Selasa, 25 Ogos 2009
Pakatan Rakyat - Pas Menang PRK Permatang Pasir 25-Ogos-2009
"Angin perubahan" yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika berkunjung di Permatang Pasir pada hari ini, rupa-rupanya lanjutan daripada tsunami 8 Mac, 2008.
Calon UMNO dari Barisan Nasional, Rohaizat Othman ditewaskan oleh calon PAS dari Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man (gambar kiri) dengan majoriti 4,551 undi. Mohd Salleh Man memperolehi 9,618 undi, sementara Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi, selain undi rosak sebanyak 83 undi. Undi majoriti berkurang, selaras dengan penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada tahun lalu.
Terdapat seramai 20, 289 orang pengundi berdaftar di kawasan DUN Permatang Pasir, dengan Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan kaum lain 0.16%.
Mengimbas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008, bekas ADUN PAS, Allahyarham Hamdan Abdul Rahman berjaya mempertahankan kubu dengan 11,004 undi, memandangkan calon UMNO ketika itu, Ahmad Sahar Shuib hanya memperolehi 5571 undi. Majoriti yang diraih ialah 5,433 undi, dengan 227 undi rosak.
Kekal rekod tewas di Semenanjung
Keputusan malam ini memperlihatkan BN mengekalkan rekod kekalahannya dalam setiap pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia, selepas PRU ke-12. BN hanya menang di pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dan tidak bertanding untuk pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang, 31 Mei 2009.
Sebelum ini, "angin perubahan" lebih kencang apabila pilihan raya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Malah, Kuala Terengganu yang sebelum ini dimiliki UMNO, ditembusi calon PAS dari PR.
Seterusnya, pilihan raya kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau juga menyaksikan kemenangan yang memihak kepada Pakatan Rakyat, dengan majoriti yang lebih besar.
Keadaan menjadi "reda" buat UMNO apabila membuat kejutan di pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan dengan menghakis majoriti calon PAS, sehingga PAS hanya menang tipis dengan 65 undi majoriti di kubu sendiri. Walaupun UMNO-BN dilihat cuba mengekalkan, malah memacu momentum selepas "kekalahan tipis" tersebut, namun hasrat BN akhirnya tidak tercapai.
Analisa selanjutnya...
Data terperinci keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir akan dikeluarkan kemudiannya. Sejauh manakah propaganda UMNO yang disebarkan sejak awal Ogos, bahawa "Anwar pengkhianat Melayu", "Nik Aziz menghina Islam" dan sebagainya berkesan, akan diteliti dalam analisa selanjutnya.
(Catatan: Artikal ditulis oleh Lim Hong Siang dari Merdekareview)
Isnin, 24 Ogos 2009
Taniah atas Penubuhan Ranting Baru Layang-layang
AMK Johor mengucapkan taniah atas penubuhan Ranting Layang-layang dan juga mengadakan Mjlis makan Malam dengan berjayanya.
Johor, tidak lagi kubu kuat BN. Semakin hari, tempat-tempat yang masih dalam status "Kubu" dalam mimpi BN semakin dihakis dan ditawan oleh Pakatan Rakyat. Dengan penubuhan ranting baru ini, AMK mendoakan agar DUN Layang-layang dapat ditawan oleh Calon PKR pada PRU ke-13.
Ketua AMK Johor, Saudara Zabidie Abbas dalam ucapannya menegaskan sokongan AMK Johor terhadap Pimpinan Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga kecam Muhyiddin yang mengeluarkan pernyataan fitnah terhapda DSAI. Zabidie juga mendorong PKR, khususnya AMK terus maju di Johor.
Majlis makan malam turut dihadiri Pemimpin Pusat, Saudara William Leong yang juga merasmikan Penubuhan Ranting tersebut. Dalam Ucapannya, mendorong PKR Johor terus Maju dan seterusnya kuburkan Umno-BN.
Salam Reformasi.
Himpunan Sokong Anwar 21-Ogos-2009
AMK Johor telah menganjurkan Himpunan Besar Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim di depan Masjid Sultan Abu Bakar pada 21-Ogos-2009, jam 2 petang. Ketua AMK Johor, Saudara Zabidie Abbas sendiri telah mengetuai program tersebut.
Himpunan ini bertujuan menyatakan sokongan yang padu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat sebagai pejuang Rakyat Malaysia, serta kecam percakapan Muhyiddin Yassin yang memfitnah Anwar Ibrahim khianat orang Melayu. Kenyataan Muhyiddin bukan sahaja tidak membantu meningkatkan prestasi buruk beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, Malah tidak dapat membersihkan namanya yang banyak menjualkan tanah kepada warga asing - Singapura sewaktu menjadi Menteri Besar Johor. Beliaulah pengkhianat Johor yang sebenar.
AMK menuntut Muhyiddin supaya tidak mengeluarkan pernyataan yang berbentuk fitnah.
Progam tamat setelah Sidang Media diadakan.
Reformasi !!!
Khamis, 20 Ogos 2009
Himpunan Anwar Pembela Rakyat, 21 Ogos 2009 (Jumaat) 2 petang
Anda dijemput hadir ke
Tempat: Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Tarikh: 21 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Jumaat (2 petang)
Membujur Lalu Melintang Patah
Bersama kita jayakan Gerakan Reformasi !!!
Selasa, 18 Ogos 2009
Kursus Strategik PilihanRaya
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah telah berjaya mengadakan Kursus Strategik Pilihanraya pada (16 Ogos 2009) bertempat di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Johor, Taman Teratai. Kursus ini adalah khusus untuk AJK AMK/Wanita atau Cabang Gelang Patah.
Diatas kesungguhan dan kesedaran yang mahukan setiap AJK PKR Cabang Gelang Patah "bijak" berpolitik serta gerakerja lebih berhalatuju maka program ini diadakan. Walaupun ianya bersifat "basic" namun ianya mampu memberi kesedaran kepada peserta tentang perlunya pemantapan ilmu politik pada setiap AJK dalam menyusun gerkakerja parti.
Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Strategik Pilihanraya PKR Johor, Sdr. Nor Azman Hashim. Walaupun beliau terpaksa meninggalkan kursus tersebut awal berikutan urusan parti beliau sempat memberi beberapa pandangan mengenai beberapa isu.
Dr. Zaliha, Sdr. Jalil dan Sdr. Roslee yang bertindak sebagai fasilitator, berjaya mengendalikan kursus tersebut dengan cukup baik.
Insya-ALLAH kursus ini akan diadakan lagi untuk peringkat yang ke-2. Pandangan dari Sdr. Jalil bahawa kursus "motivasi" perlu diadakan bagi memberi kesedaran dan memantapkan jiwa perjuangan disetiap AJK.
Syabas diucapkan kepada AMK Gelang Patah, semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam Gerak Kerja Ambilalih Johor oleh Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.
Salam Reformasi !!!
PRK Permatang Pasir => 1 vs 1
Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.
Penamaan Calon Di N11 DUN Permatang Pasir
Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil di N11 DUN Permatang Pasir telahpun dibuka kepada mana-mana parti/individu yang ingin bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Kira-kira 3000 penyokong Pakatan Rakyat telah berhimpun sejak awal pagi bagi memberi sokongan kepada calon PAS Mohd Salleh Man yang merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Beliau akan ditentang oleh Sdr. Rohaizat Othman (BN), manakala Sdr. Kamarul Ramizu Idris mungkin akan turut bertanding pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kali ini.
Marilah kita sama2 berdoa agar kemenangan berpihak kepada calon Pakatan Rakyat Utz. Mohd Salleh Man dengan kejayaan cemerlang... Kepada petugas2 AMK, kami mendoakan semoga anda semua lebih beristiqamah dan cekal serta sabar ketika menjalan tugasan yang diberikan.
Salam Reformasi !!!
Himpunan 10,000 Di Batu Pahat
Ahli Umno, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" Umno Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang semalam untuk mengutuk Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.
Program anjuran UMNO itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua yang mungkin terpedaya dengan janji kosong dan dakyah khianat pihak penganjur.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar Ibrahim sebelum ini sepatutnya dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram. Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.
Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO mula memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.
Antara yang berucap ialah Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid; Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.
Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.
Ramai yang meninggalkan perhimpunan itu dan meluangkan masa bersiar-siar dan beriadah di dataran berkenaan tanpa menghiraukan ucapan pemimpin Umno Johor.
Jumaat adalah cuti BEKERJA di Johor dan perhimpunan itu diadakan hari ini dengan harapan dapat menarik penyertaan lebih ramai ahli UMNO khususnya dari sayap kanan parti itu iaitu Pemuda dan Wanita.
Namun sambutan hambar adalah tamparan hebat buat pihak penganjur dan TPM mereka iaitu Muhyiddin Yassin. Ini menunjukkan sekali lagi UMNO bukan saja kalah dikesemua Pilihanraya kecil semenanjung sebelum ini, malah perhimpunan anjuran mereka juga gagal memenangi hati ahli sendiri.
Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti dan yang paling memalukan bahawa hanya warga tua dan golongan pelajar yang agak tegar tetap teguh berdiri mendengar ucapan kosong pemimpin mereka itu.
Namun persoalannya, dimanakah pihak berkuasa seperti Polis dan FRU dalam menangani perhimpunan haram jadah anjuran UNMO disini. Umum telah mengetahui bahawa Integriti pihak Polis dan FRU yang dilebelkan sebagai "Double Standard" dalam menjalankan tugas secara adil dan telus terus-terusan tercemar kerana patuh kepada arahan dan undang-undang rimba yang diterajui oleh Tarzan 1Malaysia Najibul Tuya...
Surat Terbuka kepada Raja Nazrin 7 Wasiat
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Ampun Tuanku beribu ampun.
7 WASIAT RAJA MELAYU.
Amatlah bangga hamba patik dengan keperihatinan Tuanku dengan membangkitkan kembali ingatan rakyat terhadap 7 wasiat Raja - raja Melayu pada awal bulan kemerdekaan negara (Ogos) ini.Sesungguhnya ingatan ini amat tepat pada masanya dimana regim pemerintah semakin gila mencabul hak kedaulatan rakyat, raja dan kemerdekaan yang kita perolehi bersama. Namun hamba patik juga sedikit merasa kesal apabila pemimpin Barisan Nasional bukan sahaja tidak sedar malah turut menyelewengkan peringatan Tuanku berkenaan dengan wasiat tersebut untuk kepentingan politik mereka.
Tuanku,
Merujuk wasiat tersebut seperti di bawahjelas semuanya telah dicabuli oleh Regim pemerintah hari ini;
7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .
2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Ampun Tuanku
di sini hamba patik ingin menarik perhatian tuanku mengenai 7 penyelewengan regim Umno - Bn yang telah mengkhianati wasiat Raja - Raja Melayu tersebut.
1. Kerana persepakatan Umno dan keghairahan Umno untuk dijadikan pewaris negara ini dari penjajah, Umno telah menggagalkan usaha serius sekumpulan besar rakyat tanah ini untuk menjadikan negara ini merdeka sebagai negara bangsa yang lebih bersatu padu. Perlembagaan Rakyat yang diketengahkan oleh AMCJA - PUTERA telah disabotaj , digagalkan dan difitnah oleh Umno bagi pihak British yang tidak mahu negara ini menjadi negara bangsa yang kuat. Maka negara ini terpaksa akur dengan kemerdekaan 'kurniaan British' dan mewarisi dasar pecah perintah yang sehingga hari ini menjadikan kita lemah.
2. British selaku penjajah telah mengistiharkan Kanun Tanah yang mengandungi Akta Tanah Rizak Melayu. Ketika British mengistiharkan tanah rizab ini sebanyak lebih kurang 7 juta hektar telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Tahun 1957, British menyerahkan negara ini kepada pewarisnya iaitu Regim Umno dengan bilangan tanah rizab Melayu yang masih 7 juta hektar. Namun kini hanya tinggal lebih kurang bawah 4 juta hektar tanah rizab Melayu yang masih tinggal. Itupun kebanyakan sudah berpindah milik kepada segelintir Melayu kaya dan berkepentingan politik.
3. Wasiat ketiga ini juga dicabuli. Pertahanan Negara jelas goyah apabila pemimpin regim ini memilih untuk menjadi hamba kepada kuasa asing. Pertahan negara masih bergantung dengan Amerika, pembelian peralatan perang yang melibatkan rasuah telah membahayakan keselamatan negara kerana peralatan yang tidak setara malah turut menyebabkan perajurit negara mati ketika latihan bukan ketika perang kerana mengendalikan peralatan perang yang usang dan tidak berkualiti. Malah tuanku rekod menyatakan Pemimpin kanan regim ini juga terlibat dalam menyerahkan tanah milik negara ini kepada negara asing dengan sewenang wenangnya. Itu belum masuk lagi kisah bagaimana periuk nasi negara ini (BERNAS) kini sudah menjadi milik pedagang asing dari Hong Kong.
4. Merujuk kepada perihal Kedaulatan Raja - raja Melayu menang telah dijanjikan dalam perlembagaan namun regim Umno Bn yang menguasai 2/3 parlimen negara telah meminda perlembagaan ini dengan menghakis kuasa Raja - raja Melayu. Masih ingatkah Tuanku dengan penghinaan TV3, Utusan dan lain media milik Umno yang menghina dan mengaibkan Raja Melayu semata untuk mempengaruhi rakyat untuk meminda perlembagaan pada tahun 1994 demi menghakis kuasa Raja Melayu.
5. Sememangnya Islam masih kekal sebagai agama Persekutuan namun kegagalan regim pemerintah menjaga keharmonian Islam amat menyedihkan. Malah Islam dipermainkan sendiri dalam ucapan pemimpin regim ini, khususnya ketika zaman era Mahathir Mohamad. Insitusi masjid, agihan zakat dan bantuan Baitulmal semuanya dipolitikkan sehingga penghormatan kepada institusi agama seumpamanya makin terhakis.
6. Bahasa Melayu sudah hilang maruah akademiknya. Institut Pengajian Tinggi bangga menggunakan bahasa penjajah sebagai pengantara. Di Peringkat menengah dan rendah mujur rakyat berani bangkit berdepan belantan, gas dan air kimia Polis regim ini maka kemungkinan pengajaran Sains dan Matematik akan dikembalikan semula dalam bahasa Melayu. Tulisan jawi pusaka bangsa telah lama mati......ini semua kerana pengkhinatan regim ini.
7. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera makin terhakis, bukan kerana dirampas oleh kaum lain tetapi diseleweng oleh bangsa sendiri melalui pengaruh politik regim. Regim ini menggunakan istilah hak bumiputera atau dasar ekonomi baru telah mengaut keuntungan bagi pihak mereka dan keluarga serta kroni mereka atas nama kuota Melayu sedangkan majoriti Melayu masih susah dan melarat. Memang yang kaya melayu tetapi yang kaya sangat kaya dan yang majoriti masih payah dibawah sini.
Ampun Tuanku ,
Harapnya Tuanku yang berpendidikan tinggi tidak termasuk kepada golongan mereka yang ditipu dengan dakyat propaganda Umno Bn malah patik doakan Tuanku bukanlah dari golongan bangsa Melayu yang bersama mendokong dakyah regim ini (walaupun sedar ia dakyah tipu) hanya kerana kepentingan perniagaan peribadi atau keluarga.
Percaya dan yakinlah Tuanku jika regim ini dibenarkan terus berkuasa, negara ini akan hancur.....bukan sekadar 7 wasiat tersebut akan dicabuli malah hamba patik yakin Insitusi Raja - Raja Melayu ini juga akan hanya jadi seperti muzium pameran untuk lawatan dan tatapan pelacong sahaja dalam masa 20 atau 30 tahun dari sekarang ini.
Dalam surat terbuka buat tuanku yang sudah tentu akan boleh dibaca oleh pemimpin Regim Umno - Bn ini tuanku hamba patik mohon izin untuk melaungkan cabaran jika benar ada pemimpin Umno Bn yang masih yakin mereka bukan pengkhianat dan penderhaka bangsa dan agama ini maka siapa yang berani tampil berdebat dengan fakta dan ilmu demi membina rakyat keseluruhannya.
Ampun tuanku beribu ampun.
Salam dari hamba rakyat
che'GuBard
ahli Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat
Isnin, 17 Ogos 2009
Kenyataan Media - YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Petaling Jaya, 11 Ogos 2009
Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.
Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.
Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat
sambungan...Siapa Pengkhianat?
Pelbagai tohmahan dan kata nista dilemparkan kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim antaranya beliau adalah agen Yahudi. Bahkan ada yang mengatakan bahawa beliau adalah agen Kristian.
AMK Gelang Patah telah menerima maklumat dari seorang individu yang mengatakan bahawa PDRM telah dan sedang meningkatkan sistem komputer sepenuhnya dalam usaha memperbaiki kecekapannya memerangkap dan memintas maklumat. Tiga syarikat telah disenarai pendek untuk membuat semua kerja-kerja berkaitan menaik-taraf sistem komputernya.
Tiga syarikat tersebut ialah : Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd dan D. G. Kom Sdn Bhd. Walaubagaimanapun ketiga-tiga syarikat ini terikat dengan syarat mesti sub-kontrakkan kerja tersebut kepada Asiasoft (M) Sdn Bhd.
Siapakah yang menaungi Asiasoft dan bagaimana ia terkait dengan PDRM dan hubungannya dengan Yahudi?
Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)
Dipunyai oleh Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 juta saham) dan Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 juta saham). Mereka adalah pengarah syarikat. Modal berbayar Syarikat adalah RM5 juta.
System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)
Dipunyai oleh Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 saham) dan Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 saham). Pengarah syarikat ialah Aswadi dan Raziah Binti Sidek yang menggunakan alamat kediaman yang sama, kemungkinan mereka adalah suami isteri. Modal berbayar syarikat adalah RM500,000.
D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)
Dimiliki oleh Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 saham), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 saham), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 saham) dan Prodaya Sdn Bhd (405,000 saham). Pengarah syarikat adalah Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh dan Nor Azman Bin Abdul Karim. Modal berbayar syarikat ialah RM7.6 juta.
Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)
Dimiliki oleh Bees System Sdn Bhd (350,000 saham) dan Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 saham). Pengarah syarikat adalah Toh Kian Hong (warganegara Singapura), Lim Tze Kuang dan Lim See Hui. Modal berbayar syarikat adalah RM500,000.
Bees System Sdn Bhd (422358-V)
Dimiliki oleh Lim See Hui (12,500 saham) dan Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim dan Lim Mee Chin ( memiliki RM2,500 saham setiap seorang). Pengarah syarikat adalah Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin dan Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. Syarikat memiliki harta bernilai RM7.7 juta dan tanggungan berjumlah RM4.8 juta. Modal berbayar syarikat berjumlah RM25,000.
Asiasoft (Singapore) Pte Ltd
Toh Kian Hong, pengarah warga Singapura bagi Asiasoft (M) Sdn Bhd, juga bertindak sebagai pengarah Asiasoft (S) Pte Ltd. Lain-lain pengarahnya adalah Izhak David Nakar ( warga Israel), Ido Schechter ( warga Israel) dan Shoshani Eliahou Moshe ( warga Israel dengan taraf penduduk tetap Singapura). Asiasoft (Singapore) Ptd Ltd adalah milik penuh Asiasoft Global Pte Ltd.
Asiasoft Global Pte Ltd
Pengarah syarikat ialah Toh Kian Hong ( warga Singpura ), Izhak David Nakar ( warga Israel) dan Ido Schechter ( warga Israel). Pemegang saham syarikat ialah Toh Kian Hong dan Top Image System Limited ( milik Israel).
Top Image Systems Limited
Sila klik link untuk melihat butiran syarikat: http://www.topimagesystems.com/
Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)
Izhak David Nakar adalah pengasas Top Image Systems Limited dan bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO sejak penubuhannya sehingga May 2001. Dalam tahun 2005, beliau telah dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.
Mr. Nakar berkhidmat dengan Israel Air Force sejak 1970 hingga 1987. Beliau terlibat dalam berbagai project mega termasuk bekerjasama dengan U.S. Air Force. Beliau memperolehi B.Sc. in Computer Science dari Bar Ilan University dalam tahun 1982, dan MBA dari Tel-Aviv University pada 1984. Mr. Nakar adalah penerima anugerah “Israel Defense Award,” yang diberikan oleh President Israel, kerana jasanya membangunkan system maklumat canggih untuk Kementerian Pertahanan Israel.
Sila klik link untuk melihat butiran ( http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )
Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)
Dr. Schechter berkhidmat dengan Top Image Systems Limited selama 9 tahun di mana sejak Januari 2002 telah dilantik menjadi CEO.
Sila klik link untuk melihat butiran (http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )
Ringkasnya:
Asiasoft (M) Sdn. Bhd. adalah milik Asiasoft (Singapore) Ptd. Ltd.
Manakala Asiasoft (Singapore) Ptd. Ltd. adalah milik Asiasoft Global Pte Ltd.
Dan Asiasoft Global Pte Ltd. adalah milik Top Image System Limited.
Top Image Systems Ltd. ditubuhkan pada 1991 dan beribu pejabat di Tel Aviv, Israel.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Umno pejuang bangsa melayu dan inilah juga antara usaha UMNO untuk memajukan bangsa melayu. Kalau UMNO bukan agen Yahudi, maka apakah tujuan disebalik semua penyelewengan ini?
Dimanakan para perjuang UMNO yang hebat beritorika? Dimanakah Belut Puaka yang ingin membeteras aktiviti rasuah dalam UMNO?. Atau mungkin saja Belut Puaka itu sedang seronok dan terlena meratah habuan yang diberikan Khairy kepadanya kerana sanggup menjadi pencacai dan baruanya.
Apakah rakyat Malaysia masih ingin terus berdiam diri dan membiarkan kecelakaan yang dilakukan oleh UMNO dan kuncu-kuncunya?. Lupakah rakyat Malaysia kepada Khairy Jamaluddin dan Kalimullah yang jelas berpaksi kepada Singapura? Tidak ingatkah rakyat Malaysia bahawa Singapura adalah pengkalan Yahudi bagi rantau ini.
Kalau masih ada yang ingin mempertahankan kononnya UMNO berjuang untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia, maka mereka adalah jelmaan manusia tetapi sebenarnya BINATANG atau SYAITAN BERTOPENG MANUSIA. Umnolah petualang bangsa melayu dan Umno jugalah yang bakal menjahanamkan Malaysia jika parti bangsat ini terus diberi kepercayaan untuk terus kekal berkuasa.
Lelaki Ini Wajar DiSaman
Tindakan dan keceluparan beliau mencerca Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat serta puluhan ribu pendemonstran dan lebih memualkan lagi lelaki ini mengaku bahawa beliau ahli PAS wajar diberi pengajaran secukupnya mengikut undang2. Apakah beliau mempunyai motif tertentu dengan mengaku sebagai ahli PAS..??? Apakah beliau mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat disebalik pengakuan beliau sebagai ahli PAS..??? Atau beliau pencacai upahan pihak tertentu...???
Siapa Yang Sebenarnya Pengkhianat
MUHYIDDINLAH SEBENARNYA
PENGKHIANAT MELAYU & RAKYAT JOHOR
Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor memandang serius akan trend media – media arus perdana dan beberapa pihak termasuk UMNO yang begitu serius memainkan isu “Pengkhianat Melayu” mutakhir ini. Pandangan dan komentar pemimpin – pemimpin UMNO khususnya disebar luas melalui media – media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Polemik ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri apabila Timbalan Perdana Menteri dengan rasa angkuh dan sombong mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah pengkhianat melayu. Bermula dari kenyataan biadap tersebut, maka berebut pencacai – pencacai dan pengampu – pengampu Kerajaan UMNO/BN memberi komen sedangkan mereka inilah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa sendiri apabila lebih mementingkan perut dan poket mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masyarakat.
Justeru itu bagi membuktikan siapakah yang sebenarnya pengkhianat melayu/johor, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor akan mengerakkan seluruh jentera Angkatan Muda Keadilan setiap Cabang di Negeri Johor untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai salahlaku Tan Sri Muhyidin Yasin semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1986 sehingga 1995. Setelah fakta – fakta lengkap kami terima dan dianalisis, maklumat tersebut akan kami edarkan diseluruh Negeri Johor. Sesungguhnya rakyat Johor berhak tahu siapakah sebenarnya Timbalan Perdana Menteri mereka.
Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat dan juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang telah di tetapkan pada 25 Ogos 2009.
Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu – talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat!.
Berikut adalah beberapa persoalan yang perlu dijawab pimpinan UMNO yang mana ianya jelas menunjukkan siapakah sebenarnya yang telah menjuarai “Pengkhianatan terhadap umat melayu” termasuk Kesultanan Melayu:-
Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja – raja melayu?
Siapakah yang melacur pendidikan Negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik di Selangor satu ketika dahulu?
Siapakah yang menyelewang kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak – kontrak untuk kroni – kroni mereka semata?
Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati – matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?
Sehubungan dengan itu juga, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor akan memulakan gerakan penerangan “Muhyiddinlah Pengkhianat Melayu/Johor” di Pagoh, Muar dan seterusnya ke seluruh Negeri Johor.
Jika mereka secara biadap dan tidak berakhlak dengan menggunakan kaedah berpolitik yang sempit dan jumud dengan menggantung “banner” yang memburuk – burukkan peribadi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim di merata tempat, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor memaklumkan bahawa kami bersedia untuk berdebat/berforum secara terbuka dengan mana – mana pimpinan UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri sendiri bagi membuktikan siapakah sebenarnya “pengkhianat melayu”.
ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR
10 OGOR 2009
Turut di sokong:
1. Persatuan Anak – anak Peneroka FELDA Kebangsaan ( ANAK )
2. PUM Johor
3. TERAS Johor
4. Angkatan Daya UMAH ( ADU )
5. SHURA zon Selatan.
Khamis, 6 Ogos 2009
Muar - Ceramah DSAI dan Chua Jui Meng
Pada Sabtu (01 Ogos 09) yang lepas, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Chu Jui Meng telah berkongsi Pentas Ceramah di Bakri, Muar yang dihadiri oleh puluhan ribu penduduk sekitar Daerah Muar. Ceramah malam tersebut merupakan ceramah sulung Dato' Chua di Johor semenjak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat bulan lepas. Dengan kehadiran yang begitu ramai jelas menunjukkan bahawa rakyat Bakri amat bersungguh untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut.
Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum itu telah merasmikan Pejabat PKR Cabang Batu Pahat dan kemudiannya bergegas ke Bakri, Muar untuk berceramah.
Dato' Chua dalam ceramahnya menegaskan bahawa antara sebab utama beliau menyertai PKR adalah kerana beliau amat kecewa dengan sikap kepimpinan MCA yang sentiasa menjadi "pak turut" kepada pimpinan Umno dan tiada pendirian.
Dato' Seri Anwar pula mengajak hadirin untuk menghayati beberapa ungkapan "jawa" yang telah mengingatkan kita tentang erti perjuangan disamping peringatan bahawa dalam usaha menegakkan keadilan, kita akan berdepan dengan kuasa yang gila.
Dato' Seri Anwar juga mahukan "Pakatan Rakyat Johor Bangkit" untuk menang dalam Pilihanraya Umum akan datang dan seterusnya memerintah negeri ini. Tiada lagi istilah "Johor kubu kuat Umno" kerana rakyat Johor mahukan perubahan.
Lawan tetap Lawan. Membujur lalu melintang patah......
Undangan Majlis Perkahwinan
Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah, Sdr. Zainalhelmi bin Hussin akan melangsungkan perkahwinan pada 9 Ogos 2009 (Ahad) dan majlis tersebut akan diadakan di No. 45, Kampung Parit Haji Adnan, Pekan Nanas, Pontian, Johor. Beliau telah memilih Sdri. Norafni (Intan) binti Ismail (adik kepada Setiausaha AMK Cabang Gelang Patah) sebagai bakal teman hidupnya.
Selaku Abang/Abang Ipar kepada bakal mempelai ini, Sdr. Nazri menjemput pelayar2 blog amkgelangpatah.blogspot.com untuk turut sama meraikan majlis tersebut.
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT BERBAHAGIA" kepada bakal mempelai iaitu Sdr. Zainalhelmi dan Intan.
Jeff Ooi Perlu Lebih Sensitif
Jeff Ooi perlu faham bahawa beliau tidak sewarjanya mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan ahli-ahli JIM dan juga umat Islam di negara ini. Percakapan beliau, tidak kiralah sengaja ataupun salah faham, akan dimainkan dengan teruk-teruknya dalam UTUSAN Malaysia.
Bagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, adalah lebih baik kita minta Jeff Ooi untuk tarik balik pernyataan dan minta maaf, diikuti dengan perbincangan yang mendalam dengan beliau untuk maklumkan ciri-ciri JIM agar salah faham tidak lagi terjadi pada masa hadapan.
Bagi perkara sebegini, akar umbinya adalah kerajaan BN yang sekian lama ini mengamalkan pecah dan perintah. Akibatnya, ketiga-tiga etnik yang terbesar dalam Malaysia tidak saling mengenali, dengan keadaan nampak lebih buruk berbanding dengan zaman atuk kita.
Contohnya, tindakan BN merobohkan kuil Penganut Hindu yang berlarutan memberi gambaran kepada etnik Melayu bahawa orang India boleh dibuli. Sama juga tindakan menafikan hak asasi manusia untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda menyebabkan etnik Cina dan India menyangka Melayu tu extremist. Tetapi, semua ini berlaku dari punca yang same, iaitu Umno-BN.
AMK Johor menggesa orang ramai, NGO dan parti-parti politik membanyakkan perbincangan, debat dan soal-jawab di kalangan orang Malaysia untuk melahirkan warga yang sihat dan saling faham-memahami.
Selasa, 4 Ogos 2009
Mengapa berdemonstrasi?
Kerajaan telah menyatakan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang dikaji. Mengapa berdemonstrasi lagi?
Biarlah pandangan dikemukakan secara berhemah. Demonstrasi untuk apa?
Ada kewajarannya seandainya soalan tersebut diajukan oleh kanak-kanak. Namun, soalan tersebut telah dilontarkan seorang Perdana Menteri negara. Maka ia tidak boleh diperlekehkan.
Mengapa berdemonstrasi?
Kerana Teoh Beng Hock, Kugan, Ulaganathan, dan ribuan yang mati dalam tahanan. Mereka tidak mampu untuk berdemonstrasi dan bersuara. Maka, perlunya orang lain untuk bertindak dan bersuara untuk mereka.
Kerana mereka yang nampak macam Lingam, mereka yang berkuasa, mereka yang hartanya pantang didedahkan di bawah matahari, bahkan politikus yang berkuasa untuk membawa perubahan tetapi mendiamkan diri ketika berdepan dengan ketidakadilan, mereka akan terus menggunakan pelbagai kuasa untuk memerintah kita. Mereka semestinya tidak akan berdemonstrasi. Mereka akan mencari seribu cara untuk menghalang demonstrasi.
Kerana mereka yang miskin, yang dipinggirkan, yang ditekan, yang didiskriminasi, malah yang dianiaya, langsung tidak berpeluang untuk mempengaruhi mereka yang berkuasa.
Kerana pendekatan "bertutur dengan penuh hemah" telah digunakan untuk berpuluh-puluh tahun. Sehingga air liur kering-kontang, tidak meninggalkan sebarang kesan. Kerana cadangan reformasi yang penting (termasuk membenarkan demonstrasi aman) yang dikemukakan SUHAKAM dan Suruhanjaya Di-Raja, tidak diterima dan terlaksana. Kerana bayang IPCMC tidak kelihatan, sebaliknya rasuah dan keganasan menular ke setiap pelusuk. Lebih teruk lagi, walaupun banyak nasihat diberikan, namun kerajaan tetap menggunakan RELA untuk menjadikan keadaan lebih parah.
Masih ingatkah "Suqiu"? Suqiu tidak berdemonstrasi, dengan penuh hemah, meminta dan merayu. Apa kesudahannya? Pandangan disampahkan, malah mereka yang tidak pernah berdemonstrasi ini dituduh sebagai pengganas.
Tanya lagi, mengapa berdemonstrasi?
Kerana mereka yang tidak berdemonstrasi disalah-labelkan oleh kerajaan. Mereka dilabelkan sebagai "majoroti yang senyap" (silent majority). Politikus mendakwa bahawa majoriti yang mendiamkan diri itu sebagai petanda sokongan kepada kerajaan, lantas kerajaan perlu mengambil kira kepentingan majoriti ini. Hari ini, antara majoriti yang senyap ini, ramai tidak sanggup mendiamkan diri lagi.
Masih nak tanya mengapa?
Ya, kerana kerajaan yang munafik ini tidak akan berjaya menipu seluruh dunia untuk selama-lamanya. Kerana nepotisme hanya memanfaatkan beberapa kerat orang, yang lain akan terkejut dari tidur satu hari nanti.
Kerana "perkauman" yang dimainkan itu telah terbongkar rahsianya. Ia hanyalah muslihat yang jijik untuk memecah-belahkan masyarakat kita.
Kerana bukan sukarnya untuk menyedari bahawa, mengapa Malaysia yang kaya dengan sumber semula jadi dan tenaga manusia ini, taraf hidup rakyatnya tidak melangkaui Singapura, sebuah pulau kecil tanpa sumber semulajadi?
Kerana negara yang menerima demonstrasi secara aman telah menikmati kekayaan dan kestabilan, atau dalam proses perubahan ke arah yang lebih baik. Negara yang menekan demonstrasi aman secara kekerasan, rakyatnya hidup merana kepapaan.
Juga kerana, Mahatma Gandhi pernah berdemonstrasi. Nelson Mandela pernah berdemonstrasi. Martin Luther King pernah berdemonstrasi. Tunku Abdul Rahman juga pernah berdemonstrasi.
Kerana semakin ramai menyedari, bahawa demonstrasi aman langsung tidak menjejaskan keselamatan negara, hanya menggugat kedudukan mereka yang berkuasa.
Kerana apabila politikus dengan senyuman berkata rakyat adalah tuan kepada kerajaan, ini semuanya pembohongan! Cuba tanya, mana adanya hamba yang menggunakan gas pemedih mata, baton dan gari untuk melayan tuannya?
Kerana, seandainya semua demonstrasi dalam sejarah menemui ajal, maka hari ini, India, Malaysia dan banyak lagi negara yang lain masih merupakan tanah jajahan. Afrika Selatan masih mengekalkan dasar apartheid, Nelson Mandela masih meringkuk di penjara. Malah Barack Obama mungkin masih merupakan seorang hamba di Mississippi, dalam rancangannya untuk melarikan diri.
Kerana maruah dan kebebasan bukan hadiah durian runtuh. Ia perlu diperjuangkan semua orang. Ia ada harganya. Seandainya kita inginkan kehidupan sebagai seorang manusia, kita tidak boleh menjadi penikus untuk seumur hidup.
Soalan mengapa berdemonstrasi umpama soalan yang menanya, mengapa memperjuangkan kebebasan atau kesaksamaan? Yang harus ditanya adalah, mengapa tidak boleh bebas, tidak boleh saksama?
Jadi, persoalannya bukan mengapa berdemonstrasi, tetapi mengapa tidak boleh berdemonstrasi secara aman?
* Yeo Yang Poh ialah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.
Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...
Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.
Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.
Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
(Artikel asal :
http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10242)
Himpunan Mansuhkan ISA 801 - Di Tembak Ketika Bersurai
Johor Bahru : Seorang lagi mangsa keganasan pihak berkuasa sewaktu menyertai Perhimpunan Aman Anti ISA di Kuala Lumpur sabtu lalu saudara Teh Hong Ping melaporkan bahawa pihak Unis Simpanan Khas (FRU) telah bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan sewaktu menjalankan tugas mengawal keadaan di tapak perhimpunan tersebut. Beliau yang dihubungi pihak media semalam juga menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap pihak FRU kerana mencabuli hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap pemansuhan Akta zalim ISA di Negara ini.
Perhimpunan yang telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk GMI, NGO, Pelajar IPTA dan IPTS serta beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat menjadi kecoh apabila pihak Polis dan FRU mula mengganas dengan mengarahkan kesemua penyokong bersurai dari tapak perhimpunan. Saudara Teh Hong Ping dan rakan-rakan beliau juga telah diserang sewaktu dalam perjalanan bersurai setelah mendapat arahan dari pihak polis dan FRU. Dalam serangan tersebut Saudara Teh Hong Ping telah mengalami kecederan serius pada anggota badannya iaitu di bahu dan tangan kanannya dipercayai terkena serpihan balang gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak FRU ke atas orang awam. Menurut beliau lagi ramai dikalangan orang awam juga tercedera sewaktu menyelamatkan diri dari tembakan tersebut dan beliau yang bersyukur kerana serpihan balang gas tersebut tidak mengenai anggota sensetif lain terutamanya di bahagian leher dan kepalanya, sekali lagi mengecam pihak FRU kerana tindakan melepaskan tembakan secara rambang dan mendatar terhadap orang awam. Tindakan kejam ini sememangnya boleh membahayakan nyawa sesiapa juga yang berada di situ menurutnya lagi.
Sejurus daripada insiden yang menimpa Saudara Hong Ping disini kelmarin, beliau dan beberapa rakan serta pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah membuat pemeriksan kesihatan dan mendapat kan rawatan di Hospital Pakar An-Nur (Lampiran), Bangi seterusnya membuat laporan polis (Lampiran) di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai bantahan terhadap tindakan ganas pihak FRU sehingga menyebabkan kecederaan ke atas beliau. Orang awam dan beberapa Pemimpin tertinggi Pakatan rakyat yang dihubungi pihak media juga menyelar tindakan zalim pihak Polis mahupun FRU yang bagaikan dirasuk sewaktu menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan rakyat 1Malaysia disini kelmarin. Malah ada diantara mereka beranggapan bahawa kecederaan mahupun kematian membabitkan rakyat merupakan satu “Trade Mark” bagi mengambarkan kejayaan pihak berwajib sewaktu mejalankan tugas menjaga keamanan Negara kebelakangan ini
Menurut Dr Zaleha yang merupakan Ahli Ma jlis Pimpinan tertinggi PKR ketika dihubungi di Johor Bahru semalam, bantahan serta kutukan sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak Polis dan FRU keatas orang awam terutamanya Saudara Teh Hong Ping akan diteruskan bagi memastikan rakyat tidak akan terus dizalimi sedemikian rupa. Beliau yang merupakan bekas Calon PKR di Parlimen Gela ng Patah sewaktu Pilihanraya ke 12 yang lalu, menuntut agar pihak Polis dan FRU serta pemimpin tertinggi Negara agar menghentikan segala bentuk keganasan terhadap rakyat dan bersikap Professi onal dalam menjalankan tugas menjaga keamanan serta melindungi hak rakyat dari terus dizalimi. Beliau yang juga kesal dengan tindakan pihak Polis mahupun FRU yang seringkali memberi alasan “Saya hanya menjalankan tugas dan ini arahan pihak atasan”, menyeru agar tindakan segera diambil bagi memastikan nasib rakyat terutamanya Saudara Teh Hong Ping dan rakan-rakannya yang turut cedera sewaktu menghadiri Perhimpunan Aman Anti ISA sabtu lalu, akan lebih terbela demi memastikan Kredibiliti dan imej PDRM tidak akan terus tercemar di mata rakyat.
Taniah atas Perhimpunan Mansuhkan ISA
AMK Johor mengucap setinggi-tinggi taniah atas kejayaan Perhimpunan Mansuhkan ISA. Semoga kehadiran puluhan ribu rakyat dalam Perhimpunan dapat memberi "ILHAM" kepada Kerajaan BN untuk mansuhkan ISA.
Lebih 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.
Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.
Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Dalam sidang, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.
Seramai 589 orang telah ditahan dari sebelum perhimpunan bermula hingga selepas bersurai.
Polis telah mengambil tindakan "Balas Dendam" dan "tunjuk ajar" terhadap peserta perhimpunan aman kali ini. Selepas diumumkan bersurai, polis sekat jalan demi jalan diikuti dengan tembakan peluru pemedih mata dan air asid, dan seterusnya menahan mereka-mereka yang sedang bersurai
Apabila sebahagian peserta bersurai ke Jalan Chow Kit untuk cari makan, polis pula ikut dan sembur air asid mengakibatkan makanan dan barang niaga rosak. AMK Johor Kecam tindak-tanduk polis ini dinampakkan sebagai tidak professional.
Sememangnya alasan yang diberikan oleh BN selama ini bahawa kita perlukan ISA untuk keselamatan dalam negeri, seterusnya dengan akhbar yang dimiliki UMNO, buat cerita bahawa terdapatnya unsur Komunis yang sedang bertumbuh. Alamak, hari ni, kalaulah ditanya bekas komunis, tak siapa pun yang sanggup dikomuniskan. Tiap-tiap orang ada hartanya sendiri, ada kepentingan dalam ekonomi yang tersendiri, Komunis lagi? Kononnya orang bangsa Cina nak Komunis, disebaliknya pula kata mereka punya harta bertimbun-timbun, kan tak masuk akal? Orang yang berharta takkan suka Komunis, faham BN?
Sekali lagi, AMK Johor merakamkan solidariti kepada semua yang terlibat menjayakan Perhimpunan Besar Anti-ISA.
Salam Refomasi !!!