN AMK JOHOR BAHRU
Posted by AMK PKR JOHOR BAHRU
http://amkjb.blogspot.com
Sabtu, 15 November 2008
SELAMAT BERSIDANG AMK JOHOR
Diingatkan cadangan bertulis amatlah dialu-alukan.
GAJI PERDANA MENTERI
Posted by AMK PKR JOHOR BAHRU
http://amkjb.blogspot.com
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ON BOARD
Posted by AMK PKR JOHOR BAHRU
http://amkjb.blogspot.com
Lena Yang Panjang
Posted by http://amkkulai.blogspot.com
Khamis, 13 November 2008
Ralat : Mesyuarat AMK Johor
Mesyuarat AMK Negeri Johor akan diadakan lebih awal pada tarikh dan tempat yang sama. Mesyuarat yang sebelum ini akan bermula pada 3 petang terpaksa dipercepatkan kepada jam 2 petang berikutan YB Amirudin (Ketua AMK Johor) terpaksa balik ke Selangor lebih awal kerana akan menghadiri satu majlis di sana.
Ketua/Wakil Ketua AMK Bahagian juga diminta untuk membawa dan menyerahkan kepada saya senarai nama perwakilan dan pemerhati yang akan ke Kongres Nasional AMK pada mesyuarat tersebut. Kegagalan anda menyerahkan senarai nama tersebut mungkin akan menyebabkan anda tidak diterima masuk ke Kongres Nasional AMK 2008 yang dijangka berlansung pada 28 Nov. 2008. Harap mendapat kerjasama semua pihak.
Mohamad Nazri bin Ismail
Setiausaha AMK Johor
Perdana Dan Timbalam Perdana Menteri
..tahun 1998.
TPM : I dengar you akan tahan I di bawah ISA ?
PM : Tidak,Bukan ISA, I nak you resign...
TPM : Pemikiran dan pandangan dah usang... you tidak bersedia untuk melakukan reformasi dalam parti dan bersikap lebih toleransi dan you fikir you terlalu popular hanya kerana 10,000 atau 20,000 org hadir dalam perhimpunan itu dan ini. Tetapi pad hakikatnya kita masih kalah dalam pilihan raya kecil...
... tahun 2008
PM : Saya tidak kenal siapa itu Anwar Ibrahim !! ( sambil terseyum bila ditanya wartawan )
TPM : Saya yakin Kelantan akan di tadbir oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum nanti.
.... tahun 2009
PM : Saya yakin Permatang Pauh menjadi milik kita !!!
TPM : ....saya tidak mengenali Altantuya, semuanya fitnah !!
AMK Johor : Fikir-fikirkanlah. BN ini merapu atau Kerapu ???
Rabu, 12 November 2008
ANGKATAN MUDA KEADILAN ( AMK ) SEKIJANG
Harap Maklum
INOVASI TINGKAT 4 SESUDAH KALAH
2. Mereka yang kalah pada Mac 2009 termanggu-manggu. Adakah meraka bakal menyertai Pakatan Rakyat.
3. Ketua Pemuda yang tewas. Sebagai anak bekas Perdana Menteri, Mukriz sudah pun kaya. Khairi akan menyertai demontrasi jalanan. Khair Toyo akan menyalahkan bomohnya di Jawa Timur.
4. Bila Muhyiddin kalah gerombolan rakyat Johor pasti mengejeknya.
TERIMA KASIH BLOGGER AMK JOHOR KEPADA PEMBACA
2. Kepada pihak berkuasa yang sentiasa memantau.
3. Blogger lain yang mengikuti idea dan artikel.
4. Kumpulan AMK yang memberi ulasan dan dorongan.
5. '.......' yang sering tidak sehaluan.
6. Ahli UMNO yang sentiasa memantau.
7. Pembaca berhaluan kiri yang sentiasa seiringan.
Ulasan : Terima kasih daun keladi.
Tun Mahathir Sudah Punya Teman Merapu
Hari ini di Utusan Malaysia Mr. Johor Bahru menyatakan mungkin menetapkan harga minimum petrol. Harga syiling barang kawalan terbiar begitu sahaja. Malah tanpa segan silu beliau pernah menyindir Ahli Parlimen muda dari Pakatan Rakyat kerana lantang mengeritik beliau.
AMK Johor berharap Mr. Johor Bahru lebih baik 'buat kerja' dari merapu pada wartawan dan di kaca televisen.
KEMAHIRAN MENANGANI ISU MINYAK SAWIT
Malah ada kilang tidak mahu mengambil buah sawit walau dijual RM100.00. Ia disebabkan kilang sawit tidak sempat memproses dan alasan kurang permintaan. Kemewahan pada 10 ekar ladang pernah mencecah sehingga RM8,000.00 sebulan, kini ada yang mendapat RM700.00 sahaja.
Najib Tun Razak dua minggu lepas seperti mengaku sebagai Tuhan apabila 'memberi jaminan' pendapatan peneroka Felda tidak kurang dari RM1000.00. Kini Najib dengan anggannya sebagai Perdana Menteri terbaik di Malaysia mencatur eonomi . Azallina Othman Said dan Syed Hamid Albar yang awal tahun ini rajin memderma kepada peneroka Felda di sekitar Kota Tinggi kini seperti enggan balik ke kawasannya bagi menyelesaikan pengundinya yang majorotinya peneroka Felda sawit.
AMK Johor menunggu Najib Tun Razak membuktikan jaminannya bahawa pendapatan peneroka Felda melebihi RM1000.00 sebulan. Atau mungkin Najib Tun Razak pernah menuntut ilmu Ayah Pin yang mengaku Kerajaan dari Langit, menipu rakyat untuk kepentingan peribadi. Allahulambisaw.
Selasa, 11 November 2008
Agenda Mesyuarat November 2008 AMK Johor
Tempat : Pejabat AMK Johor di Simpang Ranggam
Tarikh : 15hb November 2008
Masa : 3.00 Petang
Agenda :-
1. Kata-kata aluan Ketua AMK Johor
2. Pengesahan dan Meluluskan mesyuarat yang lepas.
3. Pengesahan dan perlantikkan Ketua Biro- Biro
4. Ceramah Perdana 2008
5. Kertaskerja AMK Johor ke Kongres 2008
6. Laporan status dan perkembangan ketua Seketeriat Zon
7. Aktiviti AMK Bahagian dan lain-lain hal.
Mohd Nazri Ismail
Setiausaha AMK Johor
019 7482937
* Nota : Pastikan AMK Bahagian mnghantar wakil jika Ketua AMK tidak dapat hadir.
Isnin, 10 November 2008
Azlina Othman : Sumpahan Felda Semenchu
Ada juga penduduk Felda Semenchu mempertikaikan dari mana datangnya duit untuk menghias kampung mereka dan siapa juri bagi pertandingan tersebut ? Ianya telah berlaku. Walaupun menang dengan 'tangan ajaib' sebagai Ketua UMNO Bahagian Penggerang dan Ahli Parlimen Pengerang ia bukan jalan mudah untuknya.
Terbukti sudah segala taktik kotor pada semua kemenangan itu menjadi sumpahan kearah kegagalannya. 'Gah' hanya di Penggerang tetapi Wanita UMNO menolaknya.
AMK Johor menghimpun segala butiran ini. Dengan 'Black Belt' yang beliau ada belum tentu kemana selepas ini !!
Kepada Azlina, jangan bimbang kerana AMK Johor tiada 'petrol' untuk ke BPR. Saudari tahu dimana maruah diri sendiri.
MUHIYIDDIN YASSIN : KEARAH KEKALAHAN TOTAL
Ia merupakan berita paling gembira bagi AMK Johor apalia 'Mike Tyson' dan Ketua Menteri Melaka layak bertanding. Meraka adah juara digelanggan UMNO dengan rekod tersendiri. Kami pasti dengan pencalonan terbanyak kekalahan memihak kepada bekas MB Johor itu. Di Johor sendiri beliau gagal membantu rakyat johor dengan 'Wawasan 2010' nya. AMK Johor tidak mempelawa beliau menyertai PKR tetapi pintu taubat buatnya masih terbuka luas.
Hanya satu pilihan buat polotikus bernama Muhiyiddin Yassin berusia 61 tahun ini. Melakukan perubahan bersama kami atau menjadi pesara polotik seperti Tun Mahathir. Kekalahan sesautu yang memalukan dengan percalonan tertinggi !!!
AMK TERANGGANU vs UMNO : SATU TINDAKAN KEHADAPAN
1. Lembaga Displin UMNO sebenarnya lebih layak mejaga cucu dan cicit daripada menjaga ahli yang terbukti perasuah, pencuri dan mensabotaj parti/bangsa.
2. AMK Terangganu membuktikan lagi kepada Malaysia bahawa Pihak berkuasa tidak akan berbuat apa-apa terhadap jenayah rasuah melibatkan UMNO.
3. AMK Terangganu melakukannya kerana Ahli UMNO seluruh Malaysia tidak mampu melakukan perubahan demi Agama dan Bangsa.
4. Malaysiakini mencari publisiti murahan dengan memalukan seluruh AMK Terangganu dan Malaysia, tanpa bertanya dan melihat psikologi serangan AMK kepada UMNO.
5. AMK Teranganu melakukannya atas kepentingan Agama dan Bangsa, bukan atas mencampuri urusan parti lain.
Kami berharap AMK Terangganu lebih agrassif dan proaktif bergerak kehadapan dan AMK Johor bersamamu.
Sabtu, 8 November 2008
PENUBUHAN BAHAGIAN SEKIJANG
Dengan tertubuhnya AMK Sekijang ini sudah pasti akan memberi tentangan hebat kepada parti lawan. Maklumat lanjut sila hubungi :-
Mohd Azam Basri
Tel : 016 6954722
Jumaat, 7 November 2008
Din Beramboi ( DB ): Interview S/U AMK Johor
Pemuda : Bro... jom naik keter aku..
DB : Malas la... hang sapa dok baik hati sangat ?
Pemuda : Aku Nazri, Setiausaha AMK Johor ( S/U) . Hang sapa ?
DB : ohhh hero PKR la nih... sori bro.. NC UTM suruh aku tunggu kat sini..
SU : ehhh... lawak antarabangsa la tu..
DB : Macam teringin nak kena ISA la tu... Syed Hamid kamcing ngan aku bro..
S/U : Taktik UMNO la tu sikit-sikit ISA...
DB : Aku nak tanya kau la... dalam keje-keje kau apa yang paling mencabar ?
S/U : Buat soalan dan jawap sendiri... ( sambil garu kepaala.. )
DB : Baguih..baguih... lagi ?
S/U : Tengok slip top-up prepaid...
DB : Alamak geng Harris Iskandar tu... Bila nak letak jawatan bro ?
S/U : Kalau kau jadi Ketua AMK aku letak jawatan la...
DB : Kalau tu jawapan kau aku setuju naik keter kau. Hantar aku pi Segamat jap...
S/U : Jom.. aku pun nak jumpa cikgu Zul...
MAAF KEPADA AMK SELANGOR
2. Saya sedia meletakan jawapan pada bila-bila.
3. Saya telah berbincang dengan AJK lain sebelum mengeluarkan artikal tersebut.
4. Kelihatan AMK menentang Perhubungan negeri secara terang-terang , ia mendedahkan kelemahan PKR dimata umum.
5, Saya berharap AMK tidak mengunakan ''platform' Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan pemimpin lebih tinggi
Sahat Mohd Saleh
Bendahari AMK Johor
013 700363
AMANAT SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PKR JOHOR
1. Perlunya AMK Johor menambah keahlian terutama kepada kuam india dan cina.
2. Sentiasa muzakarah dan membuat keputusan seiringan dengan perlembagaan PKR.
3. Memperhebat aktiviti kemasyarakatan.
4. Perlunya AMK memperbanyakkan hubugan dan program dengan PAS dan DAP.
5. Berganding bahu dengan Perhubungan Negeri setiap akiviti.
6. Perlunya menerima idea dan berkerjasama dengan 'hard core' PKR.
AMK Johor mengucapkan terima kasih kepada beliau diatas cadangan dan 'guideline' tersebut. Insyallah, Biro Politik AMK Johor beriltizam meneruskan usaha-usaha kearah kemantapan PKR Johor.
Mohd. Nazri Ismail
Setiausaha AMK Johor
Khamis, 6 November 2008
AMK JOHOR SETUJU JAWATAN CENSELLOR UNISEL
1. Sudah tentu jawatan tersebut dibawah bidang kuasa Sultan Selangor
2. Dato' Seri Anwar Ibrahim pasti dimaklumkan terlebih dahulu dan diperhalusi.
3. Rosmah Mansor perlu bertanggungjawap atas 'tangan ajaib' yang telah berlaku.
4. Bantahan melulu tanpa merujuk Ketua AMK Pusat atau Perhubungan Negeri merupakan tindakan melatah keterlaluan.
5. Sikap membalas dendam adalah mewarisi sikap tidak bermoral
6. Masa yang ada lebih baik digunakkan untuk mantapkan organisasi AMK daripada asik mencari silap orang lain.
Itulah pendirian AMK Johor.
Program Ceramah Jelajah Johor Zon Utara
sila lawati http://amkledang.blogsport.com
Posted by amkledang
BAJET/PERUNTUKAN FATAMORGANA/MIRAJ 2009 NAJIB
Al-Maklumlah... Mungkin kerana terlalu gahirah untuk menunjukkan kebijaksanaan dan kepandaian serta kepakaran beliau kepada rakyat Malaysia sehingga dia terlupa peraturan2 mesyuarat. Masih yakinkah rakyat Malaysia kepada Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan yang bijaksana ini untuk terus memacu ekonomi negara???? Dan pagi tadi dalam segmen Akhbar Hari Ini di RTM 1 yang bertajuk "JANGAN TEGAKKAN BENANG YANG BASAH" merujuk kepada tindakan MP Pakatan Rakyat keluar dari Dewan Parlimen pada penggulungan Bajet 2009 tempohari, saya rasa ada baiknya pengulas mengulas tentang KEBIJAKSANAAN bakal Perdana Menteri (kununnya) mengenai Peruntukan Fatamorgananya agar rakyat dapat tahu kebijaksanaan pemimipinnya.
Pandai sangat....
TAHNIAH AMK TANGJUNG PIAI
Sebagai membalas kepercayaan kami kepada beliau , Sdr. Hishamuddin menyatakan akan menyusun AJK AMK Tg Piai dan gerakkerja tersusun.
AMK Johor mengucapkan tahniah kepada AMK dan Bahagian Tg. Piai.
26 AHLI PARLIMEN ( MP ) JOHOR KAYU
Tiada seorang pun MP dari negeri Johor termasuk Muhyiddin Yassin atau Hissamuddin Hussein dan yang lain menyertai bantahan itu. Ini menunjukkan MP dari Johor adalah kayu terhadap peraturan Dewan Rakyat. Kononnya MP dari Johor ini nama mereka begitu gah tetapi hakikatnya mereka semua kayu termasuk Fuad Zarkasi badot sarkas.
Jika dilihat dari segi kemewahan, banglow dan kereta 26 MP Johor ini dilihat seperti cendikiawan yang bijak hakikatnya mereka ini kayu di dewan.
Selamat datang ke Bandar Pontian. AMK Johor mengistiharkan sebagai 'Pusat Bandar Burung Layang-Layang Johor'.
Isnin, 3 November 2008
SENARIO HARGA MINYAK DI MALAYSIA
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :
Harga Minyak Global 1 Tong = USD 72.53 (bersamaan dengan RM 260.60)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.593
Harga satu liter > RM 260.60 / 159 liter = RM 1.64
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 1.64 - RM 0.30 = RM 1.34 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.30 sen
Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.30 - RM 1.34 = RM 0.96 per liter.
HARGA SEPATUTNYA(PADA 29 OCT)
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :
Harga Minyak Global 1 Tong = USD 60 (BERITA KATA DAH BWH $60 SETONG) (bersamaan dengan RM 215.58)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.593
Harga satu liter > RM 215.58 / 159 liter = RM 1.36
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 1.36 - RM 0.30 = RM 1.06 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.30 sen
Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.30 - RM 1.06 = RM 1.25 per liter
*sila rujuk kepada yang LEBIH PAKAR tentang perkara ni, untuk lebih kepastian..
TAHNIAH KEPADA SEMUA
AMK Johor juga mengucapkan Tahniah kepada Timbalan Ketua AMK Johor iaitu En. Zabidie Abbas kerana telah berjaya meubuhkan 7 cawangan di Bahagian Kulai.
Kami juga Mengalu-alukan perlantikan Dato' Paduka Abd. Kadir Sebagai Timbalan Ketua AMK Pasir Gudang.
Insyallah minggu hadapan kami akan mengumumkan 2 atau 3 lagi Bahagian AMK akan ditubuhkan.
* AMK Johor juga mengucapkan terima kasih kepada Ezam Mohd Noor kerana kesudian beliau mengirimkan kad Eidul Fitri kepada beberapa AMK Johor... Maaf tidak sempat balas.
Sabtu, 1 November 2008
PAKAR STRATEGI UMNO LESU
Para Raja Lawak BN cuba memainkan strategi dan sentimen bodoh sekali lagi dengan membebaskan Razak Baginda. Mereka berharap reformis akan menjerit ditepi jalan, mudah mereka menutup isi ketirisan dalam Kerajaan.
Ingat semua AMK Johor, desas-desus DSAI akan melakukan 'Road Show'nya dalam masa terdekat ini menunjukkan Putrajaya semakin hampir. Ayuh gerakkan kemahiran kita untuk gemilangkan negeri Johor dengan 'Panji-Panji Biru'. Mahirkan psikologi sejarah politik sifu kita.
Susun, Serang dan Menang !!!!
Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor
Maklumat kejohanan seperti berikut :-
1. Tarikh : 16hb Disember 2008 ( Ahad )
2. Tempat : Johor Bahru
3. Yuran Penyertaan : RM 50.00
4. Syarat khusus : Hanya seorang sahaja bekas pemain negeri / daerah boleh mewakili regu dan 5 tahun kebawah.
5. Pendaftaran akhir sebelum 10 Dis 2008
6. Hadiah : Johan RM 600.00 Naib Johan RM 400.00 Ketiga 200.00
Maklumat & Pendaftaran hubungi : En. Azlan (017 7418884) En. Zabidi (019 7564699)
e-mail : amkjohor@yahoo.com