Sabtu, 31 Januari 2009
AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM ABDUL QAHAR MANSOR
Kemalangan tersebut yang melibatkan sebuah kereta yang di daftarkan atas nama Ketua Polis Negara yang dipandu oleh seorang anggota polis, pada mulanya berada di sebelah kiri jalan tetapi secara tiba-tiba terus membuat pusingan U tanpa memberikan isyarat dan tindakan tersebut telah menghalang laluan motorsikal yang ditunggang oleh mangsa. Ini menyebabkan motorsikal yang ditunggangi mangsa melanggar pintu sebelah kanan kereta tersebut dan mangsa maut di tempat kejadian.
Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan jenazahnya dituntut oleh keluarga mangsa dari Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila pada hari yang sama.
Bersama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah.......
Jumaat, 30 Januari 2009
ISKANDAR MALAYSIA (BHGN. 3)
1) Pemilikan Hartanah
- Dari segi Pemilikan Hartanah pula, warga asing boleh membeli 3 unit rumah berharga lebih RM250,000.00 dan levi warga asing membeli rumah dihapuskan ;
- Dari segi Pemilikan Hartanah pula, warga asing boleh membeli 3 unit rumah berharga lebih RM250,000.00 dan levi warga asing membeli rumah dihapuskan ;
- Mengambil contoh rakyat Singapura yang mana kuasa beli rakyatnya 5 kaliganda berbanding rakyat Malaysia dan kadar tukaran matawang semasa, warga singapura boleh membeli 3 buah rumah sekaligus dengan potongan harga 50% ;
- Perlu diingat bahawa Pemilikan hartanah punya kaitan rapat dengan geo-politik sesebuah negara, sekiranya pemilikan hartanah oleh warga asing tidak dikawal ianya akan memberi mereka kuasa perundingan (bargain power) lebih kuat, khusus untuk membuat sesuatu tuntutan kepada Malaysia pada masa depan ;
- Sekarang pun telah banyak wujud perkampungan komuniti warga Singapura di kawasan-kawasan elit seperti di Leisure Farm, Gelang Patah ;
- Selain itu juga, negara bakal terdedah kepada risiko intipan dan risikan ketenteraan ;
- Kerajaan umno/bn juga telah menghapuskan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Umum telah mengetahui bahawa aktiviti jual beli hartanah dibawah 5 tahun akan dikenakan cukai. Ia diujudkan bagi mengelakkan aktiviti jualan singkat dan menyebabkan hartanah dijual tidak mengikut harga pasaran sebenar. Penghapusan Cukai Keuntungan Harta Tanah ini menyebabkan kerajaan sekali lagi kehilangan sumber pendapatan dan ini juga mendedahkan pasaran hartanah terdedah kepada spekulatif ;
2) Penubuhan Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri (JKPM)
- Pada 16 Mei 2007, Perdana Menteri bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri (JKPM) dengan kerajaan Singapura untuk memantau pembangunan WPI.
- Persoalannya, apakah rasionalnya keterlibatan kerajaan Singapura dalam pembangunan WPI??? Bukankah WPI itu dalam Negeri Johor. Penubuhan JKPM seolah-olah memberi kuasa pentadbiran ke atas WPI dan selepas ini kerajaan Malaysia perlu mendapatkan persetujuan bersama dengan kerajaan Singapura sebelum pembangunan mahu dijalankan di WPI.
3) Taman Thema (Lego Land) dan Kasino Singapura
- Taman Thema atau Lego Land adalah antara agenda utama dalam plan Pembangunan WPI. Ianya seluas 800 hektar bersamaan 2000 ekar dan akan dibina di Nusa Jaya iaitu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor. Pembinaan Lego Land ini adalah pelengkap kepada 2 Kasino yang sedang dibina di Singapura iaitu :-
(i) Kasino Marina Bay - Bernilai SGD$5.6 billion/RM12.88 billion. Ia merupakan Pusat Pembangunan Kasino termahal di dunia
(ii) Kasino Pulau Sentosa - Bernilai SGD$5.2 billion/11.96 billion. Kasino kedua terbesar didunia selepas Las Vegas
- Kedua-dua kasino ini dihubungkan dengan Taman Thema/Lego Land WPI dengan jarak perjalanan kurang dari 40 minit. Yang pasti kerosakan nilai-nilai islam, moral, akhlak dan kebebasan sosial bakal berlaku kepada waga tempatan.
UNTUK RENUNGAN...
Memang hak dia buat laporan polis. Tapi, SPRM nak dera pemimpin UMNO dengan cara camtu? Ceh. Wa takkan caya dulu beb. Tunjuk bukti dulu. Lebam2 lu mana? Apsal tak tangkap gambar dan siarkan?
1. SPRM nak dera dia camtu? Siap suruh bogel ni. Dia pemimpin UMNO ni beb. Logik la sikit. Mati-mati wa takkan caye beb. Siyes nih.
2. Polis nak dakwa dia buat laporan palsu? T***r polis pun dia pegang beb. Cane polis nak dakwa dia? Lawak antarabangsa kalau polis dakwa dia atas report palsu.
Quote: |
Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi". |
Ok. Takpa. Lagi apa yang SPRM tu buat kat hang?
Quote: |
“dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.” |
Ekelee… orang tua nih. Nasi tambah nampak. Lu nak tipu sapa ni beb. Nak tipu gua sori la. Nak tipu massa supaya SPRM dilihat zalim dan salah, boleh. Tapi, nak kencing wa, susah sikitla walau tak mustahil.
Lu pemimpin UMNO ni beb. Kebal undang2. Cakap jer la Khairy suruh lu buat camni sebab nak lindungi Norza. Kantoi Norza, kantoi la Khairy.
Quote: |
Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein. |
Waarghhhhh kakakakakaka. Dey aneyy. Lu bukan KMM ma. Lu bukan pemimpin PAS ma. Lu bukan Al-Arqam ma. Lu pemimpin UMNO beb. Agak-agak la nak kencing pun. Berpada-pada la kalau nak attack imej SPRM pun. Hahahahaha.
Musti kena dera dengan elektrik macam citer Rambo kan. Kan. Hahahaha. Pastu kena rendam dalam lumpur macam Rambo gak. Hahahaha. Orang tua ni. Level IQ standard Malay. Nak kencing pun standard Malay gak.
Quote: |
"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya." |
Waaarghhhh kakakaka. Lu punya story mesti cari kat internet. Study la rajin sket beb. Mesti lu cari kat google nih. Hahahaha. Lu nak tipu wa tak dapek la bai.
Quote: |
"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," |
Hahahahaha. Nak taip pun susah ni beb. Asyik gelak jer. Ni mesti rujuk cerita ahlong ceti nih. Hahahaha. Ada dia ambil gambar bogel lu tak kasi ugut? Wakakakaka. IQ level Melayu, nak tipu ala James Bond.
Adeh… sakit perut wa tahan nafas nak gelak beb.
http://adukataruna.blogspot.com/
Khamis, 29 Januari 2009
PENYELEWENGAN FELDA
- Dato' Seri Najib Tun Abd Razak - Timb. Perdana Menteri
- Tan Sri Yusof Nor - Pengerusi FELDA
- Dato' Ahmad Tarmizi Alias - Pengarah Besar FELDA
Kira-kira 25,000 Peneroka Felda diseluruh negara yang enggan menyerahkan pengendalian kebun kelapa sawit mereka kepada Felda selepas terlunas sudah bayaran kembali mereka. Dengan kata lain mereka tidak terikat dengan sebarang perjanjian baru termasuk Perjanjian Tanam Semula untuk kerja2 tanam semula.
Felda ada menubuhkan satu tabung yang diberi nama Tabung Tanaman Semula sejak tahun 1970 yang mana setiap peneroka dikehendaki membayar RM3.34/seekar setiap bulan dan mulai Januari 1985 kadar tersebut dinaikkan kepada RM4.00/seekar bagi tujuan perbelanjaan penanaman semula tanaman sawit di kebun peneroka. Setiap peneroka beroleh kira-kira RM17,000 daripada tabungan tersebut.
Aduan tersebut dibuat berikutan :-
- Felda enggan menyerahkan Wang Tanaman Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian,
- Felda bertindak melampau memotong RM850.00/seekar dari Wang Tanaman Semula tanpa persetujuan mereka,
- Felda menggunakan pendekatan peras dan ugut supaya peneroka menyerahkan pengurusan tanaman semula Felda,
- Felda melakukan diskriminasi terhadap peneroka Felda yang tidak menyerahkan pengurusan kebun mereka.
Wang Tanaman Semula adalah hak milik peneroka dan Felda hanya bertindak sebagai Pemegang Amanah (Trustee) semata-mata. Tindakan Felda adalah satu Perlucutan Kehidupan (Deprivation of live) dan juga pecah amanah. Ianya adalah tidak berpelembagaan (unconstitutional) kerana bertentangan dengan perkara 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan Felda menyekat Wang Tanaman Semula dilihat sebai satu penganiyaan dan membawa kesan buruk hubungan antara peneroka dengan Felda. Ia bertentangan sama sekali dengan matlamat penubuhan Felda untuk melahirkan masyarakat melayu berdikari.
KERAJAAN UMNO/BN JOHOR.... DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT...
Penduduk yang tinggal di blok itu sejak 2006 adalah penduduk yang pernah menduduki kawasan itu secara setinggan sebelum tanah yang mereka duduki dirobohkan tanpa sebarang pampasan.
Flat 18 tingkat itu juga tidak mempunyai kemudahan seperti lif yang menyukarkan pergerakan warga emas yang tinggal di situ. Mereka juga kerugian apabila dipaksa berpindah pada 2006 dan kini terpaksa menanggung rugi yang lebih besar apabila terpaksa membayar deposit bagi rumah baru mereka. Selain menanggung kos perpindahan sebanyak RM3,000 apabila berpindah ke rumah baru nanti dan bayaran deposit sebanyak RM840 serta bayaran sebanyak RM124 sebulan bagi rumah baru itu. Masalah ini amat menekan kehidupan mereka apatah lagi kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga pasar malam dan pekerja am.
Rabu, 28 Januari 2009
ISKANDAR MALAYSIA (BHGN. 2) : JAZLAN AKAN PANTAU
Diharap Nur Jazlan dapat juga menerangkan kepada masyarakat setempat dengan lebih terperinci mengenai perkara berikut :-
- Dibawah akta IRDA (section 50) menyebut "tiada tindakan guaman, pendakwaan dan prosiding yang boleh diambil terhadap Perdana Menteri dan IRDA"Peruntukan ini memberi perlindungan dan kekebalan kepada Perdana Menteri dan IRDA jika sesuatu berlaku kepada WPI....". Peruntukan in juga jelas bercanggah dengan Bahagian II, Artikel 8(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut "Semua orang mempunyai hak yang sama disisi undang2....". Kenapa perlu IRDA dan PM diberikan pengecualian tindakan undang2 sedangkan pihak inilah sepatutnya yang bertanggungjawab penuh terhadap projek pembangunan ini. Jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap pembangunan WPI, siapakah yang harus dipersalahkan... Adakah Rakyat Johor yang harus dipersalahkan ???
- Pengecualian Bayaran Cukai Korporat 28% selama 10 tahun. Tawaran ini sangat lumayan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Ini bermakna Malaysia akan kehilangan pendapatan dari cukai tersebut selama 10 tahun.
- Pengambilan pekerja asing tanpa had. Bermakna majikan dibenarkan mengambil 100% pekerja asing untuk semua jawatan. Bermakna syarikat pelabur boleh mengambil pekerja asing dari jawatan Pengawal Keselamatan hingga ke jawatan CEO. Ini sama sekali akan mengecilkan peluang anak2 tempatan mendapat menafaat pembangunan ini.
- Pengecualian Dari Peraturan (FIC) Foreign Investment Committee yang mana syarat 30% Pemilikan Ekuiti Melayu & Bumiputera dihapuskan. Sepatutnya kerajaan mengambil kesempatan ini untuk mensasarkan 30% pegangan ekuiti orang melayu. Ini jelas melanggar DEB yang mana DEB ini sering menjadi modal politik murahan UMNO.
WPI (Bhgn. III) akan menyusul nanti......
Selasa, 27 Januari 2009
PENYELEWENGAN FELDA
Tarikh : 29 Januari 2009
Masa : 11.30am
Tempat : Balai Polis Central, Johor Bahru.
Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menyeru kepada semua pendokong/penyokong Pakatan Rakyat agar dapat menghadirkan diri ke balai polis tersebut bagi memberi sokongan moral.
BILA TAJOL MERAPU.....
Penyertaan YB Nasaruddin ke dalam PKR menggambarkan masa depan UMNO negeri itu yang semakin hilang 'taring' akibat kurangnya keyakinan rakyat kepada kepimpinan UMNO negeri. Dalam hal ini, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Tuan Tajol dilihat adalah orang yang paling bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Isu ini juga mengingatkan saya kembali kepada adinda Tuan Tajol ini yang pernah menjadi Naib Canselor UTM yang mana graf atau gred UTM menurun secara mendadak. Ini disebabkan adinda beliau ini dilihat lebih menumpang populariti cendikiawan UTM dan kurang bertanggungjawab. Ia amat berbeza dengan Naib Canselor sekarang iaitu Datuk Profesor Zaini Ujang yang dilihat lebih bervisi dan mudah didekati olah pelajar atau staf universiti itu sendiri.
Isnin, 26 Januari 2009
HAPPY CHINESE NEW YEAR
Ahad, 25 Januari 2009
RASUAH : NAJIB... PAKU DULANG PAKU SERPIH
Najib yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri pada Mac nanti seharusnya sedar bahawa RASUAH dalam umno sememangnya menjadi darah daging pada setiap pimpinan samada di peringkat tertinggi, negeri, bahagian mahupun cawangan. Bahkan bakal perdana menteri ini juga telah dipalitkan beberapa skandal penyelewengan dan moral sepatutnya mencermin dirinya sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.
AMK Johor juga mendapat maklumat hasil pendedahan seorang AJK UMNO Bahagian yang mendakwa untuk menjadi perwakilan dalam perhimpunan agung umno mac nanti paling kurang seorang perwakilan membelanjakan RM100,000.00 bagi memastikan dirinya terpilih sebagai perwakilan. Walaupun terpaksa membelanjakan ratusan ribu namun pulangannya amatlah lumayan dan berkali ganda selepas dari pemilihan itu. Apakah pimpinan umno masih mahu berselindung dengan jenayah menjijikkan ini. Inikah budaya mulia yang ditunjukkan dalam kepimpinan umno. Bagaimana mungkin pimpinan umno mahu menjadikan rakyatnya berakhlak mulia sedangkan dirinya sendiri dipenuhi dengan noda dan dosa... Ibarat "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus...."
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin sudah sedia maklum akan kegiatan RASUAH dalam umno ini namun kami yang mahukan RASUAH ini ditentang habis-habisan masih menunggu tindakkan berani, tegas dan adil dari SPRM. Seharusnya SPRM tidak hanya menunggu maklumat yang lengkap dari rakyat dan baru mahu bertindak. Sedikit maklumat telah diberikan, seharusnya penyiasatan perlu dilakukan dengan segera.
GERAK pula, janganlah menjadi LEMBU kepada pimpinan umno/bn. Sewajarnya GERAK membuat "homework" bagi setiap maklumat yang diberikan. Pada kami jika individu itu bersalah melakukan jenayah RASUAH, tidak kira ianya ahli Pakatan Rakyat atau BN, mereka perlu diheret ke muka pengadilan. Kami AMK Johor tidak akan berkompromi dengan segala bentuk jenayah.
Sekiranya siasatan yang telus, adil dan berani dilakukan oleh SPRM terhadap kempimpinan UMNO, kami yakin dan percaya Perhimpunan Agung Umno pasti lengang kerana ramainya perwakilan dan calon yang didakwa atas tuduhan RASUAH. Mungkin yang tinggal hanyalah Dato ir. Hasni Muhammad dan Datuk Aziz Sapian yang maha bersih.....
ADUN UMNO/BN SERTAI PKR
Berita ini juga memberi tamparan yang hebat kepada Tajol Rosli dan Menteri di JPM Al Ustaz Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi Al-Haj. Apakah ini satu petanda bermulanya penyeberangan YB umno/bn ke Pakatan Rakyat...??? Kami amat yakin dan percaya bahawa politik Malaysia akan mengalami perubahan yang besar dalam tempoh terdekat ini.
Bagi semua pimpinan PKR di semua peringkat... Ayuh... Kita terus berkerja dan terus berkerja demi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu memerintah Malaysia dengan lebih telus, adil dan saksama.
Sesungguhnya kami Warga AMK Johor mengucapkan "Selamat Datang ke PKR kepada Dato' Nasarudin Hashim...."
Sabtu, 24 Januari 2009
KENYATAAN MEDIA
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak PDRM. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pihak PDRM sebagai sebuah institusi keselamatan yang bertanggungjawab melindungi keselamatan rakyat.
Kami Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor bukanlah pelindung atau pembela penjenayah akan tetapi kami membantah sekeras-kerasnya apa juga bentuk kezaliman dan kekerasan yang melampau melibatkan mana-mana individu samada melayu, cina, india, iban atau kadazan. Penahanan dan penyiasatan bagi mengenalpasti keterlibatan mereka dalam apa jua bentuk jenayah perlulah dilakukan mengikut undang-undang dan prosedur penyiasatan yang telah ditetapkan.
Sekian.
Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor
Jumaat, 23 Januari 2009
DEMONTRASI MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL
Selain dari jemaah yang bersolat di masjid tersebut, perhimpunan ini turut disertai oleh mereka yang bukan beragama islam, yang turut terpanggil untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kezaliman Israel itu. Dianggarkan seramai 200 orang. Mereka melaungkan "Jahanam Israel" dan membakar bendera Amerika.
Perhimpunan ini juga meminta orang ramai agar tidak lagi mengunjungi KFC dan Mc Donald kerana syarikat-syarikat ini telah secara langsung menyumbang kepada Israel.
Sebuah kereta Peronda POLIS dengan bantuan oleh SB memerhati para peserta perhimpunan. Muslimat PAS juga kelihatan membantu mengedarkan risalah-risalah mengenai kekejaman Israel kepada orang ramai yang memerhati dari jauh dan yang lalu lalang sekitar perhimpunan tersebut.
DAP dan masyarakat Cina juga tanpa selindung menyatakan bantahan terhadap Israel dengan menyertai himpunan ini dan juga turut memberikan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin. Perhimpunan tamat pada jam 2.30 petang.
BANGUNAN MILIK UMNO DIDAKWA TIDAK JELASKAN CUKAI
Diharap selepas ini negeri seperti Selangor, Kedah dan Perak membuat semakan terhadap bangunan2 umno yang berdiri megah, berkemungkinan bangunan itu juga tidak menjelaskan cukai. Atau pun peruntukan cukai itu mungkin sudah di"bunian"kan oleh pemimpin yang amat bertanggungjawap. Bak kata Kassim Baba "Hai lampu, nasib baik kau panas kalau tak kau pun aku kebas"....
Berkemungkinan di Johor ini juga ada bangunan umno yang tidak membayar cukai. Bayangkan jika rakyat terlewat membayar cukai (bukan tak bayar), maka berbagailah tindakan itu dan ini dikenakan.
Pesanan untuk "GERAK", Sdr. Nazree dah boleh buka fail "EDISI SIASAT" berkaitan isu ini. Mungkin ada penyelewengan berkaitan isu ini. Itu pun kalau betul2 nak gempur atau anti sangat dengan RASUAH & PENYELEWENGAN ni, jadi kenalah buat "homework" sikit.
Mungkin ayat ini perlu menjadi ingatan kepada pimpinan umno/bn tidak kira peringkat tertinggi, negeri, bahagian atau cawangan... 'NEGARA INI BUKAN UMNO/BN YANG PUNYA, NEGARA INI RAKYAT YANG PUNYA, NEGARA INI HAK RAKYAT"...
"Bayarlah cukai woi..... Duit jota-jota, bayar cukai pun tak mampu ke...."
MUTU BOLASEPAK NEGARA - PERLUKAH PEMAIN IMPORT
Khamis, 22 Januari 2009
KHIR TOYO SURUH TAN SRI KHALID LETAK JAWATAN
Garangnya Khir Toyo... Lupa agaknya KONTROVERSI masa beliau menjawat Menteri Besar Selagor dahulu sebelum diturunkan takhta oleh rakyat pada PRU-12 lalu.
Teguran dari kawan Khir Toyo "Wak, riko wes kelalen agak e mbiyen skandal rasuah mu lagi hebat. Iki baru lembu wae, mbiyen riko dituduh jutaan ringgit kenopo kue rak ngosong ke jawatan Menteri Besar ketiko kue di tuduh... Agak e eneng kuoso seng lindungi kue sebab kui kue wani dan terus jegong nak kerusi MB Selangor sampek kue diturnkan oleh rakyat.... Sudah la wak... "
Terjemahan : Wak, kau dah lupa agaknya, dulu skandal rasuah kau lagi hebat. Ini baru lembu, dulu kau dituduh jutaan ringgit kenapa kau tak kosongkan jawatan Menteri Besar semasa kau di tuduh. Agaknya kau dilindungi oleh satu kuasa sebab tu kau berani untuk terus duduk kerusi MB Selangor sampai kau diturunkan oleh rakyat...
PROGRAM "RAPAT ANAK MUDA"
- Ketua AMK Bahagian
- Timbalan Ketua AMK Bahagian
- 3 Naib Ketua AMK Bahagian
- Setiausaha AMK Bahagian
- Ketua Penerangan AMK Bahagian
- Bendahari AMK Bahagian
- 2 Wakil Wanita Muda (jika ada)
- Pakaian : Lelaki - kemeja/slack dan berkasut
- Pakaian : Perempuan : Berpakaian kemas
Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha AMK Negeri Johor di 017-7358397 atau 019-7482937.
ISKANDAR MALAYSIA - BHGN. 1
Pembangunan WPI ini melibatkan 20% tanah adat dan tanah rezab melayu. Ia juga memberi kesan kepada 10 perkampungan orang asli, puluhan kampung melayu tradisional dan 7 tanah rancangan FELDA. Ini juga bermakna, Status tanah adat dan Tanah Rezab Melayu hampir pasti tergadai jika tiada kaedah penggantian disediakan bagi tanah2 yang telah diambil ini.
Satu badan berkuasa dipanggil 'IRDA' atau Iskandar Region Development Autority telah ditubuhkan untuk mentadbir dan menyelia segala perancangan pembangunan di WPI ini. Badan ini ditubuhkan dibawah Akta IRDA 2007 (Akta 664) yang mana akta ini banyak kelemahan serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Antaranya :-
- Dibawah akta IRDA, section 50 - "Tiada tindakan Guaman, Pendakwaan dan Prosiding yang boleh diambil terhadap Perdana Menteri dan IRDA
- Bahagian II, Artikel 8(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut "Semua orang mempunyai hak yang sama disisi undang2"
- Akta IRDA juga melindungi Perdana Menteri dan pihak IRDA dari dipersalahkan seandainya sesuatu berlaku kepada WPI.
BENARKAH TAN SRI KHALID TERLIBAT..?????
Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid yang juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak dituduh menggunakan wang negeri sebanyak RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.
Semalam juga dalam maklum balasnya, Tan Sri Khalid menafikan penyelewengan tersebut dan beliau bersedia untuk disiasat oleh SPRM. Begitulah sifat sebenar orang yang 'Berani kerana benar dan takut kerana salah'. Sifat terbuka Tan Sri Khalid harus menjadi contoh kepada Menteri Besar yang lain. Pada kami, jika benar Tan Sri Khalid bersalah maka hukumlah dia sewajarnya mengikut undang2 negara. Sesungguhnya PKR tidak pernah melindungi pesalah undang2.
Diharap selepas ini GERAK akan terus membongkar apa juga penyelewengan terutama di Johor ini berkaitan isu2 tanah dan pelbagai lagi. Jika benar matlamat GERAK seiring dengan kehendak rakyat yang mahukan negara/negeri ini ditadbir dengan penuh ketelusan dan kejujuran serta tiada penzaliman terhadap rakyat, maka GERAK harus lebih berani mendedahkan penyelewengan kes2 yang berprofil tinggi tanpa takut dan gentar dengan sebarang tekanan.
Kami AMK Johor mengalu-alukan GERAK datang ke Johor untuk menyiasat jika ada ketidaktelusan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Kami sedia berkerjasama.
"Selamat Datang GERAK ke Negeri Johor Darulta'zim"
Rabu, 21 Januari 2009
AWAS
Ini adalah perangkap dari kerajaan umno/bn sebelum berlangsungnya PRU-13 nanti. Perlu diingat yang berlaku di Amerika Syarikat pada 11 Sept. '01 di mana Bangunan Pusat Dagangan Amerika diserang. Bermula dari peristiwa itu, dunia seolah-olah menghalalkan Amerika bertindak membabi buta menyerang siapa saja, negara mana yang mereka anggap proksi pengganas. Negara yang menjadi sasaran adalah Negara Arab yang majoriti penduduknya beragama Islam. Menurut sumber, serangan ke atas bangunan World Trade Center bukan dilakukan oleh mereka yang digelar "terorist" akan tetapi hasil perancangan bijak pandai Yahudi yang mana mereka sanggup mengorbankan bangunan kemegahan Amerika dan penghuninya untuk menunjukan betapa bahayanya "penganas" arab ini. Selepas serangan ke atas Amerika kita lihat seolah-olah Amerika dan sekutunya bertindak menyerang sesiapa sahaja yang dianggap proksi pengganas tanpa menghiraukan pandangan masyarakat dunia yang lain.
Apakah teori ini juga akan berlaku dalam demokrasi Malaysia pada PRU-13 akan datang kerana untuk menyakinkan rakyat bahawa SPR benar-benar telus dan tiada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat maka ianya memerlukan pengorbanan dan kekalahan 2 PRK ini sekadar mengabui mata rakyat. Berbanding dengan PRK Ijok, berapa juta di habiskan oleh umno/bn untuk PRK tersebut berbanding dengan 2 PRK yang terkemudian ini. Menurut beberapa penganalisis politik menjangkakan, PRU-13 akan berlaku pada 2010. Ini menguatkan lagi faktor bahawa PRU-13 nanti pasti ramai pengundi import akan dibawa masuk bagi merampas 5 negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kemenangan cemerlang kepada Najib Razak yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6. Jika benar telahan dan pandangan ini maka kita harus bersedia dan berkerja dengan lebih kuat lagi.
Bagi Pakatan Rakyat di Negeri Johor ini, kesepakatan jitu perlu di ujudkan segera bagi menghadapi cabaran yang lebih hebat pada PRU akan datang. Jangan kita harapkan tsunami politik PRU-12 berlaku lagi dikhuatiri hanya ombak kecil yang belum mampu menenggelamkan hatta sebuah sampan kertas. Penerangan dan kursus-kursus strategi politik/pilihanraya mesti digerakkan tanpa bertangguh lagi. Jika kita lewat dikhuatiri 6 kerusi yang telah dimenangi oleh DAP dan PAS akan lebur bersama harapan rakyat yang mahukan perubahan. Nun di luar sana masih ramai lagi ahli umno/bn yang mahukan penjelasan mengenai halatuju misi dan visi Pakatan Rakyat. Seandainya tiada penjelasan yang sempurna dikhuatiri undi mereka akan berpihak kepada umno/bn. Dekati mereka dengan penuh kemesraan. Jangan pinggirkan mereka walaupun sekarang kita berlainan ideologi politik. Sesungguhnya kita memerlukan undi mereka...
PKR Johor pula harus lebih agresif dan jangan menanti arahan dan tindakan dari PKR Pusat. Peralihan PPN Johor bukan lah satu isu yang yang harus diperbesarkan. Jika niat kita ikhlas untuk berjuang dan memperjuangkan hak rakyat mengapa perlu isu ini diperkatakan lagi. Insya-ALLAH ada jalan penyelesaiannya. Pimpinan ketua2 PKR Bahagian harus mewujudkan kesefahaman antara PAS dan DAP di peringkat Bahagian masing2 disamping memperhebatkan lagi penerangan kepada masyarakat sekeliling. Pimpinan Ketua2 AMK Bahagian pula harus lebih agresif mendekati anak2 muda disamping menerangkan kepada mereka perlunya perubahan politik dalam Malaysia ini bagi menggantikan umno/bn yang ternyata korup...
Selasa, 20 Januari 2009
RASUAH DALAM UMNO.... PELIK KE????
Mereka melibatkan ahli Umno di Perak, Pahang dan Melaka.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa pada hari yang sama.
Dalam kes pertama, jelas SPRM, seorang Naib Ketua Bahagian Umno di Perak dijangka didakwa atas dakwaan memberi wang rasuah RM300 kepada seseorang dalam pemilihan bahagian.
Sementara itu, seorang lagi ejen dijangka akan didakwa kerana memberi rasuah RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang.
Di Melaka, seorang lagi ejen juga dijangka didakwa atas dakwaan memberi RM200.
Ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.... Pelik ke berita ini????
Apa pun tahniah kepada SPRM kerana inilah kes pertama melibatkan SPRM beroperasi sejak 1 Januari lalu.
IMBASAN 08', CABARAN 09' DAN KISAH 3 BEDUL
- Dalam PRU 12, buat pertama kali dalam sejarah, UMNO/BN ditolak di 5 Negeri. Di peringkat pusat pula, hanya undi dari pribumi Sabah dan Sarawak shj yang menyelamatkan UMNO/BN untuk terus kekal berkuasa. Pada PRK Permatang Pauh pula, jelas mood dan sentimen rakyat menolak UMNO/BN kekal tidak berubah bahkan semakin bertambah
- Tahun ini, PRK P036 Kuala Terengganu membuka tirai. Ujian getir buat DS Najib sbg Pengarah Pilihanraya merangkap bakal PM, kreadibilitinya sekali lagi dicemarkan setelah tercemar teruk pada PRK Permatang Pauh dan kini di PRK Kuala Terengganu.
- DS Najib dikatakan sebagai bakal PM yang paling tidak popular. Umum maklum tentang isu moral DS Najib terpalit dgn pelbagai isu, skandal dan kontroversi yang tidak terungkai sehingga kini. Selain itu, beliau juga didakwa mengidap sindrom "takut bini" tahap kronik. Namun dimata penyokong tegar UMNO/BN (totok la ni....) reputasinya umpama Dukun Dewangga yang mampu menyelamatkan bumi malaysia dengan "susuk keramat"nya..
- Jadi bagaiman utk mencuci imej buruk DS Najib??? Bagi Kerajaan umno/bn ini adalah kerja mudah. Tugas cuci mencuci serahkan saja kepada tiga abdul iaitu RTM, TV3 suku dan Utusan Meloya, yang diketahui umum sebagai agen propaganda kerajaan umno/bn. Proses penjenamaan "re-branding" DS Najib ini telah pun bermula. Lihatlah bagaimana RTM dengan galaknya mempromosikan ucapan DS Najib semasa membentangkan belanjawan "tin kosong" yang telah ditolak di parlimen. Jika Pak Lah dengan 'Islam hadari' dan "berkerja bersama saya', DS Najib pula popular dengan ungkapan 'melayu glokal' dan 'Islam glokal'. Imej Tun Razak mutakhir ini mula diselitkan dengan tujuan mendapatkan kredit dari kebaikan yang elah dibuat oleh Allahyarham bapanya dulu. Satu lagi propaganda, ciptaan terbaru dari kementerian penerangan.
- Berbalik kisah 3 Abdul, mereka ini memang pakar bab mencuci kekotoran pemimpin umno/bn. Lihatsajalah kes Rahim Tamby Chik, Mohammad Mohd Taib, Jamalludin Jarjis dan Chua Soi Lek. Kesemuanya sarat dengan masalah moraldan skandal. Rahim yang bermasalah dengan "budak keciknya". Muhammad Taib pula terbawa duit berkilo-kilo di air port dan Jamaluddin pula ter.........raba punggung pelayan kelab malam dan paling meloyakan ialah aksi berani mati Chua Soi Lek persis bintang porno tua.
- Dimata umno/bn, mereka semua ini telah pun suci dan bersih. Masakan tidak kerana Chua Soi Lek telah pun memenagi jawatan Timbalan Presiden MCA manakala Jamaluddin, Muhammad dan Rahim layak untuk untuk bertanding sebagai calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden umno pada mac nanti. Lihatlah betapa cerdiknya orang2 umno/bn memilih pucuk pimpinan parti mereka. Peduli apa dengan moral. Itu sajalah pemimpin yang terbaik yang mereka ada dari kalangan mereka. Bagaimana moral DS Najib pula????
- Natijahnya, cabaran 2009 adalah lebih mencabar. Selain DS Najib bakal menerajui kepimpinan kerajaan, sebutan kes liwat DS Anwar akan mula didengar dan dibicarakan. Yang pasti selepas DS berkuasa, DS Anwar dan PKR sendiri bakal menjadi sasaran utamanya. Agendanya dengan sekali lagi merosakkan imej DS Anwar melalui kes liwatnya. Ulang tayang apa yang berlaku 11 tahun yang lalu dulu. PKR akan dihuru harakan dari dalam dan luar parti melalui proksi dan talibarutnya. Ini adalah tugasan terbaru Tiga Abdul untuk tahun 2009.
- Selain itu, pelbagai isu akan terus dicipta dan disensasikan oleh 3 Abdul ini untuk melaga-lagakan PAS, PKR dan DAP. Serangan lebih keras dan kerap juga akan dihalakan kepada 5 Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan pemimpin Pakatan Rakyat. Permit Ceramah, Perhimpunan Awam dan akhbar alternatif pula pasti akan diperketatkan. Jika perlu ianya mungkin akan terus dibatalkan. Untuk menjayakan misi ini selain 3 Abdul sebagai agen propagandanya, agensi kerajaan seperti Kementeria Penerangan, Kementerian dalam Negeri, PDRM, BTN, AG dan KEMAS akan sentiasa diperkudakan.
- Walaupun saya bersikap optimistik, akan tetapi kita mesti waspada, peka dan sensitif kepada tipa perubahan dan pergerakan yang berlaku. Justeru itu, kita tiada pilihan, mesti bersedia dari sekarang. Soal remeh mesti dilupakan. Imej parti mesti diperkasakan, organisasi mesti diperkukuhkan, jentera parti mesti diperkemaskan lagi, aktiviti mesti digerakan dan masyarakat mesti didekati.
- Untuk pimpinan Bahagian, Negeri dan Pusat selain sayap kanan parti AMK dan Wanita mesti proaktif untuk "turun padang" bagi memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu-isu semasa selain soal dasar dan halatuju parti. Moga tahun 2009 ini memberi sinar kejayaan untuk kita khusus dan "Harapan Baru" untuk untuk rakyat Malaysia umumnya...
Azman
Naib (I) Ketua AMK Johor
SEMANGAT GANU
AMK Johor turut menyumbang tenaga dan idea walaupun tiba di Kuala Terengganu pada 16/1/09 dikira agak lewat namun semangat untuk membantu jentera pilihanraya Kuala Terengganu bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat tetap semarak dijiwa kami. Kerjasama dari AMK Pasir Gudang, AMK Gelang Patah, AMK Simpang Renggam, AMK Sri Gading dan AMK Batu Pahat yang mewakili AMK Johor ke Kuala Terengganu harus diberi pujian walau pelbagai rintangan dan masalah ditempuhi sepanjang perjalanan ke sana.
Sebenarnya banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh diambil pada PRK Kuala Terengganu. Antaranya bagaimana kita harus mempereratkan lagi kerjasama antara parti dari apa sudut sekalipun. Pakatan Rakyat di Johor perlu lebih agresif dalam membentuk sebuah Pakatan yang benar-benar utuh dan kukuh. Perencanaan serta penyusunan program penerangan kepada masyarakat perlu diperhebatkan melibatkan ketiga-tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR.
Apapun kita semua perlu sedar dan menerima hakikat bahawa PAS tidak akan menang tanpa undi dari ahli DAP dan PKR. PKR juga tidak akan menang tanpa undi DAP dan PAS. Yang pasti DAP juga tidak akan menang jika ahli PAS dan PKR tidak menyokong mereka. Apakah masih ada sifat keaku-akuan dalam setiap kempen Pakatan Rakyat. Yang pasti selepas ini jika perlu setiap aktiviti Pakatan Rakyat perlulah disertai oleh ketiga-tiga parti. Itulah kesepakatan yang rakyat inginkan.. Masih ramai lagi ahli umno/bn yang memerlukan penerangan mengenai hala tuju pakatan rakyat... Tanpa undi mereka juga mungkin harapan tinggal harapan....
Khamis, 15 Januari 2009
MANA SEMANGAT PERJUANGANMU..
Janji kita pada Kongres 2008 November lalu masihkah dipegang atau semuanya sudah dilepaskan kerana isu yang remeh... Ingatkah kita semasa tayangan Kezaliman ISA... Bersama kita mengalirkan airmata tanpa mengira tua dan muda.. tanpa mengira yang dizalimi itu berbangsa apa... yang kita tangiskan adalah penderitaan mangsa dan keluarga mangsa ISA.
Tapi.... Apakah dengan cara kita ini sekarang mampu merubah itu semua... Jangan dipersiakan airmata itu, jangan dipersiakan tanggungjawap itu dan jangan kita lari dari PERJUANGAN itu. Jika ada kekusutan maka selesaikanlah dengan cara paling ilmiah, paling bijaksana. Bagaimana mungkin kita mahu memerintah Johor sekiranya tiada apa gerakan yang mampu menggugat UMNO/BN di Johor ini. Kita bongkar penyelewengan mereka. Kelulusan/Penjualan tanah yang berekar-ekar kepada orang tertentu tanpa mengikut prosedur yang betul perlu kita bongkar dan perjelaskan kepada rakyat agar mereka sedar keboborokan pemimpin UMNO/BN.
Ayuh... ahli PKR semua.... Kita tiada masa untuk memikirkan hal yang remeh.. apa yang perlu Semboyan Perjuangan mesti ditiupkan, Jentera Perjuangan juga perlu dihidupkan....
"TERUSKAN PERJUANGAN KITA"
Khamis, 8 Januari 2009
NAJIB YAKIN MENANG BESAR DI PRK P036 K. TERENGGANU
Isu calon PAS yang dikatakan calon kompromi dan digembar-gemburkan bahawa kumpulan penyokong PR tidak senang dengan calon PAS, dan mungkin jika memberi komitmen penuh, bukan lagi menjadi isu. Semua pimpinan PAS,DAP dan PKR turun semasa penamaan calon termasuk Husam. Isu pertelagahan PAS-DAP tentang isu pelaksanaan HUDUD juga telah selesai. YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dan YB Tan Sin Giew turut hadir pada hari penamaan calon tempohari.
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini diberitakan telah dilarang oleh pimpinan PAS supaya tidak hadir pada hari penamaan calon telah pun hadir dan memulakan kempennya di Kuala Terengganu bahkan penjelasan yang ditunggu-tunggu tentang pendirian beliau tentang pelaksanaan hukum hudud oleh PAS jika Pakatan Rakyat memerintah negara juga diperjelaskan. Beliau dalam ceramahnya antaranya menyatakan bahawa tiada paksaan orang bukan islam untuk tunduk kepada hukum hudud. Hukum hudud hanyalah untuk orang yang beragama islam. Kehadiran Dato' Seri Anwar juga ini penting untuk merealisasikan kekukuhan dan kemantapan Pakatan Rakyat serta menafikan bahawa beliau akan memulaukan PRK Kuala Terengganu ekoran kritikan Datuk Mustafa Ali yang pernah mempertikaikan projek Anwar 16 September dan dengan kehadiran Dato' Seri Anwar ini, isu tiada kesepakatan dalam PR, dan isu PAS diperkuda oleh PKR dan DAP terhakis sama sekali.
Kini terpulang kepada pengundi Kuala Terengganu... Pangkah "PAS" atau "BN"....
SIAPA YB SIAPA RAKYAT
Kawan amat tertarik dengan satu kenyataan Kadir Jasin yang mana menyebut "Dalam majlis tertentu kita akan melihat YB yang dipilih rakyat duduk di kerusi empuk manakala rakyat duduk di kerusi plastik, bukan ke sepatutnya rakyat duduk di kerusi empuk tu dan YB ni duduk di kerusi plastik sebabnya rakyat yang melantik/memilih YB ni". Betul ke......????
Mari kita fikir sejenak, kenapa kita melantik/memilih individu tersebut sebagai wakil rakyat? Apa fungsi wakil rakyat? YB kena bertemu rakyat untuk mengetahui masalah rakyat yang diwakilinya atau rakyat kena berjumpa dengan YB menceritakan masalahnya?
Kita tengok kekadang baru sepenggal jadi YB dah tukar kereta, rumah dan ada 2 3 buah stesen minyak, ada berpuluh-puluh lori (kalau sebelum jadi YB ni bisnes dia ada 5 6 buah lori je), nombor pendaftaran kereta pun special dan macam2 lagi lah. Kira taraf hidup pun dah berubah semenjak jadi YB nie.... tapi apa cerita dengan rakyat yang memilih/melantik YB nie wakil rakyat mereka... Yang mana susah akan terus susah... tidak dibela. Cuma nanti bila dekat hari perayaan barulah YB nie dtg hulur bantuan. Lepas tu hilang lagi.... Penduduk yang miskin nie menghitung hari lagi bilakah hari perayaan akan datang.....
Harap-harap YB Pakatan Rakyat tak le macam nie... Kesian la kat rakyat nie..
Rabu, 7 Januari 2009
Akan tetapi semasa dalam perjalanan pulang, kawan ternampak sebuah kereta yang dipandu oleh individu yang sama-sama berdemontrasi tadi bersama 3 sahabatnya menuju ke Restoran Makanan Segera Mc Donald... Kebetulan restoran tersebut dibina dalam Stesen Minyak dan kebetulan juga kawan nak isi minyak jadi nampak jelaslah sahabat nie membeli makan segera tersebut. Macam mana nie... Ni yang kawan tak faham. Lagi satu kawan ternampak sebuah kereta di cermin belakang tertera stiker "SELAMATKAN PALESTIN" tapi di cermin hadapan pulak tertampal jelas lambang "McD".. Ish..Ishh..Ishhhh.... Kalau nak boikot pun boikot la habis-habisan. Tekak dan perut kenalah tahan sikit. Dan kalaau kita makan kat warung dapat juga bantu sedara kita.
Nie ada pesanan dari Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.
Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”
Renung-renungkan lah..................
JANGAN SEKADAR CAKAP JE JIB
iii) Siapa pihak yang memulakan drama membaling botol dalam PRK Ijok pada 2007, jika bukan gerombolan yang diketuai oleh Khairy menantu Pak Lah? Siapa Khairy menantu Pak Lah, dia orang BN atau PR? Jika masih was-was siapa yang memulakan drama baling membaling itu, bukalah rakaman video dan teliti jawapannya.
Apapun yang pernah berlaku di masa lampau sama ada pembunuhan, pukul memukul, meraba dan sebagainya, diharap tidak berulang dalam PRK Kuala Terengganu sama ada oleh pihak BN mahupun Pakatan Rakyat. Polis 6k harap dapat mengekang kejadian-kejadian ini dari berulang.
BILA X-PM KATA JANGAN UNDI WAN FARID
Berbeza dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS YB Abdul Wahid Endut yang mendapat sokongan penuh pimpinan Pakatan Rakyat juga penyokong dan mungkin juga pengundi di Kuala Terengganu. Dengan sokongan lebih dari 30,000 penyokong yang datang pada hari penamaan calon seolah-olah mengambarkan gelombang di Permatang Pauh dibawa ke Kuala Terengganu. AMK Johor pasti akan ke Kuala Terengganu bagi membantu memperhebatkan lagi kempen agar kemenangan berpihak kepada calon Pakatan Rakyat. Untuk rekod, Wan Ahmad Farid amat rapat dengan Abdullah Badawi. Wan Ahmad Farid sendiri pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003. Berkemungkinan Najib yang terdesak untuk menang dalam pilhanraya kecil ini kerana inilah petunjuk jatuh bangun UMNO/BN dan beliau juga bakal pengganti Abdullah untuk jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada pemilihan bulan Mac ini maka beliau tiada pilihan selain mencalonkan Wan Farid sebagai calon UMNO/BN pada PRK Kuala Terengganu ini.
Pelbagai skandal Najib dan isu yang melibatkan Abang Wan Farid berkemungkinan besar akan membuatkan pengundi atas pagar akan berpihak kepada calon Pakatan Rakyat. Bahkan isteri Najib, Rosmah Mansor turut tidak disukai oleh ramai orang termasuk orang-orang di dalam UMNO.
Jadi berfikirlah wahai pengundi Kuala Terengganu agar tidak tersilap pilih. Bukan setakat pengundi di Kuala Terengganu bahkan pembaca blog ini yang masih duduk dalam UMNO/BN, fikirkanlah sebaiknya, adakah anda akan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri??? Pelbagai skandal Najib sebenarnya memberi kepayahan kepada penyokong UMNO/BN bahkan pimpinan UMNO di peringkat Bahagian/Cawangan meragui sumpah Najib bagi menafikan keterlibatan beliau dalam isu pembunuhan Altantuya....
Selasa, 6 Januari 2009
PILIHANRAYA KECIL
Ini ayat dari MB Terengganu “Lihat sahaja (kawasan) DUN (Dewan Undangan Negeri) Wakaf Mempelam yang agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuala Terenganu. Ini kerana wakil rakyatnya dari parti pembangkang, dan beliau tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana bukan dari parti pemerintah,” katanya.
Macam tu pulak dari mulut seorang Menteri Besar yang menunjukkan yang dia boleh buat apa saja termasuk menganaktirikan sesuatu kawasan yang tidak menyokong kepimpinan/parti beliau. Malas nak tulis panjang2. Fikir la sendiri.........
PENAMAAN CALON PRK P036 KUALA TERENGGANU
Difahamkan, rombongan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 50,000 orang. Pemimpin-pemimpin parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit dan paling mencabar. Pimpinan UMNO/BN juga mengeaskan bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula UMNO/BN itu.
Menurut Timbalan Ketua AMK Johor - Sdr. Zabidi yang berada di Kuala Terengganu sejak semalam, kepimpinan PKR yang turut hadir dalam proses penamaan calon antaranya adalah Timbalan Presiden, Dr. Syed Hussin Ali, Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, YB Azmin Ali, YB Tian Chua, YB William Leong, YAB Tan Sri Khalid. Manakala kepimpinan Angkatan Muda Malaysia di ketuai oleh Ketua Angkatan Muda Malaysia Sdr Samsul Iskandar, Setiausaha AMK Malaysia Sdr. Zulfikar dan exco-exco AMK yang lain.
Naib Presiden Angkatan Keadilan (Akim), Harun Mohamad memutuskan untuk tidak bertanding pada saat-saat terakhir bagi pilihan raya kecil Kuala .Beliau turut meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar perjuangan AKIM selari dengan PAS.
Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka pulang ke tanahair pada hari ini selepas bercuti diluar negara, akan terus ke Kuala Terengganu untuk sama-sama berkempen bagi memenangkan calon PAS/Pakatan Rakyat iaitu YB Abdul Wahid Endut. Sama-sama kita berdoa dan terus berusaha dan berkerjasama demi memenangkan calon pakatan rakyat.
Ayuh... Gelanggang sudah dibuka, Gendang sudah dipalu... Nah.. Kita bertempur dan berjuang habis-habisan hingga kemenangan mutlak dicapai. Insya-ALLAH AMK Johor akan pasti turun bersama mengempur habis-habisan kubu UMNO/BN.
HIMPUNAN 100 RIBU - SELAMATKAN BAHASA MELAYU
Dr. Hassan juga melahirkan perasaan kekecewaan beliau kepada pihak kerajaan kerana bersikap lepas tangan dalam menyelesaikan isu PPSMI ini. Sebelum ini beliau mengharapkan kepimpinan umno bersama-sama menangani kemelut ini namun beliau turut merasa kecewa kerana dalam umno sekarang ini, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya, lebih bersikap "pak turut".
Kecewa dengan "respond" yang diberikan oleh pimpinan umno/bn beliau mengharapkan keterlibatan beberapa NGO dan sayap Pemuda Pakatan Rakyat untuk menyertai perhimpunan ini bagi menyerahkan "memorandum" kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung memohon campur tangan baginda sebagai Ketua Negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.
Isnin, 5 Januari 2009
KETUA AMK TERENGGANU DI TAHAN POLIS
Mereka ditahan Balai Polis Kuala Terengganu dipercayai sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari Cawangan Khas. AMK Terengganu kesal dengan tindakan pihak polis.
ALAHAI... UMNO/BN
Khamis, 1 Januari 2009
JOM.... GI GANU
Sehubungan dengan itu semua Ketua AMK Bahagian diminta menyerahkan senarai nama ahli-ahli AMK Bahagian yang akan ke Kuala Terengganu bagi membantu jentera Pakatan Rakyat berkempen demi untuk memenangkan calon dari Pakatan Rakyat. Senarai nama mestilah lengkap dengan Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Telefon serta tarikh bertolak ke Kuala Terengganu.
Ayuh AMK Johor... Kita berjuang habis-habisan kerana perlu diingat inilah pilihanraya yang akan menentukan samada UMNO/BN akan bangkit atau terus karam dalam lautan birunya...