Jumaat, 31 Oktober 2008

RAZAK BAGINDA : NAJIB BERSEDIA UNTUK "FULL TKO"

AMK Johor seperti mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan sahabat kepada bakal PM Malaysia iaitu En. Razak Baginda.
Pada Pilihanraya Kecil Ijok Najib hampir kecundang dengan Isu Altantuya ini. Walaupun kalah ketika itu, pada Pilihanraya Umum bukan sahaja BN kalah di Ijok malah Selangor rebah dengan kelibat isu Razak Baginda. Namun TKO pertama ini memang belum berbaloi. Malah Najib bersumpah di Permatang Pauh berkaitan Altantuya ini. TKO ke-2 ini menyebabkan rebahnya Najib dan rakan-rakan di tangan Anwar Ibrahim.

Dalam Najib berkira-kira memilih suku-sakat untuk menyusun Kebinetnya menjelang 2009. Sebenarnya Najib menunggu 'Full TKO' dari sifu Pakatan Rakyat ini. Dalam 'ulat-ulat Umno' kebinggungan mencari komisyen dari tender-tender Kerajaan yang tenggelem timbul. Mereka juga kebinggungan bahawa lepasnya Razak Baginda merupakan TKO terakhir yang pasti membawa rebah kepada Barisan Nasional dibumi Malaysia.

Penulis melihat senyuman sinis Anwar Ibrahim semasa sidang akbar tadi. Mungkin dihatinya berkata, Razak Baginda adalah 'lauk besar' bagi Parti Keadilan Rakyat. Tepuk dada, tanya minda...

Mahkamah bebaskan Razak Baginda

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantayua Shaariibuu.

Tahniah kepada pendakwaraya berkerja untuk Umno sejak dulu, kini ddan selamanya. Kepada En Razak baginda kami harapkan lepas keluar terus pergi Sholat Jumaat.

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI

AMK Johor mendoakan kehadrat Ilahi agar semua bakal Jemaah Haji/Hajjah khususnya dari Negeri Johor agar mendapat Haji yang mabrur, dimudahkan keberangkatan dan selamat kembali ke tanah air .
Jika terdapat dikalangan Ahli dan pendokong PKR amnya di Johor yang telah mendaftar untuk berangkat ke Mekah, sila hubungi AMK Johor. Kami bersedia meraikan mereka.

Salam kasih sayang Muslim

Bendahari AMK Johor
amkjohor@yahoo.com

Khamis, 30 Oktober 2008

Din Beramboi : Wawancara Dengan DSAI

Di sautu hari aku terjumpa Dato Seri Anwar lepas kutip bola golf kat Subang...

Din Beramboi (DB) : Aikk macam ku kenai... ermmm dimana penah jumpa yer...
Dato Seri Anwar (DSAI) : Istambul kot... ( sambil senyum... )
DB : betoi..betoi... baru aku ingat... jom ngeteh bro.. aku Din, hang sapa... ?
DSAI : Duit tak bawak la... saya Anwar. Panggil saya abang jer la..
DB : Ohhh loyar buruk nooo... uban dah banyak bole panggil atuk la.. mai aku belanja cedoi
DSAI : Suka hati hang la din, panggil saya atuk pun best gak..
DB : Aku nak tanya abg laa... dalam byk2 sukan apa paling abg suka...
DSAI : ermmm lastik cicak .. tu la favorite abg.... bole declare sukan kaaa..
DB : Mulai hari aku istiharkan Lastik Cicak sukan baru kat Malaysia....hahahahaha...
DSAI : Aikkk hang PM kaaa...
DB : Pak Lah tadak kuasa, Najib besak kepala... Muhyiddin mesti tikam kawan... Mahathir PM bayangan...
DSAI : Abis hang ni sapa....
DB : kah.. kah... kah.... aku lah pembodek terhandal di malaya

SEKETERIAT ZON AMK JOHOR

Mesyuarat AMK Johor pada 26hb Oktober telah memutuskan Seketeriat Zon bagi menyusun dan melancarkan tumbangnya BN pada Pilihanraya akan datang. Ia seperti berikut :-

Zone 1
Pagoh, Bakri Muar, Pt. Sulong, Ledang, Segamat , Labis dan Sekijang
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Ledang

Zone 2
Sri Gading, Simpang Ranggam , Batu Pahat, Air Hitam dan Kluang
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Sri Gading

Zone 3
Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau dan Kulai
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Kulai

Zone 4
Gelang Patah, Pontian, Pulai dan Tanjung Piai
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Gelang Patah

Zone 5
Tenggara, Kota Tinggi , Semberong dan Penggerang
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Pengerang

Harap maklum,

Setiausaha AMK Johor

Rabu, 29 Oktober 2008

KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA


Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.
Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan dibatalkan. Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.

Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Dalam suasana tegang dan sedih itu, beberapa AJK AMK Johor hanya dapat menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.
Penduduk 'dalam terpaksa' membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sialah semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAHAGIAN AMK 2008

Makluman kepada Semua Ketua/Setiausaha AMK Bahagian :

Diharap dapat e melkan kepada saya Laporan Mesyuarat Agung Tahunan AMK 2008 seberapa segera pada hari ini (29/10/2008). Tindakan segera dari semua Ketua/Setiausaha AMK Bahagian masing-masing amatlah saya harapkan. Laporan tersebut bolehlah di e mel kepada saya di : setiausaha.amkjohor@yahoo.com.

Harap maklum.

Setiausaha
Angkatan Muda Negeri Johor

Selasa, 28 Oktober 2008

BSKL : 5 MINIT JATUH 52 MATA !!!!!

Awas rakyat Malaysia. Dimana kekuatan Indek untuk bertahan pada mata 800 mata. jika terdahulu AMK Johor menyatakan 750 akan belaku pada pertengahan Dis. 2008. Malah ia mungkin akan beraku esok. Ini menunjukkan Kerajaan Malaysia sudah tiada upaya memulihkan ekonomi malaysia.
Rekod sesi pagi menunjukkan BSKL bertahan pada 801 mata. Dimana kewajaran Amirsham dan Mohamed Nor Yakcob yang dikatakan sangat pakar dalam mmulihkan ekonomi Malaysia. Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan lagi tidak boleh diharap. Harapkan pagar, Pagar makan padi...

Terima Kasih Kepada Ketua Perhubungan Johor

AMK Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama KP Johor Dr Ahmad Faidhi ( Dr. N ) , AMK & Bahagian Simpang Ranggam yang berhemaspulas menjayakan Hari Terbuka Eidul Fitri AMK Johor pada 26 Oktober 2008 . Segala sumbangan berbentuk kewangan, tenaga dan gerak kerja amat kami terhutang budi.
AMK Johor amat terharu dengan perhatian menyeluruh dari KP Johor pada setiap aktiviti-aktiviti AMK Johor. Walaupun kami telah mendapat 'Angpow' bagi tugasan kami di Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lepas. Beliau mengumumkan pemberian 'Angpow' sekali lagi.
Demi perhubungan dan kesatuan lebih mantap Perhubungan dan AMK Johor beliau akan lebih memberi perhatian penuh kepada kami.
KP Johor juga bangga melihat kesatuan AMK Johor yang kian mantap dan mengumumkan berita ke-2 iaitu Pejabat AMK Johor serta segala bil air dan elektrik ditanggung peribadi oleh beliau.

Terima kasih

YB Amiruddin Shaari
Ketua AMK Johor

Isnin, 27 Oktober 2008

'EDGING BSKL' Dan Faktor Perubahan Kerajaan

AMK Johor sangat bersetuju kenduran waktu yang Dato' Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) mengambilalih pucuk pimpinan Negara. Kami pasti faktor kesilapan yang jelas yang dilakukan oleh BN menyebabkan rakyat dan negara kerugian yang amat besar.
Isu 19 September langsung tidak mengusarkan kami, malah AMK Johor bersetuju dengan beliau melewatkan tarikh itu.
Dalam pasaran saham yang menjunam mendadak dan ekonomi Malaysia kearah kehancuran, kami pasti beliau berhati-hati menyusun langkah seterusnya. kami juga tidak bersetuju jika belaiu menjadi PM Malaysia sekarang. Risikonya terlalu tinggi dengan pelabur 'membiarkan edging down pada pasaran saham dan membekukan asset tunai kepada pelaburan jangka panjang ( Bond & Simpanan Tetap )
Kami menganggarkan DSAI melancarkan 'serangan sebenar' pada suku akhir kedua tahun hadapan. Pasaran modal menampakkan pelabur berhati-hati dengan kondisi pada ekonomi & politik Malaysia yang terlalu panik.
Bagi AMK Johor lagi lambat lagi baik kerana 'keadaan semakin selesa' bagi beliau membangkitkan segala kemahirannya. Tidak mustahil sebelum April 2009 Indek BSKL keparas 500 mata.

Ahad, 26 Oktober 2008

Pastikan Najib tidak jadi Perdana Menteri Malaysia

AMK Johor menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan pimpinan Pakatan Rakyat bertindak segera dalam memastikan Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saranan ini juga selaras dengan peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat yang diusahakan oleh Ketua Umum PKR dan Pemimpin Agung Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pimpinan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, AMK Johor ingin menyeru dan merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat merealisasikan hasrat ini dengan memastikan Kerajaan BN tumbang sebelum Mac 2008, iaitu tarikh yang diwar-warkan sebagai peralihan kuasa daripada Abdullah Badawi kepada Najib Razak.

Najib, diketahui umum dengan moral yang begitu rendah, terlibat dalam pelbagai penyelewangan wang rakyat seperti skandal komisen kapal selam dan jet pejuang dan dikaitkan juga dengan kes pembunuhan wanita Mongolia (walaupun dinafikan dengan sumpah di Permatang Pauh sahaja!). Dengan skandal-skandal memalukan ini, rakyat Malaysia pasti akan dipandang hina dimata negara lain kerana berPM kan manusia seperti Najib.

Atas kesedaran ini, AMK Johor sekali lagi merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar menyegerakan peralihan kuasa daripada kerajaan BN kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat.

AMK Johor akan menggerakkan jentera menuju sasaran dan objektif ini dalam bersama-sama Menuju Malaysia Baru!!

Reformasi! Reformasi! Reformasi!

DEEPAVALI VAL VALTHUKHAL

AMK Johor ingin merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua remaja dan rakyat Johor yang berugama Hindu.

Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang bakal diraikan pada hari Isnin ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.

Deepavali Nal Valthukhal

Sabtu, 25 Oktober 2008

Din Beramboi : Dulu, Kini Dan Selamanya....

AMK Johor (AJ ) : Selamat pagi din...
Din Beramboi ( DB ) : Walaikumsalam....
AJ : Assalamualaikum din...
DB ; Kamu ni ingat aku ni org apa...
AJ : janganla marah.. Din, awat happy aje ari nih...
DB : Apa nak tension, aku nih cam ezam... happy aje..
AJ : Kau ni din cam Shah Rukh Khan glamour betoi... awat tak dpt Dato'
DB : Aku ni org melayu... dulu sampai skrg tak bodek, tak jolok mana nak dpt Dato'
AJ : Fitnah tu din... Abis cina, india ,mat salleh tu dpt Dato' apa citer....
DB : Kapal di laut, gudang didarat... jutawan hartawan... dermawan...
AJ : abis tu din tak puas hatila nih...
DB : Kalau aku kena ISA lagi kat Hospital Permai tak sapa nak interview aku. baik aku diam...
AJ : Apa nasihat din pada mereka yang akan, sedang dan telah mesyuarat bahagian...
DB : Gadoo tu biasa. PKR dan UMNO... biasalaa. UMNO mesti tikam kawan, PKR mesti letak jawatan tak puas hati...
AJ : Sindir tu.....
DB : Kepala dalam ada batu maaa... dulu, kini dan selamanya...kah kah kah kah kah....

Jumaat, 24 Oktober 2008

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas

Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PR) yang dianggotai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah mengambil langkah untuk mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini untuk mengemukakan beberapa fakta di sebalik skandal pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan yang melibatkan RM2.317 billion.

kenyataan penuh ; http://angkatanmuda.org

CALON ANUGERAH FILEM TERBAIK 2008

TAJUK FILEM :

1. SYAHDU EIDUL FITRI 1429

http://www.youtube.com/watch?v=wjocao-gTdQ

2. HARI TERBUKA EIDUL FITRI FRU JOHOR 1429

http://www.youtube.com/watch?v=HVsUGbHCTDw&feature=related

* KLIK & TONTON

BSKL : APA DAH JADI EKONOMI MALAYSIA



BSKL makin huru-hara dalam 5 hari dagangan pasaran saham di niagakan BSKL telah jatuh hampir 60 mata atau 7%. AMK Johor menjangkakan jika Barisan kabinet yang akan dirombak menyaksikan kejatuhan lagi parah.
Pelabuhan-pelabuhan utama di Malaysia merekodkan kemasukkan kapal dagang menyusut secara mendadak pada tahun ini. Hotel-hotel pulak mula menunjukkan kekurangan pengunjung dengan ketara. Maklumat AMK Johor dapati selepas Hari Raya Aidil Fitri, ada tangan-tangan ajaib mengarah jabatan dan kementerian Kerajaan memberi cuti istimewa ke hotel mewah. Sedangkan sebelumnya larangan mengadakan seminar, mesyuarat dan aktiviti ke hotel.
Ada sebuah jabatan di Kuala Lumpur menyewa Hotel Swiss Garden pada bulan ini mencecah ratusan ribu hanya unuk membincangkan soalan kuiz.
Itulah sebab MP BN takut ke Parliman. Pemborosan, kecuaian dan ketirisan yang tidak dapat dijawab. Dan Abdullah Badawi terus dengan tabiat makan gaji buta.

TEMUJANJI KITA BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR

Kepada rakan-rakan sepejuangan.
AMK Johor bersama-sama penduduk Kg. Plentong Tengah dan rakan-rakan lain ingin berjumpa Menteri Besar petang ini. Di bangunan Sultan Ibrahim jam 1.45 Petang.

Khamis, 23 Oktober 2008

MAWI PERJUANGAN MU MASIH KAMI RASAI & SALAM BERBAHAGIA


AMK Johor mengucapkan tahniah diatas pengumuman mantan pejuang kita ini untuk mengakhiri zaman bujangnya pada 20hb Dis 2008 nanti. Masih teringat ketika AMK Senai yang pada ketika itu diketuai oleh Sdr. Hasnizam, beliau telah bertungkus lumus menyertai apa juga program dan gerak kerja yang PKR Bahagian Senai dan Negeri Johor anjurkan ketika itu.
Pengorbanan dan kerjasama beliau bersama AMK memanjat pokok, tiang dan tembok untuk memasang bendera dan sepanduk amat-amat kami hargai dan kami mengharap saudara mawi masih bersama kami walaupun tidak seaktif dulu. Sokongan beliau masih kami perlukan.
AMK Negeri Johor mendoakan Saudara Mawi berjaya dan tabah dalam karier yang beliau ceburi. Semoga Berbahgia dan Semoga Impian Menjadi Kenyataan.
Mawi jasa-jasamu bersama kami amat kami kenangi.


Terima kasih daun keladi.

BSKL : GAP DAN BENCANA MALAYSIA


Selepas AMK Johor membuat analisis pasaras saham 2 hari lepas. Index dengan bangganya menunjukkan gap kenaikkan. Tetapi itu kepalsuan kerana 'gap' adalah simbul panik pelabur dan ekonomi Malaysia. Ia terbukti pagi ini. 'Gap Down' mata index mata pagi ini telah mencecah 880 mata dalam 30 minit bursa dibuka.

Kelangsungan panik ini pasti mengakibatkan kejatuhan matawang Ringgit. Semalam Menteri Kewangan dengan bangga menjawab soalan-soalan di Parlimen. Beliau tidak menunjukan sedikit pun kebimbangan dan seperti biasa MP Batu Pahat dan Sri Gading melalak seperti Hero Tamil. Walaupun di Dearah batu Pahat terdapat syarikat Bumipura telah muflis beliau berdua dengan bangga menyatakan ekonomi Malaysia sangat stabil.

AMK Johor beranggapan bekas Ahli PAS ini kembali ke pangkal jalan. Yang benar dan nyata adalah Najib Tun Razak penjahanam ekonomi Malaysia. Apa perlunya bersama-sam BN lagi

HARI TERBUKA SAMBUTAN DEPAVALI

AMK Johor dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Sambutan Perayaan Depavali Peringkat AMK Johor. maklumat seperti berikut :-

Urusetia : En P. Magendren a/l Parumal
Telefon : 016 7767710
Tarihk : 08 November 2008

SEMARAK KG. PLENTONG TENGAH

DEMONSTRASI BANTAHAN BERKENAAN ISU PEROBOHAN RUMAH PENDUDUK DI KG. BARU PLENTONG TENGAH AKAN DI ADAKAN DI BUKIT TIMBALAN
PADA 24 OKTOBER 2008
JAM 2.00 PETANG ( SELEPAS SOLAT JUMAAT )
HADIR DAN BERI SOKONGAN ANDA UNTUK MEMBELA NASIB PENDUDUK DI KAMPUNG TERSEBUT.
HUBUNGI : 019 771 4055

Rabu, 22 Oktober 2008

KG. PLENTONG TENGAH : AMK JOHOR BERSAMAMU II

Kami mengucapkan terima kasih kepada PKR Pusat yang mengambil berat masalah yang dihadapai penduduk kampung tersebut. AMK Johor amat terharu atas MP kita yang bertungkus lumus memperjuangkan nasib mereka pada sidang dewan hari ini dan sebelumnya.
Kami berharap nasib mereka terbela. Dalam kami berhadapan dengan pihak melampaui kuasa , kami berharap janganlah ada pihak menangguk di air keruh. Kacau bilau AMK dibuatnya.
Wanita Johor susun jentera mereka, Perhubungan Negeri berganding bahu. AMK dengan lumrahnya menjadi benteng dengan semangat perjuangan. Sejak Program Sumpah Keramat, Black-14 dan lain-lain. AMK acapkali dipersalahkan. Yang salah AMK, yang degil AMK yang penat juga AMK.
AMK melahirkan rasa dukacita setiap kali program dijalankan ada sahaja individu yang menarik diri dalam parti, ada sahaja invidu meletakkan jawatan. Kami rasa sudah sampai waktunya. Perhubungan, Wanita dan Bahagian, mereka mengerakkan jentera mereka sendiri.
Jika ada yang berpendapat publisiti itu sangat penting. Gerakkanlah 'diri sendiri'. Kami AMK seperti lumrahnya , AMK tiada cita-cita politik untuk menjadi wakil rakyat. Publisiti tidak penting bagi kami.

Kata orang tua-tua... sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan. Parti ibarat bini.... AMK Johor mendapat maklumat bahawa terdapat AJK AMK bahagian akan dan telah berpindah Bahagian kerana bosan kerap dkerah dan ditegur. Penulis berharap agar yang luka tidak menjadi barah.

Din Beramboi : Jalan-Jalan Cari Makan

Hello semua... semalam pakcik jalan-jalan cari makan teringin nak beli burger. Tetiba pakcik terjumpa duit RM1.00. Alamak sukanya aku. Dalam hati aku terpikir kalau hari-hari cam ni mesti aku kaya. Satu tahun 365 hari kali 4 tahun dah 1460 hari. Ehhh kaya pakcik macam nih... esok pakcik mesti cari lagi. Mesti jumpa punya la... pakcik ingat la mereka yang gelojoh nak jadi YB tu buat la idea bodo pakcik ni. Satu hari cari satu idea macam mana nak jadi YB, setahun tak yah macam ribut nak cari idea bila ceramah depan pengundi. Kalau hari-hari nak salahkan orang lain.... Sampai ke tua la tak jadi YB.. sikit-sikit Perhubungan salah, AMK salah, Wanita salah, AJK salah, Setiausaha salah.. kira semua orang salah..... macam bagus aje. Jadi YB mat jenin la macam tu... Masalahnya pakcik tengok bekas calon-calon parti Anwar ni cakap jer lebih, pasang satu bendera pun tak nak... mengarah no.1.
Pada bekas calon parti Anwar yang kalah tu.. kalau nak marah pakcik..silakan !!!!. Pakcik baling ngan tin susu.. hahahahahaha....

YB Din Beramboi

SYAWAL BERSAMA AMK JOHOR

Salam Eidul Fitri kepada semua. AMK Johor dengan ini memaklumkan bahawa semua dipelawa untuk ke majlis Sambutan Eidul Fitri Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor. Maklumat seperti berikut :-

Tempat : Pejabat AMK Negeri Johor di Simpang Renggam , Johor
Tarikh : 26hb Oktober 2006 ( Ahad )
Aturcara :
1. 3.00 pm - 5.00 pm - Jamuan Sambutan Syawal
2. 6.00 pm - 6.45 pm - Mesyuarat AMK Johor
3. 7.15 pm - 8.30 pm - Perjumpaan tertutup semua ahli & AMK Johor
4. 9.00 pm -11.00 pm - Ceramah Umum


Diminta semua Ketua AMK Bahagian dan AJKnya untuk datang lebih awal bagi membantu kerja-kerja persiapan bagi tujuan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan saudara/saudari boleh hubungi kami di email amkjohor@yahoo.com atau hubungi Sdr. Mohd. Nazri

Selasa, 21 Oktober 2008

Sekadar Pencetus Semangat

Terikat dua tangan bagai nasib tawanan
Terkunci mata mulut peluh tumpah dibadan
Kau paksa ku tunduk berlutut sebelum kau menghukum
Kau mungkin tak percaya aku ada pendinding
Seribu satu doa hulubalang yang kadim

Jangan...jangan teruskannya selagi hatimu tak cukup zalim
Jangan...jangan kotakannya selagi hukuman tidak setanding

Dengan serapah semangat tujuh milikku
Akan ku tukarkan dunia menjadi syurga si gelendangan
Tiada tangisan angkara dusta tiada diri berbeza
Diam saja bersyukurlah

Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan
Di dalam gelap engkau masih mampu melihat benar
Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal
Oh warnanya...

POLIGAMI DAN BERPOLITIK ALA ANWAR IBRAHIM

Sekilas pandang rakyat jelata memandang remeh permasalah politik tanahair amnya di Johor . Iktibar yang diambil mengikut jalan mudah. Yang kecewa dibiarkan dan yang bercita-cita menjadi Yang Berhormat ( Y.B ) perlu berhempas pulas.
Di Johor ini, ada ahli-ahli PKR yang mentalitinya masih di dalam tempurung. Bagi mereka memasang bendera, kain rentang dan berhimpun sambil memekik REFORMASI!!! REFORMASI!!! atau HIDUP RAKYAT itu adalah politik. Duduk dalam organisasi sambil membebel mengutuk pihak lain itu adalah politik. Sedangkan mereka tidak sedar yang berpolitik ini adalah untuk menang. YA.... MENANG DAN MEMBELA NASIB RAKYAT TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA. Pada zaman era 50-70'an etika ini digunakan dengan meluas. Bagi mereka YB perlu baiki jalan, parit dan Masjid sahaja. Era sekarang Y.B mempunyai skop perlaksanaan yang cukup luas termasuk pembangunan sasiah dan membangkit emosi ekonomi segenap lapisan masyarakat.
Maka calon celupan untuk meneguk dilubuk udang seringkali tewas dalam pilihanraya. Jika menang sekalipun hanya sepenggal. Faktor inilah membuatkan parti politik seperti PKR tertimbus dalam perjuangan politik. Orang-orang Anwar hanya bersandiwara dalam politik mereka. Dengan kehadiran 10,000-30,000 para calon Y.B ini memainkan peranan yang sangat hebat setahun sebelum Pilihanraya Umum berlangsung. Akibatnya yang menang jatuh tersungkur yang menang mendabik dada.
Dalam Anwar Ibrahim keletihan melihat telatah pencacai politik ini menempil-nempil. Kesedaran berpolitik mereka sukar dibendung. Analisis mereka mudah, Anwar datang PKR menang. Anwar pergi PKR kalah. Ada kebimbangan berlaku dikalangan mereka. Malah Pakatan Rakyat juga binggung, bila ianya akan berakhir. Ia disebabkan politik mereka tiada wawasan, keberanian dan perjuangan jelas. Penulis akur jika dicemuh. Tetapi inilah yang sebenarnya berlaku. Kematangan berpolitik tanpa wawasan menyebabkan Pakatan Pakyat itu sendiri bertulang belakangkan seorang manusia. Dalam usia beliau mencecah 61 tahun, yang muda remaja terlalu berharap dan yang matang pura-pura dewasa. 16 September tidak menjadi masing-masing binggung. Termasuk yang mengaku hero.

Pernahkah mereka terpikir bila USNO bertukar UMNO, seingat saya 3-4 kali tarikh dipinda sehingga Dr Mahatir ketika itu juga binggung. Bila telah berjaya USNO ditanam hidup-hidup dan Anwar Ibrahim dihumbankan. Pakatan Rakyat baru setahun jagung namun BERANI menongkah arus. Dicaci maki, dihina bahkan menjadi bahan gelak ketika Pakatan Rakyat bercita-cita menakluki Putrajaya. Namun hanya mereka yang tahu dan mahu menilai dan menghargai erti perjuangan sebenar sepatutnya mengambil ROH perjuangan dari mereka2 yang terus berjuang dalam Pakatan Rakyat untuk merealisasikan impian rakyat.

Siapakah yang berfikir kearah itu sedangkan Dr. Matahtir sendiri bimbang peristiwa USNO menjadi keyantaan sekali lagi.

Ayuh Teman-Teman.... Bangkitlah dari tidurmu. Perjuangan kita hampir terpesong. Bercakap sahaja tidak cukup. Berniat sahaja tidak memadai. Gerak kerja mesti dimulakan. Palulah gendang Perjuangan agar mereka2 yang tidur terus terbangun untuk sama-sama berjuang.

RENUNGAN 1 : PRU 12 - P162 Gelang Patah

P162 GELANG PATAH
1. Tan Ah Eng (BN)-33,630 undi
2. Dr. Zaleha Mustafa (PKR)- 24,779 undi

N.48 - SKUDAI
1. DAP - 23,127
2.BN - 10,270
N.49 - NUSA JAYA
1. BN - 16,643
2. PAS - 9,259
Nota :-
1. Sepatutnya 23,127 + 9,259 = Menang 32,386 undi
2. Sepatutnya 58,409 - 32,386 = 26,023 undi diperolehi BN
3. Sepatutnya Keputusan P162 - PKR - 32,386 undi dan BN - 26,023 undi
4. Sepatutnya : PKR Menang majoriti : 6363 Undi
Rumusan :
1. AMK Gelang Patah perlu eratkan kerjasama dengan DPPJ PAS & DAP
2. Senyum dan kerap bertanya khabar mereka.
3. Makan sama-sama, minum sama-sama. dan ceramah sama-sama.
4. Mesyuarat sama-sama, SMS sesama dan pasang bendera sama-sama.
Cadangan :
1. Calon mempunyai penasihat yang benar-benar berpengalaman.
2. AMK bahagian fokus dan utamakan kerjasama antara Pakatan.

YB. Prihatin

Din Beramboi : Interview Bersama PM

Pakcik dengan megahnya telah dijemput oleh Perdana Menteri untuk sidang corat-coret ruangan pakcik. Pada AMK Johor jangan ler jeles noo... Pakcik mesti kasi tau kamu semua sembang perdana nih....

Din : Assalamualaikun Pak Lah....
PM : Walaikumsalam dinnn.. ( sambil memkai cincin zamrud pak arab kasi dulu )
Din : Kabonya nak letak jawatan, napa awai sangat ?
PM : ermmm.. entah ler din... sejak ada bini baru nih letih aje. Takde mood nak keje. ( sambil membelek-belek butang baju...
Din : Semalam MP kata rumah Plentong tengah tu banyak yg disewakan bukannya pemilik yang duduk...
PM : MP aku ni din memang bodo2.. belaka. Kapal terbang aku pun sewa gak. Satu Malaysia premis perumahan 30-50% penghuninya penyewa.. Org Malaysia mana ada harta dinnn...
Din : Awat PM marah sangat ni ?
PM : Tu la hang... kalau jadi ketua cawangan dapatlah duit raya. calon yang tadak keje tadak busniss pun belanja juta-juta nak menang. Angpaw raya katanya....
Din : aikk PM.... rasuah kaaa...
PM : Hang ni lembab la din... masuk sampul tak rasuah. Angpaw raya. Pas ni nanti angpaw depavali... bulan satu nanti angpaw raya cina...
Din : betoi..betoi.... pandai la PM ni. Rugi depa dok pakat kasi PM jatuh noo....
PM : hang ni din tau tak.. pas ni aku jadi Penasihat Petronas sama Proton aku saja suruh depa pakat kasi jatuh aku. Sebenonya kami pakat nak bungkus Mahathir, dok dapat eluan buta aja...
Din : Fuyoooo..... terrernya Pak Lah nih. Sejak dapat bini baru pandai betoi...
PM : Hang ingat pesan aku nih din... Mac nanti hang bawak toyol byk2.. kat PTWC nanti ada banyak duit...
Din : Kalo aku bawak peminta sedakah 3-4 ketapi bole ka Pak Lah... ?
PM : ermmm ( sambil gigit pensil ) aku ingat hang pakat jual kemenyan la. Laa nih banyak org2 aku dok turun naik indo sama siam.. bomoh depa senang nak perasap...
Din : ( sambil bersiul )... tema kasih Pak Lah ada masa sembang lagi...

PROGRAM QURBAN EIDUL ADHA

Sukacita dimaklumkan bahawa AMK Johor akan bersama-sama umat Islam diseluruh dunia bagi menyempurnakan ibadat Qurban pada 08 Disember 2008. AMK Johor mengalu-alukan penyertaan dari ahli dan AJK AMK Johor bagi tujuan itu. Maklumat dan pendaftar sila hubungi urusetia Majils tersebut.

Sahat Mohd Saleh
Bendahari AMK Johor
amkjohor@yahoo.com

Isnin, 20 Oktober 2008

JOHOR : YANG PARAH KIAN TERGADAI


Dalam masa 50 minit sahaja Index BSKL merundum 16 mata. Mungkin ia 'selling panic', atau kenyataan sebenar. Penganilisis semalam rata-rata berkata faktor pemilihan MCA memberi impak yang besar pada politik Malaysia akan datang. Kemenangan pemimpin 'kotor' dari Johor itu menunjukkan masadepan Malaysia undur kebelakang. Mereka berkata jika di Jepun , USA atau Britian, pemimpin menghadapi skandal sex apabila telah turun akan terus ke dapur membantu isteri memasak.
Hairiki politik Malaysia sememangnya sudah menjadi lumrah. Yang dibuang dan bersalah dijulang yang benar pula dibiarkan lupus. Maka tidak hairanlah jika hari ini Index BSKL akan merundum ke parah 860 mata. Apa yang dibimbangkan jika ekonomi Malaysia tidak dibaikpulih dengan segera Ringgit Malaysia akan menceceh RM 3.80 berbanding US$1.00 dalam masa terdekat.
Malam tadi ada seorang veteran UMNO yang pernah menjawat Speaker DUN Johor berkata, Habislah Malaysia dijual kalau Muhyidin menang naib Presiden UMNO. Penulis enggan komen cakap-cakap itu kerana blog ini kian panas sejak kebelakangan ini. Namun AMK Johor mengucapkan syabas kepada JCORP kerana telah membayar berbilion-bilion ringgit kepada pemegang saham Dana Johor dan ASJ ( pembayaran semula ) atas kesilapan 'seseorang' yang mencatur ekonomi Johor. Katanya wang tersebut datangnya dari penjualan merugikan terhadap beberapa asset dan bangunan milik JCORP. Siapa peduli pekara ini ????

Sabtu, 18 Oktober 2008

BSKL DAN EKONOMI MALAYSIA : ANALISIS AMK JOHOR


Apabila Index BSKL telah membocor mata 1,000 para usahawan telah menyatakan kebimbangan bahawa pasaran saham yang menunjukkan ekonomi Malaysia pasti mengalami keperitan yang parah. Hari ini Index rebah ke 903.6 mata. Para penganalisi menyatakan paras 750 mata boleh berlaku dalam masa 30 hari berikutnya .
Ia disebabkan pendedahan Mantan Menteri Kewangan Malaysia di sidang Parlimen bahawa angka-angka melibatkan kewangan dan ekonomi oleh Perdana Menteri sepanjangan 2008 adalah muslihat dan tidak berasas dan tidak cepat mentadbir ekonomi. Pelabur tidak mempercayai pentadbiran Malaysia sekarang.
Amnya mata Index BSKL menunjukkan apa yang akan berlaku 6 bulan dari sekarang. Ia bermaksud ekonomi Malaysia yang akan berlaku dari Disember 2008 hingga June 2009 adalah kearah 'kemuflisan' Malaysia. Malah Menteri Kewangan takut membahaskan 'Bajet 2009' di Parlimen. Kalangan ekonomis BN ketawa bila mendapat maklumat di USA dan Britian syarikat gergasi di' bill-out' oleh pemerintah. Mereka pula akan menanggis selepas ini bila 'komisyen' mereka sudah tiada.

Dengan nada selamba seorang teman AMK Johor berkata, " Anwar tak perlu rebahkan BN tergesa-gesa untuk jadi cara Perdana Menteri kerana Menteri kewangan dan Gabenor Bank Negara dah takde cek untuk disain.... depa akan serah jawatan itu dengan berkata kononnya Anwar membeli MP... "

Kepada rakyat johor amnya pendokong PKR dan PR, kami menyeru agar kita menumpukan usaha-niaga hiliran sementara Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat restu Yang Di-Pertuan Agong untuk untuk menjadi PM bagi menjanakan ekonomi Malaysa ke arah kegemilangan.

Nota Khas Bendahari AMK Johor

Kg.Plantong Tengah : Aktivis Suaram ditahan bawah ISA

Akta Penahanan Kominis bagi Pembela Rakyat...

Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini. Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di Balai Polis Seri Alam.
Pada 16 Okt. 2008 jam 3.00 pm ketika kami melawat beliau ketika ditahan, dengan tenang air mukanya, baju terkoyak dan badan berlebam dia termenung. Kami tidak menyangka kaum penzalim ini akan menahan beliau dibawah Akta ISA. Ketika kami bertanya keadaannya, beliau dengan seyum menjawab ' ....ok, no problem....' jawab pejuang sejati ini

AMK Johor dengan ini merayu, memohon kerjasama, berusaha serta bertindak untuk membantu Cheng Lee Whee dibebaskan dengan segera tanpa syarat.

* Nota : Kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Kota Tinggi . Hari ini kamu sibuk merebut Jawatan dan menzalimi pemegang Mykad Malaysia. 'Ingatlah sautu hari nanti kamu ketika kamu didalam kesusahan . Masa itu belum tentu tuhan mendengar doa dan tanggisan kamu.'

Jumaat, 17 Oktober 2008

INILAH UMNO JOHOR : LAWAK 9 AJK UMNO Gelang Patah

17HB OKT 2008 - Sembilan orang AJK Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam untuk meletak jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula. Jurucakap anggota jawatankuasa terbabit, Faisal Supada berkata, cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan dalam mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti."Aduan rasmi telah pun dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin Badan Perhubungan Umno Johor dan kami meminta supaya mereka mengarahkan supaya mesyuarat perwakilan itu diadakan semula." BLA.. BLA... BLA... BLAAA.... BLA .... http://www.malaysiakini.com/news/91444

Mereka juga menyatakan akan menyertai ' RAJA LAWAK MUSIM 3'

NOTIS : MESYUARAT EXCO AMK PKR JOHOR

Salam hormat, dimaklukan semua AJK, EXCO & Ketua Biro AMK PKR Johor akan mengadakan mesyuarat seperti berikut :-

1. Tempat : Pejabat AMK Negeri Johor di Simpang Ranggam
2. Masa : 10.00 pagi
3. Tarikh : 26hb Oktober 2008
4. Hari : Ahad
5. Agenda : Akan dimaklumkan

Mohamad Nazri Ismail
Setiausaha AMK Johor

IMF : RAZALI IBRAHIM PENIPU KATA ANWAR AGEN YAHUDI

Kepada pengundi Bahagian Muar. sila lawatai website ini :

http://www.tvpas.com/material.php?id=6530&cat=berita

Kami berharap Ahli Parlimen Muar ini berhenti menipu orang-orang Malaysia

RM 100 JUTA & KG.PLENTONG TENGAH (KPT)

1. 291 orang (KPT) telah dikemukakan Saman sebanyak RM100 Juta atau RM 343,642.10 setiap orang bagi mengantikan kerugian "Bukit Lenang" ( Pemaju )
2. Beliau menyatakan lagi, tahun hadan mereka semua akan Bankrupsi.
3. Dengan senyum di mengatakn perobohan adalah gimik.
4. Belaiu mengakui jika dibuat perumah untung bersih selepas cukai dan lain tidak melebihi RM 8 Juta.
5. Walaupun 29hb Oktober 2008 rumah dirobohkan, Pemaju tetap meneruskan saman RM100 Juta.
6. Beliau menyatakan Bukit Lenang tiada duit untuk membayar kos Guaman dan Mahkamah. Bukit lenang mesti ambil duit orang Kampung.
7. Beliau dengan bangga menyatakan dengan bangga " Tunggu mereka akan rasa bagaimana jadi muflis nanti... " dalam bahasa mat saleh

Harap Maklum

Sahat Mohd Saleh

Khamis, 16 Oktober 2008

PLENTONG TENGAH DAN PENIPUAN MENTERI BESAR JOHOR

Menteri Besar Johor sebelum ini berjanji membantu penduduk Kg. Plentong Tengah, rupa-rupanya penipuan belaka. Yang berlaku pada hari ini ialah :.

1. Helicopter berlegar-legar membuang duit rakyat.
2. Lebih kurang 200 anggota Polis dikerahkan
3. Lebih kurang 100 FRU dikerahkan.
4. Juruteknik TNB, SAJ dan Telekom dikerahkan
5. Lori penarik kenderaan dikerahkan.
6. Bena " UMNO menaja Jabatan Kerajaan memberi pemindahan percuma " dibentangkan.
7. Polis Trafik membuat 5-10 sekatan jalanraya dikerahkan.
8. Pemuda UMNO berlegar-legar memberi kuih raya kepada Polis yang bertugas
9. Pemuda Felda Taib Andak ditipu. Mereka diminta membantu mangsa banjir dgn upah RM60.00. tetapi mereka diarah merobohkan rumah penduduk.
10. Anak kecil, makcik dan pakcik dipijak oleh FRU.

Wahai Ghani Othman, hari ini kamu sambut Aidil Fitri dan bersuka ria dengan duit rakyat. Tunggulah nasib kamu bila nyawa kamu diambil Allah kelak

KG. PLENTONG TENGAH : AMK JOHOR BERSAMAMU

Dengan kemeriahan Syawal AMK Johor di ketuai Sdr. Zabide Abas dan Sdr. Mohd. Nazri Ismail dengan semangat kental serta rakan-rakan AMK dari pelosok Johor tidur dirumah usang bagi menemankan penduduk Kg. Plentong Tengah bagi memastikan rumah mereka tidak dirobohkan.

Laporan dari Kg. Plentong Tengah.
15 Oktober 2008.
* 10.00 pagi - Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya
* 5.00 Petang - Ketibaan 20 AMK Johor Bahru
* 5.20 Petang - Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai
* 5.30 Petang - Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang - Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara, Simpang Ranggam.
* 6.30 Petang - Wakil penduduk diwakili Wak Pian mulai gusar kerana penduduk ada yang dihalang untuk pulang kerumah.
* 7.30 Malam - AMK dari berapa bahagian mulai tiba lagi
* 8.30 Malam - Setiausaha Johor Sdr. Nazri tidak dibenarkan masuk dan terpaksa diseludup oleh penduduk Kampung
* 8.45 Malam - Penduduk Kg. menjamu AMK Johor yang ingin tidur bersama-sama mereka.
* 10.00 Mlm - Wakil penduduk menyerahkan rumah usang untuk kami bermalam di bersebelahan surau.

16 Oktober 2008
* 5.30 Pagi - Sholat Subuh berjemaah bersama penduduk
* 6.30 pagi - Penduduk Kg. menyediakan sarapan.
* 7.00 Pagi - ketibaan beberapa lagi AMK Johor.
* 7.45 Pagi - Ketibaan 4 Kontigen FRU dengan anggota lebih kurang 200 Anggota
* 8.00 pagi - Anggota Polis menambah lagi Anggota
* 8.10 Pagi - Lebih kurang 300 orang temasuk dari PKR, PAS, DAP, PRM dan NGO dapat memasuki Kampung
* 8.20 pagi - Sdr. Mohd Nazri terpaksa menenangkan penduduk Kg. yang semakin panik. Polis menabah lagi anggota
* 8.30 pagi - FRU mula mengepung kami. Penduduk semakin panik.
* 9.30 Pagi - Rayuan kami telah diterima agar penagguhan merobohkan premis.
* 10.30 Pagi - Pemaju memberitahukan kami tarikh berikutnya 29hb Oktober 2008.
* 10.31 Pagi - 1. Kira-kira 10 rumah kosong telah dirobohkan
2. 100 orang penduduk dan NGO telah di pukul oleh FRU dan Polis
3. 24 penduduk telah ditahan oleh Polis
4. Bantahan penduduk telah meningkat kepada 4,000-5,000 orang.
5. Mangsa yang telah dipukul telah dihantr ke Klinik dan Hospital.
6. MENTERI BESAR JOHOR SEDANG MENJAMU PARA STAFF DAN AHLI UMNO SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KEDIAMANNYA.

* 11.30 Pagi - Ketibaan Sdr. Samsul Iskandar dan beberapa Exco AMK Malaysia ke Kg. Plentong Tengah
*12.00 tgh/hari - Dato' Seri Anwar Ibrahim menghubungi AMK berjanji untuk berunding dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan isu perobohan di Kg. Plentong Tengah.
* 12.30 tgh/hari - FRU & polis makan tengahari yg telah disediakan oleh pihak pemaju.
- Helicopter PDRM masih berlegar-legar
* 1.30 pm - Setakat ini 28 orang telah di tahan termasuk 2 wanita.
* 1.50 pm - Pihak FRU & pemaju meneruskan meroboh rumah penduduk walaupun ketika ini hujan.
* 2.30 pm - Pemaju dan FRU menghentikan kerja-kerja meroboh premis kerana hujan turun semakin lebat.
* 3.30 pm - Exco AMK berada di Balai Polis Johor Jaya bagi membantu penduduk kg yg di tahan.
* 7.00 pm - Kesemua penduduk Kg dibebaskan dengan ikat jamin Polis. Mungkin mereka aan didakwa oleh D7 iaitu di bawah peruntukaan 'Jenayah Berat'.

Rabu, 15 Oktober 2008

Peningkatan kedudukan universiti lembab di bawah Barisan Nasional

Peningkatan kedudukan universiti lembab di bawah Barisan NasionalAkhbar harian hari ini melaporkan 4 daripada 5 universiti di Malaysia telah memperbaiki kedudukan mereka didalam kedudukan universiti terbaik dunia.Antaranya, dalam artikel The Star yang bertajuk, "Varsities improve on rankings" tulisan Chui Tuck Wo, dinyatakan bahawa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukan tertinggi mereka dikalangan universiti tempatan apabila berada di tangga 230 berbanding dengan ditangga ke 246 tahun lalu.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada di tangga ke 250 berbanding dengan ditangga ke 309 tahun lalu.

articel penuh : www.keadilanrakyat.org

SHAMSUL ISKANDAR
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

Isnin, 13 Oktober 2008

SEMINAR KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN 2008

AMK Johor dengan kerjasama AMK Kulai dengan sukacita akan menganjurkan SEMINAR INSENTIF kepada semua golongan di Negeri Johor ini untuk menceburi, memperbaiki dan meluaskan perniagaan kepada peserta. Ia tidak termaktup kepada Ahli dan AJK AMK sahaja. Maklumat aktiviti :-

1. Pembentangan Kertas kerja oleh Usahawan yang telah menjadi Jutawan ( nama dirahsiakan )
2. Lawatan kerja ke Pejabat Menteri Selangor dan anak syarikat kerajaan Selangor.
3. Taklimat khas cara-cara membuka syarikat, memohon lesen dengan Kementerian Kewangan.
4. Lawatan kerja ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat dan meminta pesanan Khas dari Mantan Menteri kewangan Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim perihal perniagaan global.
5. Taklimat khas dan perbincangan risiko perniagaan kearah bankrupsi dan syarikat muflis.
6. Kertas kerja pemilihan rakan kongsi dan jumlah dana perniagaan

Seminar tersebut akan diadakan di dua lokasi iaitu Johor Bahru dan Shah Alam. Penyertaan hanya terhad kepada 40 peserta sahaja. Untuk pendaftaran sila hubungi En. Zabidie Abas dan En. Mohamad Nazri atau email ke amkjohor@yahoo.com

Pemacu Gemilang Johor

Ahad, 12 Oktober 2008

SYED HAMID ALBAR : MENIKAM ORANG ISTANA

Bahagian UMNO Kota Tinggi bergolak.
Daeng Malik yang mana rumahnya hanya berapa ratus meter dari Istana Bukit Serena. Dengan penuh kehibaan apabila beliau digantung dari bertanding selama 3 tahun. Beliau diantara penaja utama 'Kembara Mahkota Johor'. Mendapat lampu hijau di Istana Bukit Serene untuk menerajui Bahagian dan Parlimen Kota Kinggi Kota Tinggi.
Ada orang Felda Kota Tinggi mengatakan ' Orang melayu Arab tikam melayu Buggis'. Sebelum Daeng malik digantung hak bertanding, beberapa orang kuat Syed Hamid Albar ke Kementerian Dalam Negeri Putrajaya membawa dokumen konon-konon Daeng Malik perasuah terhebat di Johor. Maka ada 'arahan' dokumen itu diteliti dari Kementerian dalam Negeri ke Ibu Pejabat UMNO PWTC. Dengan muslihat enggan terkubur sebagai Ketua Bahagian, ada yang berpendapat melayu Arab ini mengarahkan agar melayu Buggis ini disingkir dan dihinakan.

Dengan nada sedih Daeng Malik dengan darah pahlawan ditubuhnya merayu agar beliau diberi keampuanan agar dibenarkan bertanding. Khabarnya Tengku Mahkota Johor terkejut dan murka rakan karib Bagina dihinakan sedemikian rupa. Kami di AMK Johor turut berdukacita sepertimana Ketua cawangan, Penyokong, dan kerabat Diraja Johor yang lain rasakan. Dalam hati kami berkata... 'Sampai bila orang-orang UMNO mahu menjadi anak jantan sejati tanpa menikam bangsa sendiri......'

Nota AMK Johor kepada Daeng malik : lawan tetap lawan ..... Jangan beri peluang pengecut jadi pemimpin.

Sabtu, 11 Oktober 2008

KHALID NORDIN : PEJUANG HIPOKIT

Siapa peduli ???
Semalam petang kami terharu apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menalipon Setiausaha AMK Johor. Beliau menyatakan kebimbangan kerakusan pihak berkuasa sekarang untuk merobohkan semua rumah , bangunan dan Surau di Kg. Plentong Tengah, Plentong Johor.
DSAI minta seluruh jentera AMK Johor membantu penduduk disitu sehingga ke peluh dan usaha terakhir. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu kampung yang telah dibayar sebahagian hakmilik tanah itu.

Terdahulu Ketua dan Naib Ketua AMK Malaysia telah datang ke Kg. Plentong Tengah pada pertengahan Ramadhan yang lepas. Sokongan moral, sumbangan,kata-kata semangat dan nasihat telah beliau sampaikan pada masjis berbuka puasa.

Malangnya ahli parlimen Tebrau iaitu En. Khalid Nordin hanya sibuk merebut jawapatan Ketua Bahagian & MT UMNO tanpa memperdulikan para penyokong dan pengundinya. Pemimpin yang berjiwa konon-kononnya mulia ini sebenarnya salah seorang yang Hipokrit. Diberitahu pondok Polis akan ditempatkan disitu bagi menyekat dan menangkap 'sesiapa yang dianggap onak'. Penduduk disitu dimaklumkan secara lisan bahawa roboh tetap roboh, hanya menanti hari yang sesuai.
Surat rayuan penduduk yang diajukan kepada Menteri Besar Johor, ada sumber yang yang memberitahu bahawa ia mungkin telah berada 'ditong sampah' untuk menanti masa untuk dihantar ke tempat 'pembuangan pusat sampah'.

Kepada semua rakyat Malaysia, Kg. Plentong Tengah bukanlah kawasan Setinggan tetapi pemilik tanah tersebut berbangsa Singh telahpun mengambil deposit dan pada masa yang sama Sigh penipu itu telah menjualnya kepada syarikat yang mempunyai talian darah dengan Istana. Ratusan ribu ringgit telah diserahkan tetapi En. Khalid Nordin, En Ghani Othman dan En. Shahrir Samad lebih sibuk untuk pertandingan untuk program 'Raja Lawak musim ke-3'.

Jumaat, 10 Oktober 2008

MUHIYIDDIN YASSIN : PEMIMPIN LUPUT TARIKH

10 Oktober 2008.
Satu tarikh keramat dimana seorang ahli UMNO dari Bahagian Pagoh menawarkan diri untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Sedia maklum ahli UMNO dari Pagoh ini manusia paling hipokrik dalam bangsa, negara, negeri, bahagian dan kampungnya sendiri.

1. Kita lihat sahaja apa yang ada di kampung halamannya.
Apa pembangunan yang telah beliau majukan ?

2. Di Bahagian Pagoh sendiri.
Berapa bangunan 4 tingkat telah dia bawa sejak menjadi Menteri Besar Johor hingga hari ini ? Bangunan tersebut milik melayu atau c....

3. Selama menjadi pemimpin Johor.
Apa rekod ekonomi yang beliau majukan. Apa jadi dengan Dana Johor ? Berapa puluh Juta kerugian disebabkan angan-angan beliau pada projek Waterfront City ?

4. Sumbagan beliau pada ekonomi Johor.
JCORP dari sejak ditubuhkan sehingga zaman beliau. JCORP tidak pernah mengizinkan 'disentuh'. Bagi Lembaga Pengarah JCORP yang terkenal dengan Metro Parking, KFC, Kulim, dan banyak lagi. Telah mengharamkan tangan Muhiyiddin Yassin dan orang-orang UMNO menyentuhnya.

5. Apakah yang Muhiyiddin Yassin buat bila Dana Johor Mengahadapi masalah ?
Tiada. JCORP telah mengadaikan beberapa bangunannya untuk dibeli oleh pelabur Timur Tengah dan beberapa negara. Bagi membayar balik ASJ & Dana Johor yang beliau ilhamkan.

6. Apabila index BSKL jatuh dibawah parah 1000 mata.
Beliau telah 'dihalau' oleh pelabur asing apabila menjemput mereka melabur ke Malaysia. Anda boleh bertanya sendiri kepadanya. Sepanjang menjadi menteri yang dijawat sekarang ini, Berapa juta pelabur asing melabur di Malaysia ? Jawapan beliau sedah pasti ' RM 0.00.

Kepada rakyat Johor dan Malaysia. Baca dan fahami catatan AMK Johor ini.

Universiti Suara Hati Masyarakat , Anwar : Zaini Ujang

AMK Johor mengucapkan tahniah kepada Hj. Prof. Ir. Dr. Dato' Zaini Ujang diatas perlantikkannya sebagai Naib Cancellor Universiti Teknologi Malayasia. Yang mana Universiti yang sangat terkenal di Johor amnya di Malaysia. Beliau anak kelahiran Negeri Sembilan dan sekian lama menetap di Johor. Bermula dengan seorang pelajar UTM dan memalitkan diri dalam bidang penulisan dan aktivis pelajar yang radikal kearah Malaysia yang mantap.
Tulisannya sering kali terpampang diruang akbar harian dan majalah serta jurnal. Kecapaian antarbangsanya sangat mengagumkan sehingga menjadi bahan 'iri hati' segelintir pensyarah-pensyarah di Malaysia dan UTM sendiri.
Beliau yang tidak mempunyai cita-cita politik telah berberapa kali menulis mengenai Dato' Seri Anwar Ibahim. Iaitu tentang kupasannya mengenai profil DSAI sebelum DSAI bertanding jawapan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Dan tulisannya bertajuk 'Universiti Suara Hati Masyarakat Anwar' pada 22 mac 1998 menunujukkan keyakinan Naib Canecellor UTM itu menaruh harapan tinggi DSAI membawa harapan kepada sistem universiti di Malaysia.

Kami AMK Johor mengucapkan tahniah kepada Zaini Ujang sekali lagi. AMK Johor percaya beliau boleh menjadi pemangkin ekonomi Johor dan Malaysia amnya. Selepas interview sebagai untuk menjawat jawatan tersebut bersama 3 calon yang lain.
Beliau terus ke Mekah di bulan Ramadhan, beribadat dan meminta kesejahteraan dari Ilahi. Tanpa melobi ahli politik beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai UTM.

AMK Johor berharap beliau dapat mentabdir dan mendidik bangsa UTM dan Malaysia kearah 'Malaysia Baru'.

Khamis, 9 Oktober 2008

PERDANA MENTERI, NAJIB ,MALAYSIA DAN KUDA GILA HITAM

Apabila Abdullah Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO, maka sudah semestinya jawapannya Perdana Menteri Malaysia akan dikosongkan.
Jika jawatan Timbalan Presiden, Naib, MT, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri terdapat KUDA-KUDA HITAM. Maka tidak mustahil jawatan tersebut tidak ada Kuda Gila Hitam akan muncul. Kelihatan Najib seperti lega untuk jadi PM dalam keadaan selesa. Mungkin beliau tidak tahu bahawa 5 bulan tu seperti dalam penjara selama 50 tahun.
Sudah pastinya banyak pekara titik-titik hitam tercatat dalam politik Barisan Nasional dalam masa tersebut. Faktor kerakusan dalam BN dan UMNO sudah tidak dapat dibendung lagi. Mereka merasakan 'Komplek Putrajaya' menyimpan banyak khazanah untuk dijadikan hakmilik keturunannya. Jawatan-jawatan tidak bergaji itu adalah lesen bagi mereka untuk 'mencari rezeki' yang kononnya halal.
Dengan iltizam yang jitu, Kami AMK Johor mengharapkan semua rakyat Malaysia meneruskan usaha menguatkan ekonomi sendiri kerana pimpinan Negara hanya mementingkan diri sendiri.

Ayuh tegakkan kebenaran dan hapuskan kebatilan.

Selasa, 7 Oktober 2008

LAWATAN KERJA PIMPINAN AMK JOHOR KE BAHAGIAN

Salam Eidul Fitri,
Sepanjang Sepember dan Oktober 2008, Pimpinan Exco AMK Johor menjelajah ke setiap Bahagian diserata Negeri Johor. Lawatan kerja tersebut berikutan mesyuarat AMK Bahagian berikut meyuarat bulanan dan sambutan Eidul Fitri. Diantara wakil AMK Johor yang terbabit dalam kerja tersebut diketuai oleh YB Amiruddin Shari, Sdr. Zabide Abas merangkap Timbalan Ketua, Sdr. Mohamad Nazri Ismail merangkap Setiausaha dan lain-lain.

Dianatara fokus lawatan kerja tersebut :-
1. Memastikan AMK Bahagian melapurkan aktiviti semasa.
2. Memberi maklumat semasa aktiviti PKR peringkat AMK Pusat, Perhubungan dan AMK Negeri.
3. Merapatkan Silaturahim.
4. Mendengar permasalahan AMK Bahagian
5. Menyampaikan agenda AMK Pusat dan Negeri.
6. Lain-lain hal.

Kepada ahli dan AJK bahagian dan Negeri yang ingin maklumat lanjut mengenai lawatan kerja tersebut boleh menghubungi Sdr. Mohamad Nazri Ismail.

Harap maklum.

ISU POTRAIT DSAI : PENJELASAN KETUA AMK JOHOR

Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan DUN Batu Caves YB Amiruddin shari dan belaiu juga Ketua AMK Johor, dinaikkan pada 28 Sept 2008 bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang. Beliau berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu.
"Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan. "Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan," katanya yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut. "Tidak timbul bantahan pada waktu ia dibina. Perkara ini hanya muncul apabila wujud persepsi umum selepas beberapa pihak memberikan pandangan,"

"Tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu. Mungkin ada pihak menganggapnya sebagai patung. "Saya hormat pandangan beliau (Mufti Perlis), tetapi terdapat juga pandangan- pandangan lain. Perkara ini khilaf (berbeza pandangan tentang isu syarak)."Selain beliau, poster gergasi itu dirasmikan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah,, S Manikavasagam dan William Leong.

Menurut Ketua AMK Johor lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."Kawasan itu yang dulunya kubu kuat MIC sekarang menjadi milik PKR, jelasnya. Bersebelahan gambar itu turut digantung kain rentang mengucapkan selamat hari raya dengan gambar Anwar, naib presiden PKR yang juga Ahli Parlimen kawasan itu Mohamed Azmin Ali dan Amiruddin sendiri.

Ditanya sama ada tindakannya menaikkan gambar gergasi itu bertujuan mengampu Anwar, beliau menafikannya."Kalau benar pun, Anwar tidak akan termakan bodek macam itu," katanya, sambil ketawa. Beliau turut menolak dakwaan bahawa beliau cuba mencari populariti untuk bertanding dalam pemilihan AMK tahun depan.

Isnin, 6 Oktober 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA EIDULFITR DSAI & PIMPINAN KeADILan






PEMACU GEMILANG BANGSA

Selamat Hari Raya Eidul Fitri.
Dalam kehangatan kami menyambut Syawal yang mulia. Dan telah Allah sebutkan sebagai bulan bermaaf-maafan dan mulia. Adalah sangat perlu kita saling memberbaiki diri dari terus lari dari bermusuhan.

Dengan semangat persaudaran, sudah sampai kita membentuk kepimpinan yang lebih jitu dan mantap. Seringkali kta dengar diceramah, meja perbahasah yang kita asyik memburukkan, mencaci, mengumpat, mengeji dan dan sebagainya kepada mereka yang dikelompok UMNO dan Barisan Nasional.

Di Negeri pentabdiran Pakatan Rakyat apa kurangannya kelemahannya. Ia berlaku kerana kita asyik mengata orang lain. Hingga keburukan sendiri tidak diperbaiki.

Jika disana ada rasuah, Disini puan ada yang dipecat.
Jika disana ada Masjid dan Kuil diganggu, Disini pun ada diceroboh.
Jika disana ada rebutan kuasa. Disini asyik bergolak dengan jawatan.
dan lihatlah seterusnya nanti.....

Bagaimana kita nak mentadbir Malaysia, baru diperingkat Bahagaian dan Negeri dah bercelaru.

Jadi, telah sampai tikanya. Bentuk pasukan yang gemilang dengan kesatuan pemikiran dan tenaga. Mereka telah pun tewas, usah dihina dikeji lagi. Bak kata pepatah mereka hanya' retah menunggu belah' sahaja. Mari rapatkan permasalahan dimeja rundingan.

Ayuh para rakan dan para sahabat, berfikir dengan kewarasan. Bersalamanlah kita dan bentuk persepakatan dan pasukan. Ekonomi kita bukan berlandas rasuah, percakapan kita bukan untuk mengeji bangsa sendiri, langkah kita jangan ditiru yang telah rebah.

Kita semua adalah sama tetapi wawasan kita berbeza demi kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara yang bermaruah.